Friday, April 3, 2009

SYAIR PKPGB KOHORT 3 UUM

Dihujung senja kisah bermula,
Gempar berita tidak disangka,
Jadi siswa dengan tiba-tiba,
Ke Universiti Utara tempat dinyata.

Hatiku gundah tidak terkira,
Mimpi durjana atau pun nyata,
Semua perkara kerajaan biaya,
Daftar segera anggukan kepala.

Sampai di sana dunia berbeza,
Kami ni tua mereka remaja,
Pakai lencana bentuk serupa,
Menuju kuliah jadi budaya.

37 orang mendaftar diri,
Ada yang gemuk ada melidi,
Ada pula nampak nak mati,
Penyakit penuh di sana sini.

PKPGB nama sudah ditentu,
Kohort tiga mendapat restu,
Penyelaras bernama Encik Abu,
Nampaknya garang tapi pemalu.

Hari pertama pensyarah berbicara,
Rajinlah usaha janganlah leka,
Jangan mengira rupa dan usia,
Rebutlah ijazah kelas pertama.

Hari kedua teringat sidia,
Isteri tercinta apa khabarnya,
lara merana ataupun suka,
Terasa sejuk memendam rasa.

Hari khamis wajah berseri,
Handphone diraba berkali-kali,
Dendam kesumat campur berahi,
Pensyarah di adjust demimu isteri.

Semangat membara tidak terkira,
akulah contoh untuk keluarga,
segulung ijazah akan kubawa,
inilah bukti orang berjaya.

Memang senang mulut menyebut.
Macam mudah kenapa merosot,
Mulanya hebat tiba-tiba menyemput,
Baru tiga bulan ada nak cabut.

Kerja kursus satu yang pasti,
Enam puluh peratus markah dijanji,
Hendak siapkan separuh mati,
jangan plagiat nasihat diberi.

Terima kasih pensyarah bestari,
Kerana fahami isi di hati,
Soalan ramalan bagus diberi,
Kejayaan bersama kita berkongsi.

Pensyarah sastera nama azmi,
Ilmu di dada pernuh berisi,
Tak kira nyata atau misteri,
Salam sejahera selalu diberi.

Doakan kami pelajar sistua,
Bantulah kami hingga berjaya,
Ampunkan kami jika terlupa.
Inilah syair penghibur lara.

Karya asli oleh mahalimahat 30.3.2009

No comments: