Friday, June 12, 2009

NOTA PEP.PENGURUSAN KOKURIKULM

BAHAGIAN A- 6 SOALAN STRUKTUR
BAHAGIAN B- 2 SOALAN ESEI

SOALAN STRUKTUR
1.Definisi Kokurikulum
Apa-apa kegiatan yg dirancang lanjutan dp proses p&p dlmbilik darjah yg beri murid peluang menambah,kukuh dan amal ilmu,kemahiran+ nilai yg dipelajari dlm bilik darjah.

2.Nyatakan kandungan kegiatan KK di sekolah berdasarkan P.U (A)531/97
a.Penyertaan dlm sukan dan permainan
b.Penyertaan dlm persatuan dan kelab
c.Penyertaan dlmbadan beruniform
d.Penyertaan dlm kegiatan-kegiatan lain ditentukan Menteri

3.Senaraikan 5 status pelaksanaan KK di sekolah
a.Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan KK disekolah
suatu kesalahan
b.Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya
dlm 1 gerak kerja pakaian seragam, 1 persatuan/kelab, 1
sukan /permainan
c.Kehadiran murid dalam aktiviti KK mesti direkod
d.Sekolah yg kurang kemudahan hendaklah galakkan murid-
muridnya buat kerja amal utk masyarakat
e.sekolah boleh laksanakan KK dgn penglibatan dan kepakaran
anggota masyarakat.

4.Lengkap jadual peruntukan masa KK yg wajib di bawah:

Sekolah Rendah:

Tahun Peruntukan Masa
3 & 4 60 minit seminggu
5 & 6 120 minit seminggu

5.Nyatakan tugas GB dlm merancang KK+tatacara melaksanakannya.
a.GB sebagai Penolong Pendaftar
b.ada kuasa lantik guru sebagai guru penasihat bagi jalankan tugas-
tugas KK.
c.Dalam merancang aktiviti ko-kurikulum, pengetua dan guru besar perlu mengikut tata cara berikut:
i. Menetapkan objektif.
ii. Menentukan strategi untuk mencapai objektif.
iii. Menyediakan program untuk mencapai objektif.
iv. Menyediakan belanjawan.
v. Menentukan prosedur pelaksanaan program.
Penggubalan dasar pelaksanaan program.

6.Nyatakan 3 beza Mesyuarat Agong Tahunan(MA) dan Mesyuarat Tergempar(MT)
a.MA ada agenda perlantikan j/k, laporan kewangan dll manakala
MT hanya ada 1 agenda.
b.MA dibuat atas kuasa pelambagaan manakala MT permohonan
bertulis 2/3 ahli
c.MA dibuat cukup tempoh 1 tahun atau ikut pelembagaan manakala
MT dibuat bila-bila masa ikut keperluan isu.

7.Nyatakan perkara penting dalam menyusun takwin KK
a.Tarikh pelaksanaan
b.Aktiviti yg diarancang
c. Tindakan guru terlibat
d.Hari cuti sekolah dan hari kelepasan am

8.Senaraikan peranan kepimpinan Kokurikulum BERKESAN
Apa yang sepatutnya pemimpin ko-kurikulum lakukan:
a.Merancang (Planning)
bMengelola (Organising)
c.Memimpin (Leading)
d.Mengawal (Controlling)

9.Senaraikan tugas-tugas GB utk mengawal pengurusan dan pentadbiran KK.
a) Mewujudkan sistem laporan maklum balas.
b) Menetapkan piawai pencapaian prestasi ko-kurikulum.
c) Menjalankan pemantauan / penyeliaan pelaksanaan ko-
kurikulum di sekolah.
d) Menjalankan penilaian keberkesanan aktiviti ko-
kurikulum di sekolah.
e) Menjalankan tindakan penambahbaikan aktiviti
ko-kurikulum.
f) Memberi ganjaran – sijil penghargaan dan sebagainya

10.Nyatakan aspek-aspek yg dinilai dlm aktiviti KK

Prestasi murid dalam bidang kokurikulum dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut:
a). Kehadiran
b). Pencapaian
c). Penglibatan
d). Jawatan disandang

11.Beri 2 contoh sumbangan KK kpd:-
a.kognitif – mengamal dan mengukuh ilmu pengetahuan yg dapat
dlm b.darjah
- mengembangkan bakat, minat dan potensi diri
b.efektif - melatih diri berdikari dan pupuk sikap yakin diri
- memupuk kasih sayang, perpaduan+ hormat hak org lain.
c.psikomotor.- ketahanan fizikal dlm penglibatan. Ex.kawad
- mengaplikasi ilmu dan kemahiran dari b.darjah dlm
permainan+perkhemahan.

12.Senaraikan pendekatan pengurusan dan pengendalian sumber manusia yg berkesan.
a.Pendekatan berasaskan teori kemoralan sosial oleh EMILE DURKHEIM –
Manusia hidup berkelompok, maka soal kemoralan sosial jadi teras dlm kehidupan. Penitik beratan disiplin dan perasaan masyarakat penyayang.
b.Pendekatan berasaskan teori pembelajaran Humanistik CARL ROGERS
Mengenalpasti 2 jenis kualiti dlm pembelajaran:-
1.Kognitif – berlaku dlm b.darjah
2.Pengalaman – diperolehi menerusi penglibatan dlm
pelbagai aktiviti luar b.darjah.
c.Pendekatan berasaskan teori pembelajaraan ALBERT BANDURA
Menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dgn cara memerhatikan orglainmelakukan dgn cara memerhatikan org lainmelakukan sesuatu. Ini dilakukan dgn memerhatikan gerakbalas yg ditonjolkan.

13.Nyatakan 3 kegunaan Laporan Gerak kerja KK
a. Pemantauan dan penyeliaan
b.Asas perancangan aktiviti
c.Petunjuk keperluan latihan dan kursus kemahiran










SOALAN ESEI
1.Mengapa pengurus perlu ada kecekapan dalam mengurus dan mentadbir kegiatan kokurikulum.
Kecekapan diperlukan dalam menguruskan dan mentadbir KK kerana:
a. Kepentingan KK dlm sistem Pendidikan Negara.
b.Perlunya KK dlm Sistem Pendidikan di sekolah
c. Matlamat dan kesan KK terhadap pelajar.
d. Gejala sosial mampu dibenteras melalui KK
e. KK menjana keseimbangan pelajar.
f. KK dapat mengurangkan masalah remaja.
g. Arah tuju KK terhadap pelajar.
h.Pengaruh penglibatan KK terhadap kecemerlangan akademik
i. KK ditadbir melibatkan polisi + dasar + undang-undang yg
termaktub.
j. KK melibatkan kegiatan berkumpulan dan individu.
k.Kegiatan KK berdaftar dgn pendaftaran pertubuhan yg sah.

2.Apakah strategi utk pelaksanaan kegiatan kk.?
i.Menubuhkan JK Pengurusan + Penyelaras Kk Sekolah
ii.Memberi taklimat kepada guru
iii.Menyediakan kemudahan asas
iv.Menggalakkan penglibatan ibu bapa.
v.Memenuhi 6 dasar pelaksanaan kk:-
. wajib 3 bidang
. perlu sediakan kemudahan asas secukupnya
. penglibatan perlu ditingkatkan
. P&P KK merentasi Kurikulum
. sekolahberwatak
. sekolah tempat menarik


3.Cadangkan cara untuk meningkatkan dgn JAYANYA pelaksanaan kk di sekolah anda.
i. Memberi wajaran yg sesuai kpd aktiviti KK supaya kurikulum
dan KK boleh saling melengkapi.
ii. Menambah bilangan unit-unit KK .
iii. Melibatkan murid dp semua kaum utk pepaduan
iv. Murid dan sekolah buat aktiviti masyarakat
v. Melibatkan JK Bimbingan, PIBG & Guru dlm merancang dan
melaksana aktiviti KK.
vi. Merancang dgn teliti aktiviti KK bagi capai matlamat maksima.
vii. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti KK
viii.Menganjur dan mengelola pertandingan yg libat semua murid
ix. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan
x. Sistem ganjaran + pengiktirafan kpd Guru/murid dilaksanakan.

4.Mengapa pelajar perlu melibatkan diri dalam kegiatan kk?.
i. Memberi khidmat kpd pembangunan kemasyarakatan di sekolah.
ii. Membangunankan semangat kasih dan sayangkan sekolah.
iii. Tanamkan semangat berlumba-lumba+ inginkan kecemerlangan.
iv. Mengembangkan kemahiran sosial
v. Membentuk personaliti yg positif dan rasa bertanggungjawab.
vi. Meningkatkan tahap disiplin pelajar.
vii. Mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu.
viii.Mewujudkan pendidikan secara menyeluruh.
ix. Menyemai+ menanam perasaan kekitaan di kalangan pelajar
berbagai kaum.
x. Menyediakan pengetahuan dan pengalaman yang tidak diajar di
bilik darjah.
xi. Penggunaan masa lapang secara berfeadah
xii. Melatih + menerapkan daya kepimpinan sebagai pelapis kpd
kepimpinan Negara.
xiii.Mengembang potensi bakat dan minat pelajar


5.Jelaskan kepentingan Kokurikulum
i.Wujudkan suatu bangsa bercorakMalaysia yg bersatupadu+dihornatimelalui pendidikanyg seimban+sempurna dgnberi penekanan akademik dan gerak kerja luar.
ii.Pelajar dan guru faham konsep pendidikanberasaskan kokurikulum+akademik.
iii.Menyemai,memupuk danmenanamperasaankekitaan dlm pelajar pelbagai keturunan.
iv.menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi kembangkan JERIS.
v.kearah hidup ygharmonis,bersatupadu,bertelorensi,berdisiplin dan sahsiahyg baik
vi.melahirkannilai-nilaiakhlakdan semangat petriotik.
vii.mengimbangi akademik dgn kokurikulum.

6.Nyatakan fungsi Gerak kerja KK.
i.Mengembang dan mengukuhi ilmu pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran formal di bilik darjah, khasnya
ada kaitan dgn perkembangan psikomotor,afektif,
sosialisasi dan kerohanian.
ii.Mengenalpasti ilmu pengetahuan dan kemahiran yg
diperolehi melalui pembelajaranformal khasnya yg ada
kaitan dgn kesihatan, kesejahteraan, ikhtiar
hidup,keusahawaan dan kelastarian.
iii.Mengalami sendiri situasi dan proses yg menjana ilmu ,
pengalaman dan kemahiran yg akan + telah dipelajari di
bilik darjah.
iv.Melatih diri berdikari dlm apa aje keadaan + situasi, cabaran +
masalah di samping pupuk yakin diri.
v. Berinteraksi secara langsung dgn alam sekitar + faham hubungan
dgn alam sekitar.
vi. Mengembangkan bakat + minat.
vii.Mengalami sendiri pentingnya diri dan org lain yg ada nilai murni
kemanusiaan dan keinsanan yg luhur.
viii.Menguji dan meningkatkan kepimpinan
ix.Memanfaat dan meneroka ruang utk majukan diri.
x.Memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru.
xi.Meningkatkan kreativiti,inovasi dan karyawan, keusahawanan

7.Nyatakan 8 peranan dan fungsi pemimpin KK
a.Pastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jk.
b.Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
c.Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
d.Memastikan Jk jalankan tugas spt terkandung dlm Perlembagaan.
e.Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
f.Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
g.Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
h.Pastikan pengurusan $+ harta benda/peralatan diurus dgn baik.
i.Memastikan Minit Mesyuarat+ Laporan Aktiviti disedia+ difailkan.
j.Mendaftarkan Unit-unit KK kpd Pengetua/G B atau Badan Induk.
k.Bertanggungjawab beri bimbingan+ tunjuk ajar/ galakan kpd ahli.
l.Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
m.Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
n.Bertanggungjawab mencatat penglibatan+ pencapaian ahli.
o.Buku /Borang Kehadiran Ahli.
p.Hadiri perjumpaan/ mesyuarat yg berkaitan dgn unit yg diwakili .
q.Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
r.Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
s.Mencadangkan nama ahli yg layak terima Sijil Penghargaan kpd Jk Kokurikulum Sekolah dgn pihak sekolah dlm jaya sesuatu program.
t.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GB dari semasa ke semasa.

8. Pemantauan dan penyeliaan KK dapat dibuat bagi memastikan pengurusan KK dilaksana dgn berkesan. Nyatakan dgn merujuk kpd sekolah anda.
i. Mengadakan JK Pengurusan KK
ii. Mengadakan mesyuarat dan taklimat penyelarasan sebulan sekali.
ii. Menetapkan KPI dan SKT tahunan KK sekolah.
iii. Memantau dgn senarai semak.perkara-perkara yg perlu dibuat
iv. Mempamerkan Carta Organisasi KK
v. Menyedia+ mempamerkan papan kenyataan aktiviti KK
vi. Menyediakan perancangan dan jadual aktiviti KK vii. Sediakan sistem fail yang sistematik
viii.Menyediakan fail induk setiap persatuan
ix. Menyediakan fail Laporan dan data setiap unit
x. Membuat makluman balas dan tindakan kpd masalah yg timbul.
xi. Menghadiri aktiviti yg dibuat secara kerap / sesuai

9.Nyatakan prinsip-prinsip yg diambilkira oleh GB semasa
merancang tadbir urus KK yg baik di sekolah.
i. Menyediakan ruang, peluang, kesempatan+kemudahan.
ii. Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan KK
iii. Menekankan nilai murni dan keinsanan
vi. Memperkukuhkan semangat patriotism.
v. Menyediakan strategi peningkatan pengetahuan dan kemahiran
vi. Menyediakan peluang dan kesempatan kpd semua pelajar
vii. Wujudkan peluang utk meningkatkan daya saing.
viii.Merealisasikan unsur-unsur penghargaan.

10.Senaraikan tugas-tugas GB sebagai pendaftar.
a. Guru Besar atau Pengetua boleh, mengarahkan mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.
b. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, secara bertulis
mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:- i. Yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru; ii. Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan
Malaysia atau awam;
iii.Yang memudaratkan kepentingan murid; atau
iv. Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-
peraturan ini.

11. Senaraikan Peranan dan bidang tugas JK Kokurikulum sekolah
1.Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
2.Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
3,Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4.Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5.Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6.Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan
kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan. 7.Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum. 8.Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa,
Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. 9.Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10.Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
11.Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
13.Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

12.Senaraikan langkah-langkah untuk menubuhkan persatuan
a.Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-
i. Tujuan dan matlamat
ii. Aktiviti dan kegiatan
iii.Peraturan
iv.Perlembagaan
b.Jawatankuasa penaja menulis permohonan
rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan
menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.
c.Mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar
d.Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Guru Besar
e.Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan:
i. Memilih Ahli Jawatankuasa
ii. Merancang aktiviti tahunan kelab/persatuan
iii. Pengesahan dokumen kelab/persatuan
iv. Mengoperasikan kelab/persatuan

13.Penglibatan guru dalam aktiviti KK adalah salah satu tugas resmi. Jelaskan.
i. Tugasan dalam bidang kokurikulum adalah tugasan rasmi
dan setiap guru dikehendaki mematuhi jadual kokurikulum
yang ditetapkan oleh sekolah.
ii. Setiap guru diperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam dalam
seminggu dan dikehendaki mematuhi masa tersebut.
iii. Kedatangan guru haruslah menepati masa yang ditetapkan
dan kehadiran hendaklah dicatat dalam Buku Kedatangan di
pejabat sekolah.
iv. Kehadiran adalah dianggap sebagai satu tugas rasmi dan guru
yang tidak hadir atau guru yang tidak dapat hadir oleh sebab-
sebab tertentu seharusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya.

14.Bezakan kandungan fail pengerusi dengan fail setiausaha

Fail Pengerusi mengandungi
1.Maklumat ahli
2.Senarai ahli jawatankuasa dan senarai guru penasihat
3.Perlembagaan kelab
4.Minit mesyuarat

Fail setiausaha mengandungi
1.Minit mesyuarat
2.Surat-surat berkaitan kelab
3.Buku-buku panduan kelab
4.Perlembagaan kelab
5.Maklumat ahli
6.Senarai ahli jawatankuasa dan guru penasihat
7.Laporan Mingguan (Lampiran J)

15.Jelaskan keadah pemeliharaan peralatan untuk kegunaan KK
Setiap peralatan hendaklah di simpan di tempat yang selamat
.
a.Peralatan yang kecil bolehlah disimpan dengan kaedah berikut:
i. Ikatkan peralatan tersebut secara set lengkap.
ii. Ikatkan peralatan yang sama jenis dalam satu ikatan.
iii. Masukkan barang yang sama jenis ke dalam satu bekas.
b.Sebaik-baiknya stor simpanan hendaklah mempunyai rak dan kabinet.Peralatan yang berat hendaklah diletakkan di bawah. Yang ringan letakkan di atas.
c.Kaedah pemeliharaan peralatan tajam adalah seperti berikut:
i. Masukkannya ke dalam bekas khas.
ii. Masukkan ke dalam sarungnya.
iii. Dengan membalutkannya.
iv. Jika panjang, tegakkannya dengan bahagian tajam ke atas.
v. Sentiasa mencanai atau mengasahkannya untuk
mengekalkan ketajaman.
d.Peralatan yang panjang hendaklah diletak secara menegak.
Tindakan berikut hendaklah dijalankan ke atas peralatan yang diperbuat dari logam untuk mencegah perkaratan:-
i.Mengecatkannya
ii.Menyapu lapisan minyak yang nipis iiiJauhkan dari punca kelembapan

No comments: