Tuesday, June 16, 2009

NOTA PEP.KEADAH BAHASA MELAYU

NOTA PEP KEADAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.Huraikan 2 teknik pengajaran Bahasa Melayu di bawah:-

a.TEKNIK PERBAHASAN
1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
a.Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
b.Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
c.Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
d.Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
e.Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
4. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
5. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
b.TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
Tujuannya ialah :
a.Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan
pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
b.Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
c.Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
d.Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
e.Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu
terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa
yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
a.Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
b.Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
2.Huraikan 2 teori pengajaran bahasa di bawah:
a. TEORI KOGNITIF
Teori Pembelajaran Kognitif
Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Rekabentuk dalam perisian PPBK adalah struktur kandungan aktiviti pembelajaran.
Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama.

Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam hal ini cimpanzi yang cuba mendapatkan pisang. Inilah celik akal. Celik akal adalah kebolehan mental yang mendorong manusia membuat persepsi perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba untuk membantu diri menyelesaikan masalah.
Bruner(1973) mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses pengkategorisasi perkara-perkara atau benda-benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi.

Kesimpulan
Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran adalah perubahan pengetahuan yang disimpan dalam ingatan. Ingatan manusia terbahagi kepada dua ciri penting iaitu maklumat yang ada dalam ingatan akan tersusun dan aktif. Ingatan tidak menerima sebarang maklumat dengan begitu mudah sebaliknya ingatan akan membuat sintesis terhadap maklumat, membuat pencarian dan menyusunnya menjadi maklumat baru. Maklumat tadi disepadukan dengan pengetahuan serta disimpan dalam ingatan.

Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah.
Menurut Bloom (1950), aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:1. Pengetahuan 2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian
b.TEORI KONSTRUKTIVISME Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan .
Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas.
Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru.
Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.
Prinsip-prinsip Konstruktivisme 1. Pengetahuan dibina pelajar.2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. 4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. 5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. 6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. 7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. 8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham .
Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif.
3. Huraikan Hasil-hasil pembelajaran di bawah:-
a.KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat,serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahanberusur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangai yang jelas dan cantik hendaklah digalakan.
Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat danmenyusun matlumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan.
a. Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
i. Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
ii. Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
iii. Membina dan menulis ayat topic dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
iv. Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.
v. Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.
b. Mencatat dan menyusun maklumat.
i. Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.
ii. Mengenal pasti matlumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
iii. Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang di dengar atau dibaca secara kohesif .
c. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
i. Menghasilkan pelbagai genre ( prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang mudah,menarik dan bermakna.
ii. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. Membuat ringkasan daripada bahan yang didengarkan dan dibaca.
d. Membuat ulasan
a) Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca.
i. Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
b) Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca.
i. Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
ii. Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
iii. Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.
iv. memberi komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

b.KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera + bukan sastera dgn sebutan dan intonasi yg betul+ lancar serta memahami bahan yg dibaca. Penekanan diberikan kpd aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kpd murid utk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah MEMBACA KUAT, MEMAHAMI MAKLUMAT, MENAAKUL, DAN MENGHAYATI TEKS.

1.Membaca kuat dgn kelancaran sebutan,intonasi dan gaya pembacaan yg sesuai.
a.membaca kuat perkataan + ayat dgn sebutan dan intonasi yg betul +
memahami perkara yg dibaca.
b.Membaca kuat teks + puisi dengan sebutan + intonasi yg betul dan
lancar serta memahami poerkara yg dibaca.

2.Membaca +memahami maklumat yg terdapat dlm pelbagai teks.
a.Merujuk pelbagai sumber utk mendapatkan maklumat dp internet.
b.mengenalpasti pelbagai gente penulisan.
c.Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan dp teks.
d.Membaca pantas secara luncuran utk mendapatkan maklumnat yg menyeluruh.
e.Membaca pantasan secara imbasan utk maklumat yg diberi dlm bahan ilmu.
f.Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yg diberi dalam bahan ilmu.

3.Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yg dibaca.
a.Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yg tersurat dan tersirat.
b.Membaca dan mengenalpasti perkataan,pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yg dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.
c.Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yg berkualiti utk meringkaskan dan memperkukuhkan minat membaca.




4.Senaraikan ciri-ciri pendekatan dibawah:-

a.PENDEKATAN INDUKTIF
Cara mengajar dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil sampai kepada perkara-perkara besar/umumCara mengajar dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil sampai kepada perkara-perkara besar/umum

Konsep Pendekatan Induktif
Belajar sesuatu untuk dapatkan hukum
* Perkenal pengetahuan dan beri pengalaman
Bentuk satu kesimpulan umum daripada contoh- contoh /bahagian-bahagian
Cuba dapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran
Buat satu andaian yang munasabah daripada yang khusus kepada umum

b.PENDEKATAN DEDUKTIF
i.Cara pengajaran daripada umum kepada khusus
ii.Pengajaran bermula daripada prinsip umum kepada khusus

Konsep deduktif
i. Belajar sesuatu berdasarkan hukum
ii.Satu produksi fakta untuk buktikan satu pernyataan umum
iii.Analisa fakta yang membentuk generalisasi
iv.Buat satu huraian dari umum kepada khusus


5.Jelaskan mengenai “KAEDAH KOMUNIKATIF”
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri (instinc) yang dimiliki oleh seseorang penutur (pelajar) yakni keupayaan pelajar menggunakan dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial (Pg. Hj Mahmud, PL 4203).
Pendekatan ini menegaskan bahawa seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang sturktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.
Sebagai contoh, karangan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut (laras bahasa perubatan). Dari itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan karangan.
Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis sesebuah karangan adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Dari itu, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis karangan sama seperti situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa karangan yang ditulis adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk kalangan pelajar lain di dalam bilik darjah.
Kaedah komunikatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran karangan dengan pelbagai cara, antaranya:
(a) Menjelaskan tujuan setiap latihan atau aktiviti pengajaran pembelajaran karangan yang dijalankan;
(b) Mengadakan aktiviti perbincangan, sumbangsaran atau bersoal jawab untuk memastikan pelajar mengikuti dan memahami (isi-isi) karangan;
(c) Mempelbagaikan latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti lakonan, simulasi, drama, main peranan dan sebagainya yang mewujudkan unusr-unsur komunikasi di kalangan pelajar.

6.Induksi set adalah kemahiran yg penting dalam Proses P&P. Jelaskan mengenai konsep dan aplikasinya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Pengenalan konsep Kemahiran induksi set
Induksi set ialah set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang
melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan
sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi
pelajaran. Dalam hal im, guru perlu merancang induksi set supaya ia
ada kaitan dengan perkara yang akan dipelajari selepas itu.

Prinsip-prinsip Induksi Set
Terdapat sekurang-kurangnya lima prinsip dalam usaha melaksana-kan induksi set iaitu:
a. Menarik perhatian, minat pelajar dan menimbulkan perasaan
ingin tahu di kalangan pelajar.
Bagi menarik perhatian dan mengekalkannya, gum menggunakan
suara dengan intonasi yang sesuai, gerak-geri atau gerak isyarat
terutamanya tangan dan kepala serta kontak mata. Keadaan akan
jadi lebih menarik dengan penggunaan alat audio-visual dan
pembahan corak interaksi dengan pelajar.
b. Sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
Pendekatan, aktiviti, bahan dan idea yang digunakan perlu sesuai
dengan peringkat umur, kebolehan dan pengalaman pelajar,
misalnya pelajar Tahun 1 dengan Tahun 6 dan Tingkatan 4.
c. Berkait dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Kandungan induksi set perlu mengambil kira pengetahuan sedia
ada pelajar, misalnya dengan memjuk kepada peristiwa-peristiwa
semasa dan di sekeliling mereka dan isi pelajaran lepas.
Pendekatan yang digunakan ialah daripada diketahui kepada belum
diketahui.
d. Berkait rapat dengan objektifpelajaran dan isi pelajaran.
Aktiviti dan isi kandungan yang disampaikan dan bahan yang
digunakan perlu berkait rapat dengan objektif pelajaran yang
ditetapkan dan isi pelajaran yang akan dibuat kemudian.
e. Jangka masa yang terhad.
Pelaksanaan aktiviti induksi set periu terancang dan berkesan
dalam tempoh masa antara 3-5 minit sahaja.

Komponen-komponen Induksi Set
Terdapat empat komponen utama induksi set iaitu:
a. Menarik perhatian
Gum boleh menggunakan intonasi suara, gerak isyarat temtamanya
tangan dan kepala serta kontak mata yang sesuai bagi menarik
dan mengekalkan minat pelajar. Supaya menjadi lebih menarik,
guru boleh menggunakan alat audio-visual dan mengubah corak
interaksi dengan pelajar.
b. Motivasi
Guru boleh merangsang atau memotivasikan pelajar supaya belajar
melalui teknik dan aktiviti pengajaran yang dipilih seperti soal
jawab, bercerita, ada unsur-unsur suspens dan menggunakan bahan
yang menarik. Gurujuga perlu menunjukkan kemesraan dan dibuat
secara bersahaja dengan penuh semangat.
c. Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan
disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi
pelajaran yang lepas. Tujuannya supaya pelajar bersedia menerima
isi pelnjaran baru.
d. Menstrukturkan
Guru menggunakan induksi set untuk membayangkan kepada
pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan
pembelajaran bagi pelajaran berkesan. Misalnya, " Hari ini kita
akan belajar berkenaan cara kejadian gerhana bulan. Cikgu akan
menerangkan cara kejadian gerhana bulan dan kemudian membuat
tunjuk cara atau eksperimen. Kemudian kamu akan diminta
menerangkan cara kejadian kepada kelas."

Objektif mengadakan Induksi Set
Terdapat beberapa objektif menjalankan induksi set, antaranya ialah:
a. Menarik perhatian pelajar kepada pelajaran baru yang akan
disampaikan.
b. Menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu di kalangan
pelajar.
c. Mengubah dan membina aliran dan tumpuan fikiran pelajar
daripada pelajaran sebelumnya kepada pelajaran baru.
d. Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti
yang akan dilaksanakan.
e. Mengaitkan isi pelajaran baru dengan isi pelajaran lepas dan
pengetahuan sedia ada pelajar.

7.Dalam kemahiran Menyoal terdapat soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka. Terangkan maksudnya dan kepentingannya.
Soalan tertutup ialah soalan yang meminta pengesahan, bukannya penjelasan. Biasanya, jawapan kepada soalan tertutup ialah samada ”Ya” ataupun ”Tidak” sahaja.

Contohnya, soalan-soalan di bawah adalah soalan-soalan tertutup:
• Adakah anda berpuas hati dengan prestasi akademik anda?• Benarkah Tok Janggut telah dibunuh dengan kejamnya oleh penjajah British?• Adakah gas terdiri daripada zarah yang bergerak secara rawak dan berlanggar sesama sendiri?• Bukankah anda telah membaca Bab 1 sebelum ini?

Apakah jawapan kepada soalan-soalan di atas? Saya pasti, jawapan yang diberikan adalah samada ”Ya”, ataupun ”Tidak”, bukankah begitu? (Ya / Tidak).

Soalan tertutup mempunyai peranan yang tersendiri, namun, dalam konteks untuk ’mengawal dan membentuk’ operasi minda, kita perlukan lebih daripada itu. Anda perlukan soalan-soalan terbuka.

Soalan terbuka pula berlawanan kepada soalan tertutup. Soalan terbuka memerlukan penjelasan dan penerangan. Biasanya, selain daripada ”Adakah”, kata tanya yang lain akan membawa kepada soalan terbuka. Contohnya:
• Kenapa Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu?• Bilakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan?• Siapakah tokoh-tokoh yang mencetuskan semangat nasionalisme di Tanah Melayu?• Bagaimana proses fotosintesis berlaku?• Apakah jenis-jenis hormon yang utama dalam sistem endokrin manusia?

8.Pentingnga Kemahiran Lisan kepada murid-murid dalam pengajaran bahasa Melayu.

Objektif teknik pengajaran lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Kemahiran ini penting kerana:

1.Dengan bercerita, mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.
2.Dengan teknik perbualan mereka akan dilatih berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon.
3.Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan.
4.Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-kanak.. Teknik ini dapat melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak disamping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.
5.Teknik Boneka sangat digemari, ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi.
6.Teknik berbahas ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untuk membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah.
7.kanak-kanak yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut.
8.usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.
9.Latih tubi lisan amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain mereka mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan, mereka juga sangat lemah dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Latih tubi akan dapat membantu mereka mengingat kemahiran lisan yang dipelajari.
10.Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah.
11.Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang lengkap dengan lancar..

No comments: