Sunday, August 30, 2009

NOTA PEP SOSIOLINGUSTIK

NOTA PEP BM- SOSIOLINGUSTIK
Soalan 1. – Bezakan Sosiolingustik(SL) dengan Sosiobahasa(SB)
Persamaan
SL dan SB Kedua-dua mengkaji masyarakat dan bahasa; Kedua-duanya adalah bidang mengkaji bahasa dan masyarakat.

Perbezaan
Sosiologi bahasa memberi penekanan kepada kategori-kategori dalam masyarakat dan bagaimana boleh mengisinya dengan betul, tepat dan bersesuaian dengan kehendak norma masyarakat berkaitan;
SB bidang yg mengkaji masyarakat yg menggunakan bahasa. Bagaimana sesuatu bentuk bahasa digunakan masyarakat.

Sosiolinguistik memberi penekanan kepada kajian taburan ciri-ciri tertentu struktur bahasa oleh kategori-kategori sosial yang boleh dikenalpasti;Penekanan diberikan kepada kelainan-kelainan bentuk bahasa yang menggambarkan kepelbagaian sosial manusia.
SL bidang yg mengkaji penggunaan bahasa dalam masyarakat

Soalan 2 – Nyatakan 5 faktor yang menyebabkan berlakunya Kelainan Bahasa
i.PENUTUR ( Ideolek,Dialek,Kronolek &Sosiolek/Dialek Sosial)
2.UMUR/USIA
3.JANTINA
4.KERJAYA
5.SUSUNLAPIS MASYARAKAT

Soalan 3 – Senaraikan 5 kesan pertembungan bahasa
i. Bahasa pijin - ialah bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa dan bahasa yang terbentuk itu tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal
ii. Bahasa Rojak ( Percampuran Kod ) – ialah bahasa melayu yg dicampuradukkan dgn bahasa inggeris
iii. Bahasa kreol - ialah bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda
iv. Perlupusan bahasa – bahasa asal mati.
v. Perubaan Kod –
vi. Pertukaran Kod –
vii. Perubahan Gaya –

Soalan 4 – Beri contoh bahasa baku dan dialek tempatan berdasarkan kotegori di bawah :-
Baku Dialek Tempatan
i.FONOLOGI
[ora ŋ ] Kelantan [ŋ] –[ôg å]
ii.MORFOLOGI
Lari Ungga
iii.KOSA KATA
Gajus Janggus (Kedah)
Ketereh (Kelantan)
Jambu Golok (Tgnu)

Soalan 5 – Nyatakan 5 Keperihalan Keadaan
Terdapat beberapa faktor berkaitan seperti:
a.Peserta -Yang bertutur dan yang dilawan tutur (jantina, umur, pekerjaan, agama, kedudukan sosial, pendidikan)
b.Latar - Masa, tempat, suasana (formal, riang, dingin, intim)
c.Tajuk - Intipati utama perbualan / pertuturan
d.Laras - Kelainan yang ditentukan oleh topik / tajuk. Perbezaan
ketara dalam perbendaharaan dan struktur kata / ayat yang
digunakan
e.Penilaian peserta - Berbeza mengikut latar (tempat, masa dan
suasana)
f.Fungsi pertuturan - Fungsi-fungsi bahasa (fungsi interaksi, peribadi, khayalan, heuristik)
g.Saluran-Lisan dan/atau tulisan

Soalan 6 – Nyatakan taraf susunlapis masyarakat
Juga dikenali sebagai susun lapis masyarakat atau kumpulan dalam masyarakat yang berhierarki. Terbahagi kepada 4 iaitu

a.Kelas sosial-Kedudukan sosial berdasarkan pekerjaan, atau/ dan
gelaran keluarga.
b.Kasta - Kedudukan sosial berdasarkan pemeringkatan dalam
agama (Hindu – Brahmin, Kesyatria, Syudra)
c.Feudalisme - Penggolongan masyarakat berdasarkan golongan
atasan (pemerintah / raja) dan bawahan (rakyat)
d.Suku kaum - Kelainan berdasarkan pertuturan. Cara orang Cina /
India bercakap dalam bahasa Melayu berbeza dengan
orang Melayu (penutur jati), begitu juga sebaliknya.
e.Taraf Pendidikan – Terpelajar dgn x terpelajar

Soalan 7 – Nyatakan 5 Panduan Mencipta Istilah
a. Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
b. Perbendaharaan Kata Dialek
c. Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
d. Perbendaharaan Bahasa Inggeris.
e. Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

Soalan 8 – Nyatakan 3 perbezaan Bahasa Pijin dan Bahasa Kreol

PIJIN
• Bahasa kacukan yang belum mantap;
• Tiada penutur yang menggunakannya sebagai bahasa pertama;
• Pola bahasanya sukar dikenalpasti;
KREOL
• Bahasa kacukan yang mantap;
• Mempunyai penutur tersendiri yang menjadikannya sebagai bahasa ibunda;
• Pola bahasanya dapat dikenalpasti;

Soalan 9.Nyatakan konsep laras dan 3 faktor mempengaruhi-nya
Laras ialah Kelainan bahasa disesuaikan mengikut situasi atau Variasi bahasa berdasarkan fungsi
3 faktor mempengaruhinya:-
i. Tajuk
ii. Bagaimana/alat
iii. Hubungan Peranan Antara Penutur

Soalan Essi
Soalan 1- Huraikan kesan-kesan fenomena terhadap Bahasa Melayu
a. Pendahuluan - Sebab-sebab berlaku:-
i. Penjajahan – Inggeris, Belanda, Protugis, Jepun, Siam.
ii. Penghijrahan – Cina, india, Jawa
iii. Perkahwinan.
b. Kesan-kesan terhadap Bahasa Melayu
i. Alih Kod
ii. Tukar Kod
iii. Campur Kod
iv. Pijin
v. Kreoi
vi. Penghapusan bahasa
vii. BILINGUALISME &
viii. MULTILINGUALISME
c. Penutup – Peranan DBP, Bahasa Baku


Soalan 2 – Sejauhmanakah kepentingan perancangan bahasa

Pendahuluan - Perancangan bahasa adalah usaha dan tindakan dilaksanakan oleh sesebuah negara dalam menentukan bahasa-bahasa yg digunakan dalam negara berkenaan.
Usaha membina dan kembangkan bahasa yg dipilih sebagaibahasa kebangsaan dan bahasa.

A.PERANCANGAN TARAF
• Memberi taraf tertentu kepada bahasa berkaitan.
• Tugas utama di negara membangun/baru mencapai kemerdekaan untuk menentukan bahasa kebangsaan/rasmi.
• Menentukan kedudukan bahasa-bahasa lain.
• Penting bagi negara yang mempunyai berbilang bahasa.
• Kepentingan perancangan bahasa dari segi perancangan taraf adalah untuk
i. IDENTITI NEGARA/PRESTIJ,
ii. ALAT PERPADUAN,
iii. PENENTUAN KEDUDUKAN BAHASA LAIN DAN
iv. BAHASA ILMU/PENGANTAR

B.PERANCANGAN KORPUS
• Kepentingan perancangan bahasa dari segi perancangan KORPUS ialah
i. MEMBINA BAHASA - Perkamusan dan Peristilahan
ii. MENYERAGAMKAN EJAAN
iii. DAN TATABAHASA

• Dilakukan terhadap kod-kod bahasa
i. tatabahasa -Bidang tatabahasa yang mengalami pembaharuan ialah fonologi, morfologi, iaitu bahagian pembentukan kata dan sintaksis, pembinaan ayat.ContohnyaTatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid II (1989) dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).
ii.sistem ejaan -Ejaan terdiri daripada penyusunan huruf-huruf untuk menghasilkan perkataan yang mempunyai maksud tertentu kemudian disebut serta difahami.Contohnya 1996, buku Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu
iii.peristilahan -Istilah bermakna kata atau gabungan kata yang menerangkan satu makna,konsep,proses,keadaan atau sifat yang khas dalam bidang tertentu.Buku istilah dalam bahasa Melayu Contohnya Bidang iaitu aeroangkasa, kejuruteraan kapal terbang dan kejuruteraan automotif.
iv. perkamusan-Menambahkan jumlah perbendaharaan kata lengkap dengan maknanya. Contohnya1970 Kamus Dewan,2002 Kamus KBSR Dewan. dan Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan diterbitkan pada tahun 2007.
C.Berjaya – sebab terbukti menjimatkan wang dalam semua usahanya
D. x berjaya – sebab ada kelemahan dlm pinjaman bahasa arab yg perlu tranlitrasi dan dalam kata majmuk
E. Penutup – Berjaya kerana terkenal di dunia dan digunakan diperingkat university dan perundangan.

No comments: