Tuesday, July 21, 2009

Panduan tambahan

Panduan Menjadi Pelajar Baru UUM ( PKPGB )
Persediaan tambahan.


1.Peralatan Tambahan

a.Laptop lengkap dgn kemudahan internet.
Nak cari bahan banyak bergantung dgn alat dan teknologi ini. Pegawai PKG tak ada masalah. Tempat tinggal di Asrama Bukit Kaci tu tak berapa laju internetnya. Kalau pakai broadband tu tak ada masalah. Belilah demi utk belajar. Kepentingannya hendaklah diberi keutamaan.

b.Kunci Tambahan
Di asrama tu, pintunya mudah diceroboh, penghuni ramai dgn pelbagai niat.

c.Kenderaan kongsi
Asrama bukit Kaci ke, Bank Rakyat ke, berada lebih kurang 3 kilometer dp bilik kuliah, jadi nak jimat belanja, kongsilah kerata. Wanita dengan wanita. Lelaki dgn lelaki. Orang Malaysia dengan orang Malaysia. Yang berasal dari T’gganu dan Kelantan cukup molek bergilir kereta, ikut minggu.

d.Handphone
Tak perlu canggih, asal ada. Kalau boleh yg ada kemera. Bukan ape, kadang-kadang power point pensyarah tu ada bahan penting. Tak sempat nak salin, jadi ambilah gambar. Ini penting sekiranya pensyarah tak bagi “sedut” dan akan keluar dlm kuiz dgn peperiksaan minggu ke-5. Dalam handphone tu kena ada no.telefon pensyarah terutamanya penyelaras En.Abu Hassan Othman. ( Sila rujuk lampiran nombor-nombor telefon )

e.Pen-drive
Beli satu 2G paling kurang. Nak copy matlumat pensyarah atau kerja kursus kawan lain. Pastikan tiada virus.

f.Kemera digital
Binatang ni penting bila belajar Teknologi Pendidikan, tak berapa perlu. Hanya penting untuk ambil gambar kawan-kawan sekumpulan dan pensyarah masa nak buat persembahan. Amat menariklah jika persembahan tu ada gambarkawan-kawan dan pensyarah. Apatah lagi jika dicetak di muka depan kerja kursus. Markah lebihlah sikit. Yang teringin nak rakam sepanjang sessi kenangan bersama rakan sepejungan, kemudian nak burn dalam CD dan jual, bolehlah memulakannya.

g.Baju Seragam
Untuk dapatkan semangat berkumpulan yang sihat, buatlah baju identity sendiri. Kami punya ada tertulis PKPGB Kohort 3 di hadapan baju, harga lebih kurang RM60. Seronok pakai terutama untuk belagak dan yang tak tahan sejuk. Penghawa dingin bilik kuliah tu sistem berpusat dan sejuknya kadang-kadang keterlaluan. Jangan lupa beri satu pada penyelaras.

h.Attansion Wayer.
Ini kena beli untuk kumpulan. Kadang-kadang ada bilik kuliah yang kurang kemudahan ini. Kita kena sedia untuk kemudahan kita. Jangan harapkan pihak university siapkan, ini kursus untuk pemimpin.

2.Organisasi dan aktiviti tambahan

a.Jawatankuasa PKPGB
Tiap kumpulan perlu ada organisasi pentadbiranya sendiri dengan tujuan menyenang kita dan meyeragamkan tindakan, serta hubungan dengan Universiti melalui penyelaras. Antara jawatan yang dicadangkan ialah:-

Ketua atau penghulu
bertanggungjawab sebagai:
i. pengerusi mesyuarat,
ii. menguruskan kehadiran,
iii. perunding dan “adjust” dgn pihak universiti dan pensyarah,
iv. hubungan dgn GPKPGB UUM (G=gabungan),
v. kata pemutus,
vi. penyelesaian konflik dan isu dalaman,
vii. pembahagian kumpulan dan tugasan,
viii. giliran pembetangan,
ix. penghantaran kerja kursus dan tugasan,
x. hubungan dengan IAB,
xi. hubungan dengan pengetua kolej kediaman,
xii. hubungan dengan pejabat CAS,
xiii. menyampaikan matlumat dan arahan terkini,
xiv. penginapan dan tempat tinggal,
xv. nombor telefon dan bilik pensyarah.
xvi. Lawatan.
xvii. Pembahagian Subjek Minor.( Ni cukup sensitive- baik-baik urus binatang ni)

Penolong ketua atau penolong penghulu.
i. menjalankan tugas ketua semasa ketiadaannya,
ii. tuntutan perjalanan,
iii. pelekat kereta,
iv. memastikan bilik kuliah dan tempat peperiksaan,
v. kunci bilik kuliah,
vi. jamuan kumpulan,
vii. cenderamata pensyarah,
viii. peralatan kuliah ( Projector, Laptop, Maker pen dll)
ix. jadual kuliah, jadual peperiksaan,
x. tempahan bilik komputer,
xi. tempahan bas UUM,
xii. kewangan kumpulan.
xiii. Sukatan Pelajaran,
xiv. Nota peperiksaan,
xv. kebajikan peserta,
xvi. pecetakan dan teknologi.

Setiausaha
Bertanggungjawab
i. menyediakan minit mesyuarat,
ii. laporan lawatan,
iii. borang-borang kehadiran, borang-borang tuntutan, borang pelekat kereta,
iv. senarai nama peserta yang lengkap,
v. Kad Pelajar,
vi. Laman blog, Laman Web Group.
vii. Kertas kerja Bakti Siswa/khidmat masyarakat.
viii. Baju seragam

Bendahari
Bertanggungjawab dalam
i. soal kewangan kumpulan,
ii. punggutan, pembayaran, pembelian, hutang dan tempahan.
iii. Menyediakan laporan kewangan.

Jawatankuasa kecil
Bertanggungjawab kepada penghulu dan menjalankan tugas mengikut bidang kuasa masing-masing
Cadangan jawatankuasa kecil mengikut kepentingan:

1. Jawatankuasa Lawatan
2. Jawatankuasa Kebajikan dan sambutan
3. Jawatankuasa Pecetakan
4. Jawatankuasa Nota Peperiksaan
5. Jawatankuasa Teknologi

b.Laman blog nota peperiksaan dan bahan kuliah
Laman blog penting untuk matlumat dan nota peperiksaan. Laman blog kumpulan penting untuk bahan-bahan dan aktiviti yang dirancangkan. Tugaskan 3 orang untuk kendalikannya. Penolong penghulu pantau perjalanannya. Rujuk laman blog. mahalimahat.blogspot.com

c.Pecetakan dan pembelian buku.
Pensyarah kerap kali akan mengedarkan bahan kuliah termasuk sukatan kursus. Setiap pertemuan pula akan dibuat tuntutan makan kepada IAB melalui penyelaras.Jadual kuliah dan peperiksaan juga diberikan. Ni semua nak diperbanyakkan. Ada juga pensyarah mengesyorkan buku rujukan penting yang boleh dibeli. Tugaskan 2 orang untuk urus.

d.Lawatan dan kerja khidmat siswa.
Pihak Universiti akan memperuntukan wang untuk lawatan di luar negeri. Cadangkan tempat yang hendak dilawati dan buat kertas kerja ( Rujuk Lampiran kertas kerja ) dapatkan persetujuan penyelaras dan keputusan lawatan akan diberi tahu. Sedialah wang tambahan untuk menampung mana-mana yang tak cukup.
Pihak Universiti juga ada peruntukan untuk bakti siswa. Tapi ni kena buat dalam GPKPGB, Kohort yang ada kena kerjasama utk lakukannya bersama. Mesyuarat akan diadakan.

e.Kad pelajar
Ini selalunya pihak university akan buat masa hari suaikenal. Ada syarikat yang ambik gambar dan buat. Kena ingat nombor metric dan bayaran sekitar RM5.00. Banyak gunanya kad ni,contohnya masa ke pusat kesihatan, pemeriksaan keselamatan, masa di dewan peperiksaan dll.

f.Pelekat kereta.
Pelekat kereta ini wajib buat. Tak tahan bayar saman RM300.00. Kos Cuma RM3.00 aje. Ambil borang di pejabat penginapan, isikan,sertakan salinan gran kereta, covernote insuran, lesen dan jangan lupa gambar terbaru. Bayar RM3.00 di Bank Islam, sertakan slip pembayaran. Kemudian minta tandatangan pengetua kolej atau dekan, dah siap hantar ke bahagian keselamatan. Tunggu sehari dua dan pelekat siap dan lekat di kereta. 1 semester 1 pelekat, jadi 1 tahun kena buat 2 kali.

g.Tuntutan makan
Tuntutan makan dibuat setiap pertemuan. Jadi siapkan salinan buku bank, surat panggilan UUM, jadual kuliah dan borang tuntutan. Isi borang ni,disahkan oleh penyelaras dan hantar kepada IAB. Pastikan jangan lewat tarikh atau tak cukup, walaupun seorang.

3.Pantang Larang di bilik kuliah dan dewan peperiksaan

a.Kehadiran
Kehadiran wajib, tak cukup jumlahnya silap-silap tak dibenarkan ambil periksa. Kehadiran akan diurus oleh ketua dengan borang kehadiran. ( Rujuk lampiran borang ) Satu kursus satu borang kehadiran. Setiap yang hadir kena turunkan tandatangan mengikut hari berdasarkan jadual kuliah. Kalau tak dapat hadir sila beritahu pensyarah dan ketua.Kalau ada alasan lain yang serius boleh jumpa penyelaras.

b.Lewat
Selalu kuliah mula pagi jam 8.00. Nak serapan, nak parking kereta dan macam-macam lagi, kadang-kadang terlewat. Pensyarah tak suka, bentuk disiplin, jadi selalulah minta maaf.

c.Laptop
Ramai pensyarah yang pantang bila kuliah dijalankan, ada peserta main laptop. Rasa tercabar agaknya. Jadi jangan bukaklah. Kecuali masa persembahan. Tapi selalu minta izin.

d.Tidur
Tidur tak apa, sekali-sekali tu. Tapi jangan lena.

4.Nak ke mana?

a.Tempat makan
Murah, banyak pilihan dan sedap, pelbagai rasa tentunya di Kolej Muamalat. Tapi di “Kolam” best juga bagi yang nak merokok. Kalau di luar UUM, kedai di bulatan tu pun boleh atau jom ke Changlon atau nak syok lagi gi ke pekan Kayu hitam.

b.Nak solat
Banyak tempat di UUM ni, lagi bagus gi ke masjid.

c.Nak beli barang kuliah
The Mall UUM atau di kedai-kedai di asrama.

No comments: