Sunday, August 30, 2009

NOTA PEP ISU PENDIDIKAN

NOTA PEP ISU PENDIDIKAN
( 9 STRUKTUR )
Soalan 1 – Terangkan konsep isu
Sesuatu hal yg dibincangkan
Sesuatu perkara atau masalah yg difikir dan diperkatakan org ramai.
Sesuatu yg libatkan kepentingan manusia keseluruhan, sesuatu kelompok atau seseoarang individu.
Bersifat segera dan penting pada sesuatu masa tertentu
Contoh: Sekolah kekurangan guru bahasa inggeris
Soalan 2 – Kepentingan Isu Pendidikan
SEGI POLITIK:-
i.Merupakan perkara sensitive dan tidak boleh sewenang-wenang dibicara agar keharmonian tidak terjejas.
ii.Merupakan petunjuk yg perlu diberiperhatian oleh kerajaan masa gubal dasar awam.
SEGI EKONOMI
i.Boleh menyedarkan sector ekonomi ttg tanggungjawabnya dlm pendidikan.
ii.Boleh menyedarkan perancang ekonomi dan perancang pendidikan untuk bekerjasama.
SEGI SOSIAL
i.KEPADA PENDIDIK -
Kesedaran utk upgred ilmu pengetahuan
Peka keperluan masyarakat
Kesedaranutk lebih kreatif /inovatif dlm pengajaran
Galakan proaktif
ii.KEPADA PELAJAR
Kesedaran kepentingan pendidikan
Kesedaran ttg relevansi antara pemlihanmatapelajaran dan pekerjan.
Memperlihatkan peluang yg ada dlm dunia pekerjaan
Menimbulkan kesedaran utk capai kecemerlangan.
iii.KEPADA IBUBAPA
Beri kesedaran tgg kepentingan pendidikan terkini.
Menimbulkan minatterhadappendidikan anak-anak
Menggalakkan perkongsian idea dlmatasi masalah pendidikan

Soalan 3 – Nyatakan definasi sekolah selamat dan nyatakan punca-punca timbul isu.
Konsep sekolah selamat:
 Ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa gangguan fizikal atau psikologikal.
 Punca-
i. Faktor luaran sekolah iaitu perbezaan tahap sosioekonomi pelajar, etnik, pengaruh media massa, rakan sebaya, ibu bapa dan kelauraga serta faktor lokaliti tempat tinggal pelajar.
ii.Faktor dalaman sekolah iaitu faktor guru, kepimpian sekolah, interaksi guru pelajar, pedagogi, iklim sekolah, budaya sekolah, keceriaan sekolah dan motif sekolah adalah bermatlamat akademik, kokurikulum atau sahsiah
iii.perubahan nilai generasi muda

Soalan 4 – Nyatakan kesan baik dan buruk dp Globalisasi dlm pendidikan
Kebaikan
i. Bidang pendidikan semakin maju krn Dunia x sempadan jadikan matlumat, ilmu dan kemahiran dpt dikuasai lebih mudah melalui Internet
ii. Kepakaran dlm bidang pendidikan dpt dibincang dan dikongsi bersama di seluruh dunia.
iii. E-pembelajaran bantu memantapkan p+p dan mengaplikasakan ict dalam pengajaran mereka
Keburukan
i. Kebebasan matlumat x terbatas dan x terkawal hingga menggugat budaya, agama dan matlamat pendidikan negara.
ii. Penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif lebih bersifat sterotaip
iii. Kemeluasan idea-idea negative dan jahat menjadi penghalang pewujudan modal insane terbaik.

Soalan 5 – Meritokrasi ?
a.Definasi - satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang atas dasar kebolehan atau kecemerlangannya dan bukan kerana keturunan atau kedudukannya.
b.Prinsip –
i.Sistem ini mementingkan kejayaan atau ganjaran sosial berdasarkan merit kepintaran (IQ), bakat dan usaha individu.
ii.sistem yang menggalakkan inidividu yang berkebolehan dipilih berdasarkan kebolehan, intelektual dan amalan dan bukannya atas dasar kekayaan,latar belakang keluarga atau status sosio-ekonomi mereka.
iii.menjadi mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih kasih
(nepotisme), pilih bulu dan kronisme
c.Pemilihan di U
i.Pelaksanaan sistem
a.Sistem meritokrasi mula dilaksanakan bagi kemasukan pelajar ke IPTA mulai semester 2002/2003. Ia diperkenalkan bagi menggantikan sistem kuota yang memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India
b.Melalui sistem ini, kaedah Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan untuk menyeragamkan kelayakan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Diploma.Hanya pelajar yang mempunyai PNGK tertinggi serta memenuhi keperluan kursus yang dipohon akan ditawarkan tempat ke IPTA.
ii.Rasionalnya
a.untuk memastikan pelajar-pelajar Melayu berusaha dengan lebih tekun supaya dapat bersaing dengan kaum-kaum lain untuk mendapat tempat di IPTA;
b.memastikan pelajar-pelajar Melayu yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA menghargainya dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan;
c.menentukan individu yang mendapat tempat di IPTA adalah daripada kalangan pelajar yang benar-benar berkelayakan;
d.dan membentuk keupayaan survival bangsa yang kuat, pencapaian pendidikan yang lebih baik tanpa perlu bergantung kepada bantuan-bantuan luar atau subsidi daripada kerajaan.

Soalan 6 –Isu perlu cara menangani. Senaraikan langkah-langkah mengatasi.
1. MENGENAL PASTI SIAPA YANG MENIMBULKAN ISU
 ORANG AWAM
 PENDIDIK
 PELAJAR DLL.
2. MEMBUAT ANALISIS ISU
 ISU POKOK
 KEPENTINGAN ISU
 JENIS ISU
 ASPEK ISU
 SKOP ISU
3.MEMBERI RESPONS KEPADA ISU
 PENJELASAN
 HUJAH
 PANDANGAN

Soalan 7. Senaraikan usaha-usaha untuk Memperkasakan bahasa melayu dan meningkatkan bahasa inggeris

Usaha perkasakan BM
• Kementerian Pelajaran mencadangkan matapelajaran Matematik dan Sains di ajar dalam Bahasa Melayu juga. Sepatutnya begitulah kerana kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping ke arah perpaduan nasional melalui satu bahasa.
• 1Malaysia 1 Sekolah dan 1 Sukatan Pelajaran yang sama di seluruh negara
• Tulisan jawi dimantapkan semula
• Digunakan dalam semua bidang kehidupan bertamadun
• Dalam semua urusan kebangsaan dan rasmi sesebuah negara
• Sebagai pengantar ilmu pada semua peringkat; dari sekolah sampai ke IPT
• Lengkap serta kemas daripada aspek kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa
• Wadah pemikiran dan wacana intelektual dan budaya tinggi
• Pembentuk identiti bangsa dan negara seperti ungkapan ‘maju dalam acuan sendiri'
• Berpotensi digunakan sebagai bahasa serantau dan bahasa dunia
Usaha meningkatkan BI
• PPSMI perlu diganti dengan Kaedah pengajaran dan pembelajaran BI yang lebih mantap, menarik, berkesan bagi mencapai hasrat setiap rakyat sekurang-kurangnya menguasai kemahiran bertutur 2 bahasa.
• Penggunaan teknologi komputer dan internet dalam mempelajari bahasa ingeris wajar diperluaskan bagi menarik minat pelajar-pelajar.
• Seramai 13,933 guru BI ditambah termasuk 1,000 dari luar negara dan 600 guru bersara.
• Syarat lulus peperiksaan SPM
• Mantapkan dulu kemahiran berbahasa inggeris para guru, kesesuaian korikulumnya, alat bantunya mencukupi, kesesuaian suasana pembelajaran bahasa inggeris itu sendiri.
• Kaedah meningkatkan kemahiran bahasa ialah melalui pembacaan. Maka itu kursus seperti membaca kesusasteraan atau karya besar dalam bahasa Inggeris akan jauh lebih berkesan daripada mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Soalan 8.Nyatakan 8 angkah-langkah mengatasi isu penempatan guru.
i. Ketatkan syarat pemgambilan guru - MEsdi
ii.Pemilihan calon guru yg berkualiti
iii.Beri penghargaan tinggi guru berkhidmat di luar bandar
iv.Hadkan tempoh khidmat guru di luarbandar dan pedalaman.
v.Sediakankemudahantempat tinggal dan pengangkutan
vi.Utamakan kemudahan rawatankesihatanguru-guru
vii.Mengamalkan kaedah penempatan guru yg telus dan terbuka
viii.KPM selaras pengambilanguru mengikut keperluan dan opsyen

Soalan 9.Senaraikan 5 langkah penilaian prestasi yang berkesan
i.Patuhi pekeliling yang sedia ada
ii.Pengurusan prestasi hendalah berstrategi dan bersistematik
iii.Kaedah penilaian prestasi berdasarkan sasaran kerja, berterusan, tidak berahsia dan sering berbincang dan tidak digunakan untuk menggugut.
iv.Sediakan panduan dan bantuan dalam pembangunan sumber.

( 3 Essei )

Soalan1 – [Pendemokrasian] Apakah peranan kerajaan dan sekolah untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan.
Pendahuluan
• Memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan.
• Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu.
• Memenuhi harapan i.Tiada golongan yang tercicir ii.Pendidikan untuk semua iii.Pendidikan yang adil, saksama dan berkualiti iv.Tiada diskriminasi dan v.Persamaan hak yang sama rata
Isi
• Menyediakan guru terlatih yang mencukupi selaras dengan pertumbuhan pendidikan
• Menyediakan bilik darjah mencukupi
– Agak rumit kerana pertambahan penduduk terutamanya di bandar berbanding di luar bandar
• Memastikan semua kanak-kanak memasuki sistem pra sekolah
• Menyediakan kemudahan asas mengikut piawaian yang telah ditetapkan
• Mencapai kadar penyertaan pada tahap 100% di peringkat pendidikan Rendah, Menengah dan Menengah Atas
• Memastikan semua kanak-kanak akan memasuki sekolah pada umur 7 tahun
Penutup
• Dalam keghairahan dalam menyediakan sumber manusia melalui sistem pendidikan negara kita mestilah memastikan pendekatan pelaksanaan dan amalannya mengikut acuan kita sendiri iaitu berasaskan matlamat pendidikan negara.


Soalan 2 – [Beban tugas] Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh seorang pengurus organisasi ( Sekolah / PKG ) bagi menangani beban tugas guru yang menyebabkan Burnout.

Pendahuluan
• Beban tugas yang keterlaluan dan berpanjangan akan menyebabkan burnout. Ini jadi isu sebab Sikap dan tingkah laku guru berubah kepada negatif disebabkan tekanan kerja yang tinggi. Mereka menunjukkan kekurangan idealisme, komitmen dan minat terhadap pekerjaan yang dilakukan
• GB kena selesai jgn jadi bodoh pulak
Isi-isi
Langah-langkah mengurangkan beban tugas
(1)Merancang dan mengagihkan beban tugas dgn adil dan saksama.spt penggunaan sistem bintang kpd satu-satu jawatan berdasarkan bebanan kerja yg ditanggung.
(2) Bantu pegawai / guru dgn layanan professional utk meningkatkan mutu kerja dan pelaksaaan kerja.
(3) Melakukan hubungan profesional yg harmoni, mesra dan bersikap terbuka kepada pimpinan.Spt mengadakan banyak perbincangan bersemuka,
(4) Melakukan sokongan moral kpd guru dalam menghadapi masalah, menjelaskan bidang tugas kerja dgn tepat dan bersistematik, menjadi contoh ikutan yg baik, dan memberi ganjaran yang sesuai.
(5) Melengkap dan upgred prasarana yang boleh meningkatkan kepuasan kerja pegawai.spt. suasana kondusif, mengadakan kemudahan kerja, peralatan moden dan inovasi sistem
(6)Sistem giliran kerja-Wujudkan sistem giliran 2 atau 3 tahun sekali bagi jawatan-jawatan tertentu yg sesuai di sekolah.
(7) Sistem Mentor
Pilihlah seorang mentor. Ini boleh menjadi faktor utama untuk menghindari burnout pada guru.Gunakan guru senior dan berpengalaman bagi tujuan membimbing
(8)Kerja sebagai ibadah
GB harus dapat membuayakan kerja sebagai suatu ibadah yang kewajibannya adalah dituntut agama dan balasannya akan diperolehi di akhirat.
(9)Memahami kemahiran dan kepakaran guru dan meletakkannya ditempat sesuai
(10)Penilaian prestasi yang berkesan.
Penutup
• Kerjasama yang baik antar guru, pihak pengurusan yang peka dgn keinginan dan harapan bawahan, persekitaran dan kemudahan yang menjadi asas proses pembelajaran merupakan harapan semua guru, namun jika yang diimpikan tersebut tidak tercapai, guru hendaklah dapatmenyerap tekanan dengan menjadikannya pemangkin dan cabaran utk capai prestasi lebih baik dan bukan berserah kpd keadaan.Jgn jadi bodoh.

Soalan 3 – [Kualiti dlm pendidikan]Huraikan ciri-ciri kualiti yang harus dicapai dalam pengurusan pendidikan bagi mengelakkan berlakunya isu dalam pendidikan di peringkat sekolah.

Pendahuluan
Semua orang mengejar kualiti. Begitulah juga dengan perkhidmatan pendidikan negara kita kini yang begitu pesat berkembang dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Semua perkembangan ini memerlukan para pendidik negara bersedia menghadapi dan menyahut cabaran terutama dalam aspek memberikan pendidikan yang berkualiti di semua peringkat persekolahan bagi mencapai matalamat negara untuk menjadikan pendidikan kita bertaraf duni

Isi-isi
a.Ciri-ciri kualiti pendidikan
• Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu
• Proses P&P yang mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum
• Kadar celik huruf yang tinggi
• Pencapaian akademik tinggi dan cemerlang
• Penyertaan kokurikulum yang aktif dan bermakna
• Pengurusan hal ehwal murid, kebersihan dan keceriaan mewujudkan suasana yang kondusif bagi membina budaya ilmu dan budaya sekolah yang tinggi
• Pengurusan keseluruhan yang telus dan cekap lagi berkesan.
b.Ke arah kecemerlangan pendidikan
kawalan kualiti sewaktu melalui berbagai proses perlu dibuat utk kecemerlangan pendidikan melalui p+p. Inilah yang menjadi aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran di mana sering dipandang remeh. Banyak petunjuk yang boleh kita lihat aspek ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang antara lain:
• berlaku defisit pembelajaran yang ketara di kalangan murid-murid
• utama menghabiskan sukatan pelajaran daripada penguasaan kemahiran
• kerja-kerja murid banyak atau lambat diperiksa.
• kurang latihan yang sewajarnya (sehingga tahun akhir)
• sindrom tunggu sampai tahun enam baru semua proses diambil kira
• diagnosis tidak digunakan seperti sepatutnya.

Penutup
• Proses bagi mencapai sesuatu kualiti bukan sahaja melibatkan pihak-pihak atau bahagian-bahagian tertentu sahaja tetapi ianya memerlukan kerjasama semua pihak bagi mencapainya. Komitmen yang tinggi amatlah diperlukan bagi mencapai tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia yang melibatkan bukan sahaja para pelajar, guru dan pegawai pendidikan bahkan ianya meliputi golongan masyarakat bagi mencapai hasrat tersebut. Sesuatu kualiti haruslah berdasarkan kepada ciri-ciri kualiti yang selaras dengan mempastikan bahawa setiap orang dapat memberi dan menerima maksud yang sama bagi sesuatu perkhidmatan yang diberikan. Jika ciri-ciri kualiti itu adalah persepsi seseorang sahaja dan bukan secara umum maka ini bukanlah kualiti keperluan am.

No comments: