Tuesday, April 14, 2009

NOTA PEP.KAJIAN TINDAKAN

NOTA PEPERIKSAAN KAJIAN TINDAKAN

1.Nyatakan kepentingan Kajian Tindakan
1) Mendapat sumber maklumat penting utk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah .
2) Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
3) Dapat mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pembelajaran objektif mereka dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan diri.
4) Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
5) Dapat menyediakan guru menjadi penyelidik yang kritikal, kaya idea baru, sanggup terima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum
6) Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
7) Dapat meningkatkan prestasi dan kualiti melalui proses penambahbaikan yang dicadang dan dapatan kajian dp Kajian Tindakan.
8) Menjadi usaha yang tekal mengawalan dan menjamin keunjuran prestasi kerja staf dan prestasi sekolah.
9) Dapat mengesan keperluan dan kehendak strategik sekolah untuk di ambil tindakan kritikal dan perancangan strategik.
10) Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama kolaboratif

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti kajian tindakan
Ada benda ni baru boleh buat
a. Kebebasan mengakui kelemahan
Bebas bincang, berani akui kesalahan
b. Peluang untuk mencipta
Beri peluang jana idea, hormat menghormati idea org, hantar kursus, galakkan baca
c. Galakan utk mencuba
Sokongan GB
d. Kebolehan kerja berkumpulan
Keberkesanan kerja berkumpulan ditingkatkan
e. Keprihatinan terhadap data
Budaya data kena amal
f. Peruntukan masa mencukupi
Masa diuntukkan

3.Faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan buat Kajian Tindakan
a.Persepsi guru terhadap Kajian Tindakan
b.Kemahiran menjalankan Kajian Tindakan
c.Iklim sekolah
d.Kakangan yg dihadapi

4.Senaraikan tujuan kajian tindakan dibuat.
Tujuan Kajian Tindakan
1. Membantu guru menghadapi cabaran;
2. Menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk arahan luar;
3. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin;
4. Memberi kuasa(empowerment) untuk membuat keputusan dalam bilik darjah;
5. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman;
6. Menjadi agen perubahan.

5.Huraikan langkah-langkah Kajian Tindakan
a)MENGENALPASTI ISU / MASALAH /SITUASI
I.Langkah kenalpasti isu
. libatkan persoalan yg boleh diambil tindakan
. had kajian yg kecil
. hal paling penting keutamaan bg guru dan murid
. buat secara kumpulan
II.Tentukan fokus kajian
. adakah perlu sangat tindakan segera
. berapa mustahak kpd pengurusan
. berapa mustahak kpd murid
. siapa nak bantu
. tumpu bahagian penting
. peluang mendalami masalah

b)MERANCANG TINDAKAN
Tentukan perkara yg hendak dirancang melalui bincang, runding, bahas dgn GB atau mereka yg buat kerja tu. Perkara tu di
. Matlamat . Sebab
. Senarai tindakan:-
. Tugas dan tanggungjawab . Aktiviti baru . Bahan baru
. Struktur organisasi baru . Konsep baru
. Pemantauan . Penilaian . Keperluan lain
. Kesesuaian teori praktik dp amalan sebenar

c.MELAKSANAKAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
. Fahami perubahan dan risiko
. Teliti dan analisa terperinci data utk keyakinan
. Pastikan tenaga kerja utk membantu utk:-
. buat kerja bancian dan dapat / rekod data
. mengkritik tindakan dgn jujur

d.MENINJAU DAN MENGUTIP DATA KAJIAN TINDAKAN AWAL.
. Tentukan keadah meninjau dan kutip data
. pemerhatian . meninjau danmengutip bahan dokumen
. buat rakaman video / transkrip . menulis diari
. temubual . soalselidik . penilaian kendiri secara mendalam
. keadah kajian bayangan
. Jenis data nak dikutip
. bahan dokumentasi .rakaman video . transkrip . foto
. catatan diari

e. MENGANALISIS DATA
. Analisis kandungan data . Mencari perkara-perkara yang x diduga
. Analisis secara pola . Analisis isu dan delima
. Analisis secara perbincangan
. meneliti dan mengkaji data . melakukan tindakan mereflek
. menggunakan teknik triangulasi . memahami sepenuhnya data
. membandingkan data . analisis dan refleksi dari data
. buat hipotesis kemungkinan sebab dan akibat

f. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
. Pemantauan kendiri . pemantauan rakan sebaya . pemantauan dgn
pelajar . pemantauan bersama
. Penilaian – jenisnya . siapa bertanggungjawab . alat-alat

g.LANGKAH TINDAKAN UNTUK GELUNGAN KAJIAN KEDUA
. langkah ini dilakukan jika langkah tindakan gelungan pertama tidak
berkesan atau jika terdapat isu baru.
. merangka semula langkah-langkah baru dan mengubahsuai langkah
sedia ada.

6.Terangkan proses menganalisi data yang berkesan
. Langkah diambil:-
. meneliti dan mengkaji data
. memilih data
. memapar data
. mentafsir data dan membuat rumusan
. Aktiviti menganalisis data spt.
. melakukan tindakan mereflek
. menggunakan teknik triangulasi
. memahami sepenuhnya data
. membandingkan data
. analisis dan refleksi dari data
. buat hipotesis kemungkinan sebab dan akibat
. Cara menganalisis:-
i. Analisis kandungan data .
. menilai perkara ygkerapkali berlaku
. dapatkan pandangan sebilangan besar ahli
ii. Analisis secara pola
. kenalpasti pola data terkumpul
. semak perkara yg diulangi
. pilih perkara terjadi lebih 2 x
iii. Analisis isu dan delima
. hanya sesuai utk data temubual
. ditulis dlm bentuk perbandingan
iv.Analisis mencari sesuatu yang tidak diduga.


7.Perihalkan tentang konsep refleksi dalam Kajian Tindakan
. Konsep refleksi
. Pemikiran reflektif ialah pemeeriksaan yg dilakukan secara aktif,
teliti dan bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan, atau
sesuatu yg didakwa sebagai pengetahuan berdasarkan asas-asas
yg menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yg terhasil
daripada pemeriksaan
.Fokus refleksi
. berdasarkan pada amalan / tingkahlaku,
Hasil/ akibat / kesan,
Kepercayaan, pegangan andaian,
Kewajaran,kerasionalan,
. Prasyarat melakukan refleksi:-
. keterbukaan minda
. kesungguhan
. penanggungjawaban
. kesedaran
. Refleksi dalam Kajian Tindakan ( Berlaku disepanjang kajian)
. Peringkat memulakan kajian utk:-
. buat tinjauan atau analisis situasi
. tentukan isu dan bidang keprihatinan
. tentukan fokus kajian
. analisis kefahaman semasa pd diri atau org lain
. Pos tindakan dan pemantauan
. mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan murid
. menilaikembali kefahaman
.menentukan rumusan yangboleh dibuat
. menentukan tindakan selanjutnya.
. Kepentingannya
. menjadikan seseorang itu sedar ttg tingkahlaku,tabiat,perasaan
dan nilainya.
. Faktor-faktor penentu amalan refleksi ialah:-
. sumber dan kekuatan dalaman
. Motivasi intrinsic dan ekstrinsik
. iklim organisasi
. komitmen terhadap kerjaya dan organisasi
. gaya pembelajaran guru

8. Sebagai Guru Besar dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk membudyakan KAJIAN TINDAKAN di sekolah atau PKG.

1.Mengadakan sessi pengakuan dan perbincangan terbuka mengenai masalah P&P agar timbul rasa kebebasan mengakui kelemahan
2.Mengada dan mewujudkan peluang untuk menjana idea-idea baru di dalam amalan guru agar dapat kembangkan potensi mereka sepenuhnya. Seperti melalui bidang inovasi dan kreativiti.
3.Mengadakan budaya hormat menghormati terutama kepada penciptaan idea baru atau kegiatan adaptasi atau adoptasi.
4.Mengadakan kursus-kursus professional dan menggalakkan pembacaan buku-buku ttg tugas utama guru agar ilmu dan kemahiran baru dapat digunapakai dalam Kajian Tindakan.
5.Kepimpinan organisasi hendaklah beri galakan utk guru / org bawahan mencuba buat kajian tindakan dgn menyediakan bahan dan keperluan.
6.Gaya kepimpinan sekolah hendaklah menekankan faktor-faktor yang boleh membentuk kumpulan kerja berpasukan dan meningkatkan keberkesanannya kerana ini menjadi penting dalam Kajian Tindakan.
7.Guru Besar menjadi pemimpin yang rakus merobek dada data dan matlumat semasa.Keprihatinan terhadap bait-bait data dan wangi bunga-bunga budaya menyelinap masuk menjalin molekul-molekul data dan kerangka angka di celah bilah-bilah nombor keharuman sejagat. ( sastera) ….kena amal amal budaya data.
8.Guru Besar hendaklah merancang dan menjadualkan masa kerja dengan berkesan untuk memperuntukan masa mencukupi kepada guru-guru membuat kajian.
9. Tetapkan sasaran kerja tahunan dgn menyenaraikan Kajian Tindakan dibuat secara serius kepada semua aliran kelas.
10.Suburkan persepsi guru terhadap Kajian Tindakan dan terapkan kemahiran menjalankan Kajian Tindakan melalui krusus dalaman
11. Wujudkan Iklim sekolah yang boleh sesuai buat kajian tindakan.
12.Guru Besar selesaikan semua atau minimakan kakangan yg dihadapi dalam kajian tindakan.

9. Nyatakan 8 syarat untuk membolehkan sekolah jadi pusat penyelidikan pendidikan ke arah membudayakan Kajian Tindakan.
a.membentuk sikap dan profesionalisme baru di kalangan guru ubah mentality menyelidik.
b.pengakuan terbuka kelemahan dari semua aspek dalam suatu sidang terancang.
c.Penumpuan kpd masalah yang boleh dikaji dan di bawah bidang kuasa.
d.mempertingkatkan kemahiran jalankan penyelidikan
e.peruntukan masa dan kewangan utk penyelidikan
f.beri kuasa dan tanggungjawab penuh jayakan projek
g.penggunaan laras bahasa mudah difahami dikalangan guru penyelidik.
h.hasil kajian dimanafaat utk bentuk dasar dan tindakan.

10. Contoh penulisan kertas cadangan Kajian Tindakan
a. Tajuk
b. Nama sekolah dan guru-guru pengkaji
c. Latarbelakang kajian
d. Pernyataan masalah
e. Tujuan kajian
f. Metodologi kajian
i. Rekabentuk kajian
ii. Sasaran Kajian
iii. Batasan Kajian
iv. Alat kajian
g. Kesignifikanan kajian
h. Anggaran peruntukan Kewangan mengikut pecahan kepala
i. Skedul kerja

( penafian : blogger tidak bertanggungjawab atas segala ‘kecurangan’ dan ‘ketidakesahan’ yang mungkin berlaku selama memanafaatkan kandungan nota ini )

Monday, April 13, 2009

NOTA PEP.SASTERA

NOTA PEPERIKSAAN KESUSASTERAAN MELAYU
1.Simbol-simbol percintaan dalam pantun melayu:
Nyatakan penggunaan symbol dan maknanya

Pengenalan
Simbol-simbol yang digunakan kerana kehidupan masyarakat melayu dekat dengannya. Keakraban dengan persekitaran ini telah menjadikan simbol-simbol tadi bahan kiasan, penentu status, perbandingan, upacara-upacara adat, media komunikasi, lambang kebaikan atau keburukan dan sebagainya. Penggunaan simbol-simbol ini dimeterikan dalam pantun-pantun nasihat, percintaan, teka-teki dan juga di dalam peribahasa melayu. Simbol yang kerap digunakan adalah seperti simbol lautan dan pesekitarannya dan simbol tumbuhan

Simbol-simbol percintaan dan maknanya.

a. Simbol lautan dan persekitarannya

Bumi menanggung langit = kekasih terpisah jauh. Lautan cinta = percintaan yang penuh cobaan. Lautan api = rintangan.Tujuh gunug Sembilan lautan = cabaran,rintangan. Perahu lilin, belayarkan kertas = kelemahan daya upaya. Lautan = medan perjuangan. Kering lautan kita nanti = begitu ghariah baru bercinta. Ombak = cabaran/ perjalanan / kembara. Gelombang=kehidupan ygkasar/berliku.
Pulau = matlamat/ tujuan/ sasaran

b. Simboli tumbuhan ( Ini dijangka keluar )

Pokok = Ilmu dimiliki. Buahnya=nilai ilmu.

Sirih=sifat rendah diri dan memuliakan orang lain.
Kapur =hati yang putih bersih tetapi kalau keradaan memaksa boleh menimbul kemarahan. Gambi r=kecekalan hati. Pinang = kesediaan manusia membuat sesuatu dengan hati ikhlas dan bersungguh-sungguh. Lebat buah pinang = keturunan atau baka yang baik/subur
Sirih =lambang status / rasa hormat dan memuliakan darjat seseorang / eratkan hubungan kekeluargaan/ lambang ketinggian nilai berbudi bahasa tuan rumah. Sekapur sirih seulas pinang = budi dan bahasa.
Bunga melur/ kuntum = gadis/perempuan. Sirih peminangan=rasa rendah diri. ‘Tetapi tiada dengan seperti’ =lelaki tak berapa lengkap
Warna sirih kuning = kecantikan gadis melayu yang diidamkan
Pinang dibelah dua= teruna dara yang sama padan

Padi =keuntungan /adat /kaya/ pandai . Beras =rahsia/ ketidakpastian / sifat atau keadaan seseorang. Beras pulut = jejaka harapan gadis
Beras = symbol status / perbezaan darjat. Padi = budi /ilmu /sifat merendah diri. Selasih =kekasih. Nanas =Kekayaan/ materialsitik
Padi bukit = budi yang terbuang. Padi = status/darjat.

Bunga = gadis/perempuan. Bunga kembang = kecantikan seseorang
Kumbang = jejaka. Naga/ular/helang = cabaran dan halangan memiliki bunga. Berbau wangi = kecantikan bersama budi bahasa
Bunga dedap tidak berbau = gadis tanpa budi bahasa
Bunga dedap = lambang merendah diri.Bunga layu = kecantikan yang pudar / tak kekal. Buah-buah lain/bunga-bunga lain= hiasan dlm pembayang. Pisang seikat gulai sebelanga= sifat bekerjasama dan tolong-menolong. Pisang = pelbagai tapi banyak guna.

Penutup

Alam fizikal yang terdiri daripada lautan dan persekitarannya dan tumbuh-tumbuhan didapati dekat dengan kehidupan masyarakat melayu dandikutip bahagian-bahagian tertentu untuk diberi makna yang dikias kepada manusia dan peribadinya. Manakala makna yang tersembunyi itu diwarnakan dengan bahasa yang cantik dan bentuk yang dianggap sempurna.

2. Huraikan unsur-unsur moral yang terdapat dalam cerita-cerita jenaka. Contoh-contoh yang diberikan hendaklah berkisar kepada 4 buah cerita jenaka popular prosa Melayu Tradisional.

Pengenalan
Cerita jenaka melayu adalah salah satu daripada sastera rakyat.Isinya mempunyai maksud hiburan, petunjuk, dan sindiran. Gambaran watak adalah sangat penting dalam cerita-cerita jenaka. Melalui gambaran watak dapat ditentukan kejayaan sesuatu cerita demi memperlihatkan unsur-unsur kelucuan.Unsur-unsur kelucuan inididasarkan kepada tindak-tanduk watak yang menggambarkan tabiat dan sifat manusia yang berlebihan.Gambaran tentang kejenakaan itu ditambah dengan keragaman penghidupan manusia dalam bentuk kelemahannya, kebodohannya, kelurusan yang melulu dan kejenakaan.

Tujuan cerita-cerita jenaka adalah untuk memberi hiburan dan keseronokan bergelak ketawa, tetapi cerita-cerita tersebut juga membawa perutusan yang bercorak pengajaran. Bodoh Sial (Cerita Pak Kaduk dan Lebai Malang), Bodoh Pintar (Cerita Pak Pandir) dan Pintar (Pak Belalang dan Si Luncai), Bodoh (Ini dapat dicontohkan melalui kupasan dari 4 cerita jenaka di bawah:

Cerita Pak Pandir.( Bodoh Lurus )
Pak Pandir bawa rusa bukannya belalang rusa kepada Mak Andeh untuk memancing.
Pak Pandir disuruh oleh Mak Andeh mandikan anak dengan air panas. Anaknya mati kerana mandikan anaknya dengan air mendidih.
Pak Pandir disuruh membeli kerbau untuk kenduri aruah anaknya. Pak Pandir tak tahu kerbau. Cuma digambarkan kerbau itu yang meragut-ragut rumput. Apabila ditemui orang sedang meyabit rumput, maka dibelinya sabit itu.
Pak Pandir disuruh menjemput Tok Lebai ke kenduri aruah anaknya. Pak Pandir hanya digambaran Tok Lebai yang mempunyai janggut. Dalam perjalanan, ia berjumpa dengan seekor kambing yang berjanggut, yang disangkakannya tok Lebai, lalu dibawanya pulang.

Dari kisah di atas menunjukkan kepintaran dan kecerdikan boleh memberikan feadah kepada diri seseorang. Membuat sesuatu tanpa usul periksa dan tidak memikirkan apa yang hendak dilakukannya sehingga mendatangkan mudarat kepada dirinya dan juga keluarga. kebodohan itu akan merugikan diri sendiri.

Cerita Pak Belalang ( Bodoh Pintar )
Pak Belalang berjaya menyelesaikan kecurian lembu dan kambing orang kampung dengan bantuan anaknya yang kebetulan bertembung dengan pencuri itu dihutan.
Pak Belalang dan berjaya menjawab soalan teka-teki dari Raja Negeri Pohon Beringin dengan bantuan anaknya yang mengetahui jawapan soalan-soalan tersebut semasa menaiki perahu Raja tersebut. Soalan mengenai hujung kayu, itik betina dan jantan, kekuatan Hang Tuan, kahwin. Soalan penghabisan tentangan belalang yang ada digemggaman Sultan,telah berjaya dijawab secara kebetulan.
Pak belalang berjaya menemukan harta raja yang dicuri dan disembunyikan di dalam gua, juga kerana kebetulan Pak Belalang ingin bersembunyi di gua tersebut.

Dari kisah diatas menunjukkan kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepandaiannya tetapi juga disebabkan kebetulan atau nasib baik yang menyebelahinya. Peluang yang ada hendaklah dimanafaatkan untuk kelangsungan hidup.

Cerita Mat Jenin ( Bodoh Sial )
Kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara, dia amat malas membuat kerja. kerjanya pula sehari-hari hanyalah memasang angan-angan. Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula.Satu hari MJ memanjat kelapa seorang nenek tua dengan upahnya dapat makan sekali dengan nenek dan dapat sebutir telor ayam. MJ setuju kerana telor ayam itu boleh dieramkan dan bila menetas ia boleh bela ayam.
Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang. MJ terus berangan-angan daripada ayam kepada ternak kambing, dan semakin lama semakin tinggi." Daripada kambing kepada lembu pula. Kemudian kepada ternak kerbau.Selepas kerbau diternak dengan banyak baru ia berangan nak kahwin dengan puteri raja.MJ panjat semakin tinggi. Angan-angannya untuk menampar isterinya yang meminta barang kemas menyebabkan pelukannya terlepas dan MJ jatuh lalu mati.

kebodohan itu akan mendatangkan nasib yang malang atau sial. sikap yang malas dan kurang sabar melakukan sesuatu pekerjaan akan ditimpa nasib

Cerita Si Luncai ( Pintar )
Si Luncai berjaya menyelamatkan diri daripada dihukum bunuh dibuang ke dalam laut dengan melekakan pesuruh raja menyanyi, Si Luncai terjun dengan labu-launya, biarkan biarkan.
Si Luncai memperdayakan persuruh raja dengan helah jeratnya telah mengena rusa. Pesuruh raja terpedaya dengan meninggalkan Si Luncai untuk mengejar rusa tersebut.Si Luncai berjaya selamatkan dirinya untuk dibunuh dengan memperdayakan org India yg ingin berkahwin dengan puteri raja dengan menggantikan dirinya masuk ke dalam guni.

Kepandaian seseorang boleh menjadi senjata menyelamatkan diri.Orang yang bijak selalu menang. Memanipulasi keadaan dan ruang dan kesempatan memberi kelebihan pada diri seseorang.

Penutup


3.Bandingkan sajak karya Usman Awang dengan Sajak karya Baha Zain dari segi pemikiran, bentuk dan bahasa. (Bergantung kepada sajak diberi.)

SAJAK BAHA ZAIN VS SAJAK USMAN AWANG
a.PEMIKIRAN
Baha Zain-
i. Sajak awalnya sebagai luapan perasaan yg tidak matang, lebih urutan imej yg x berhubungan. (Kolej Gerakan Moden)
ii. Kebencian diluahkan menerusi slogan dan istilah dan x kata-kata.
iii. Kemudiannya berubah kpd. penggunaan kata-kata.
iv. Sajak seterusnya mula menggunakan persoalan.
v. Perkara yg diketengahkan bukan pandangan hidup tapi lebih kpd.suatu keadaan bersifat tragic. Iaini tidak menyatakan pendirian tetapi lebih kepada melukiskan tragic.

Usman Awang-
i. Sajaknya beridentiti dgn bertemakan nasionlisis, kemanusiaan, ketidakadilan sosial, kekeluargaan, kedamaian dan muhibah.
ii. Pegangan nya puisi alat bela manusia.
iii. Persoalan sejagat juga disentuh.
iv. Persoalan cinta terhalang.
v. Cintakan kedamaian dan nilai manusia sejagat. Juga ketengahkan persoalan perpaduan,keharmonian,budi bahasa dan nilai melayu tradisi.
vi. Lebih kepadakritikan sosial

BENTUK
Baha Zain-
i. Baris mempunyaidua sifat- lanjutan begitu dp baris yg ada.
ii. Kemudian berubah kpd bait bersifat urutan imej.
iii. Menggunakan bahagian-bahagian. Bhg. 1 dan 2 utk kebebesan manakala ke 3 disimpulkan
Usman Awang
i. Banyak terikat kepada bentuk puisi tradisi spt syair dan pantun,bai dalam guna baris, rangkap dan juga nada.

BAHASA
Baha Zain-
i. Menggunakan kata-kata yg tepat dan padat. X boros.
ii. Nada yang sederhana tapi mengandungi sesuatu pernyataan cukup kuat,tragic.
Usman Awang-
i. Bernada tenang, lembut dan romentis
ii. Bahasa mudah difahami dan lebih kepada prosa (penceritaan)
iii. Pamirkan imajan alam dan imajan tradisi,guna juga pribahasa, kiasi barat dan pepatih
iv. Menggunakan unsure perorangan dan pengulangan.
v. Nada melankolik sesuai dgn sedih, kecewa, sayu.
vi. Nada lantang hanya utk tema kemerdekaan dan berjuang.
vii. X guna nada meluap-luap kerana jiwanya lembut.
viii. Nada simpati diguna masa kritik

4.Noval-noval karya Dato’ Shahnon Ahmad banyak memaparkan persoalan kemanusiaa dan sosial, huraikan tema dan persoalan-persoalan yang dibangkitkan berdasarkan cerita-cerita dari 4 buah noval karya beliau.

Pengenalan
Latar belakang tempat tinggal di desa dan zaman yang dilalui selepas perang banyak mempengaruhi tema dan persoalan dalam karya novel Dato’Shahnon Ahmad.

Ranjau Sepanjang Jalan
a.Tema- Kemiskinan dan kehidupan Petani dan kedesaan.

b.Persoalan –
i. Kekurangan tenaga,kekurangan tanah, dan modal
ii. Masalah pertanian diganggu oleh bencana alam dan penyakit tanaman.
iii. Gejagala fahaman kolot, kelemahan wanita dan penindasan orang tengah

c.Ringkasan cerita
Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani: Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang hidup pada pertengahan abad ke-20.Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya.Makanan. Wang. Semuanya datang daripada hasil padi. Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Mereka mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir, serangan ketam dan burung-burung tiak. Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila; meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha. di sebuah kempung Banggul Derdap.

Srengenge
a.Tema- Konflik nilai gol.moden vs tradisi

b.Persoalan-
i. Kepimpinan ( Contoh kisah )
ii. Kepercayaan Kurafat ( Contoh kisah )
iii. Pembangunan ( Contoh kisah )

c.Ringkasan cerita
Konflik nilai di antara watak-watak di kg.Kaki Srengenge. Ada yg ingin mengubah carahidup dengan zamanmoden dan ada bersikap mempertahankan nilai-nilai lama dan enggan memunggar bukit itu utk tanaman baru bagi kepentingan masing-masing.Ketua kampung jadi serba salah sama ada terima atau tolak. Akhirnaya ketua mati akibat perbuatan kuasa ghaib kesan daripada niat tidak baik ketua tersebut utk puggar bukit.

Novel Mahaba
a.Tema- Perjuangan Politik

b.Persoalan –
i. Perpecahan kaum
ii. Fahaman dan ideologi politik
iii. Persaudaraan

c.Ringkasan cerita
Novel “Mahabbah” mengisahkan tentang watak Endar iaitu seorang lelaki tua berusia 70-an yang berjaya dalam hidupnya. Dia telah mengecapi segala yang diinginkan dan telah sampai ke puncak kegemilangannya dalam hidup. Namanya begitu terkenal, jasanya dihargai, kata-katanya didengar dan rezekinya sentiasa bertambah.
Di saat Endar meniti di puncak kegemilangan, dugaan datang kepadanya. Anak-anaknya – Abdul Rahman dan Abdul Rahim, yang dikasihinya telah bertelagah kerana fahaman dan ideologi politik yang berbeza. Endar begitu kecewa dengan sikap mereka, tetapi dia akur bahawa itu semua adalah dugaan dan cabaran yang menguji keimanan-Nya.Dugaan datang bertimpa-timpa di mana secara tiba-tiba dia diserang dengan penyakit Myasthenia Gravis yang melumpuhkan seluruh anggota badannya. Cuma jantung dan akal fikirannya sahaja yang boleh berfungsi.Myasthenia Gravis telah melumpuhkan seluruh anggota badannya, dan menyebabkan dia terlantar di perbaringan. Dia hanya mampu menggerakkan mindanya pada dua persoalan utama, iaitu :
1. Bangsanya yang berpecah kerana berlainan fahaman dan ideologi politik.2. Persiapan dirinya untuk meninggalkan dunia fana.
Seterusnya, dia berdoa dan amat berharap agar bangsanya sedar dan kembali bersatu-padu serta saling bermahabbah agar ikatan persaudaraan yang kukuh kembali terjalin.

Novel Shit
a.Tema- politik

b.Persoalan
i. Keruntuhan moral pemimpin
ii. Perjuangan yang pura-pura
iii. Dunia politik penuh konspirasi

c.Ringkasan cerita
Pendedahan satu projek mega yang menjadi kebanggaan 'shit' iaitu projek MKKM (projek Masuk keluar, keluar masuk). Shit telah menambah fungsi lubang keramat dengan projek memasukkan dan mengeluarkan yang menghasilkan nikmat tak terkata jenis ketar-kial. 'Shit' yang mampat dan tumpul kepalanya itu telah memaksa 'wirawan' untuk terlibat dalam projek MKKM ini. Wirawan enggan dan ini menyebabkan wirawan dikemut keluarkan melalui lubang keramat. Rakyat dengan mudah dapat menanggapi bahawa 'shit' tidak bermoral dan sanggup merangka konspirasi paling keji untuk menganiaya dan membunuh masa depan politik wirawan

Penutup
Sebagai anak hulu, dan sifat kekampungannya,kemudian belajar dan bekerja di bandar Dato’Shahnon berjaya merakam peristiwa-peristiwa itu dalam karya-karya prosanya. Karyanya yang segar dengan teknik-teknik dan persoalan-persoalan baharu mengalahkan penulis sezaman dengannya.

NOTA PEP.KUALITI

NOTA PEPERIKSAAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN

1. Kepimpinan dalam pengurusan kualiti pendidikan.
( Huraian )

Pendahuluan
Sekolah akan menjadi orgaanisasi pembelajaran atau organisasi pintar yang berupaya berubah melalui proses kemajuan yang berterusan. Untuk mencapai matlamat ini pemimpin sesebuah sekolah mestilah memiliki gaya kepimpinan dalam persekitaran kualiti.

Wawasan
Kepimpinan berwawasan hendaklah membantangkan harapan sekolah kepada seluruh warga sekolah dan komuniti. Wawasan menyatakan dan menjelaskan nilai-nilai sekolah, lalu menjadi-kan nilai-nilai itu nyata dan boleh dicapai. Wawasan perlu disebut dan dinyatakan supaya memberi erti kepada semua yang terlibat di sekolah. Supaya tahu sebab-sebab, bagaimana, arah, sasaran dan sebagainya.Kefahaman ttg wawasan menentukan kejayaan atau kegagalan. Keputusan berhubung pengurusan sekolah akan memberi kesan pada kedudukan sekolah dlm komuniti.Wawasan yang baik untuk pengurusan berkualaiti perlu meliputi:-
a. Wawasan ada fokus moral dan estetik kerja. Utk. Lahir apa-apa dianggap baik dan cantik iaitu cita-cita hendak capainya.
b. Wawasan jadi cabaran dan timbulkan inspirasi dan bertindak sebagai fokus kpd motivasi, keluar daripada yang ‘biasa’.
c. Wawasan hendaklah mengukuhkan kejayaan dan menyanjung kekuatan.Meneguhkan apa-apa yang sah dan berupaya memberi respon kepada persekitaran yang berubah.
d. Wawasan boleh diterjemahkan kepada tindakan khusus. Semua org. tahu langkah-langkah mencapai wawasan.

Daya Kreatif
Kepimpinan perlu ada daya kreatif supaya tidak bergantung kepada pendekatan tradisional menyelesaikan masalah. Daya kreatif ialah usaha menghasilkan penyelesaian yang imaginative dan radikal terhadap masalah yang sukar diselesaikan.
Cara berfikir kreatif menentukan daya kreatif. Ciri pemimpin yang berfikir secara kreatif melibatkan:-
a. Merasa senang dengan kerumitan.
b. Merasa relex dengan konsep abstrak
c. Pendekatan penyelesaian masalah pelbagai
d. Membuat sintesis bukan mengharaikan data
e. Gigih dgn masalah
f. Tidak takut buat salah
g. Menerima semua kemungkinan penyelesaian masalah
h. Tidak memilih punca utk selesaikan masalah
i. Menggambarkan semua sudut pandangan yang mungkin
j. Menyusun data dalam berbagai pilih atur
k. Tahu sumber penyelesaian melalui baca atau internet.

Pemimpin yang mempunyai daya kreatif akan menggunakan strategik sebagai teknik menyelesaikan masalah. Antara lain:-
a. Menganalisis diri – membuat keputusan sama ada untuk menggunakan kemahiran rakan, mengubah amalan kerja atau mendapat latihan.
b. Menetapkan matalamat – usaha memilih dan menghasilkan sebarapa banyak pendekatan baru yang boleh digunakan
c. Mencabar – menguji ketekalan keputusan yang telah diambil supaya lebih mantap bila dilaksanakan.
d. Kemahiran berfikir – mengembangkan kemahiran melalui latihan dan pembelajaran.
e. Pemindahan – mengatur atau menyusun semula idea supaya sesuai dengan situasi.
f. Pemikiran berkualiti – melalui kompenan menghargai pengalaman, mensintesis pengalaman, menjelaskan pergertian, menimba ilmu dan merumuskan respon.

Kepekaan
Ada 3 pegangan dalam menjalankan hubungan:-
i.hubungan peribadi penentu kepuasan pelanggan
ii.perlu ada ketekalan dalam setiap proses
iii.tindak tanduk pemimpin jadi contoh usaha melaksanakan program kualiti.
Pemimpin mesti ada sifat-sifat kepekaan yang menjadi senarai kemahiran semasa mengurus secara berkualiti.dengan tujuan wujud semangat kekitaan kepada organisasi/ sekolah. Antaranya:-
a. mendengar
b. memberi maklum balas
c. berunding
d. memuji
e. mengendalikan pertelingkahan
f. menggunakan rangkaian
g. rasa empati

Oleh itu kepekaan adalah bermaksud menyayangi, menghormati dan mengharagai. Kepekaan hanya bermakna bila dilahirkan dalam bentuk tindakan, seperti:-
a. mewujudkan keadaan yg boleh menang
b. mendengarkan dahulu
c. pengertian
d. menyelesaikan masalah secara bersama
e. member tekanan kepada isu proses
f. sedar akan orang lain

Subsidiariti
Subsidiariti bermaksud melepaskan kuasa atau delegit setelah proses latihan dan bimbingan dibuat dan mengenakan kawalan terhadapnya.Tugas pemimpin terlalu banyak dan mencabar. Subsidiariti boleh bertindak sebagai latihan kepada orang bawahan kerana mereka juga pelanggan dan perlu berkongsi kerja mencapai kualiti yang diharapkan.
Kepimpinan yang baik akan melakukan subsidiariti kerana banyak feadah. Antaranya:-
a. Merupakan bukti adanya kepercayaan kepada orang bawahan.
b. Merupakan cara baik dan mudah untuk pembangunan dari kerja yang dibuat.
c. Mewujudkan masa untuk memimpin orang bawahan semasa mereka buat kerja kita.
d. Membuat perbandingan penilaian dalam hasil yang dicapai semasa kita buat dengan serah kuasa suruh org. lain buat.

Bagi membolehkan penyerahan kuasa mencapai tujuan perkara asas ini perlu dibuat:-
a. Tujuan dasarnya jelas difahami dan diterima
b. Sasaran yang jelas dirundingkan dan dipersetujui
c. Jadual kerja waktu ditetapkan
d. Kriteria prestasi yang boleh diterima jelas
e. Hasil dan perkara-perkara semakan dibataskan


2. Nyatakan ciri-ciri sekolah berkualiti atau ciri-ciri program pendidikan berkualiti .
( Huraian )
a. Ciri-ciri sekolah berkualiti berkaitan dengan pengurusan.

Sekolah berkualiti berkaitan dengan perubahan. Oleh itu mesti ada komitmen untuk berubah sebab kualiti ialah perubahan.
i.Untuk berubah, Pengurus sekolah ( Guru Besar )
- Perlu faham kedudukan prestasi.
- Tahu bagaimana sistem berfungsi.
- Ada visi untuk masa depan yg diterima dan fokus kpd transformasi kualiti.
- Ada perancangan melaksanakan kualiti selari dengan perubahan refleksi
ii.Pengurusan sekolah mesti sedar dan amalkan bahawa:-
- Q menyeluruh merupakan satu kaedah bantu pendidikan professional selari dengan perubahan persekitaran.
- Kualiti ini penting bagi sekolahnya:-
. untuk kurangkan ketakutan dan
. tingkatkan kepercayaan di sekolah.
. Alat mengukuhkan ikatan antara pendidikan,
masyarakat dan kerajaan
iii. Oleh itu Sekolah yang hendak berubah dan membentuk menjadi sekolah berkualiti dengan mempunyai dan memliki ciri-ciri di bawah:-
a. Fokus kepada pelanggan
Setiap ahli adalah pelanggan dan pembekal (pihak sekolah)Hubungan wujud kerana memenuhi harapan pelanggan dan harapan pembekal.PELANGGAN DALAMAN= Ibu bapa, murid, staf, pentadbir pendidikan.PELANGGAN LUAR = Masyarakat, keluarga, kerajaan, majikan dan pusat pengajian tinggi.
b. Keterlibatan semua pihak
Kualiti adalah tanggungjawab semua
Kualiti menentut semua orang menyumbang kepada usaha kualiti.
c. Pengukuran
Sekolah mesti ada standard kualiti sebagai alat untuk mengukur perubahannya ke arah mencapai standard kualiti.
d. Komitmen
Wujud budaya yang melibatkan semua dalam sekolah untuk berubah mengikut perancangan. Tiada pengecualian, ahli tidur atau pengkianat.
e. Penambahbaikan berterusan
Sekolah memantau setiap proses pendidikan untuk mengenalpasti peluang-peluang untuk penambahbaikan. Berpegang kepada konsep:-
.Penambahbaikan yang kecil tapi berterusan
.Kesilapan sebagai peluang untuk perubahan
.Setiap ahli berkongsi tanggungjawab utk manghalang
dan betulkan masalah.
.Setiap org komited dgn penambahbaikan berterusan
Melaksanakan kualiti dalam bilik darjah spt:-
.Berpusatkan pelajar
.Fungsi bilik darjah berkesan.
.Isu-isu kurikulum ditangani
.Iklim bilik darjah memberangsangkan P&P
.Proses penilaian berlaku, sah dan berterusan.
.Isu-isu disiplin ditangani
.Persekolahan untuk semua
.Asas kualiti ialah saling hormat menghormati.

b. Bandingkan Anugerah Antara bangsa ( Baldrige) dengan Anegerah Tempatan ( maltimore) - ciri sekolah berkesan
( Peta Minda aje )

Anugerah Antarabangsa Anugerah Tempatan

Pelanggan
Pelanggan menggerakkan kualiti Beri hak dan tanggungjawab -
setimpal kepada pelajar
Sekolah punya harapan tinggi -
terhadap pelajar
Jaminan kualiti
Respon yang cepat Fokus tumpuan kepada p&p

Kawalan Kualiti
Pemerhatian jangkamasa panjang Amal pemantauan sistematik
Rekabentuk kualiti dan Guru amalkan pengajaran –
pencegahan bermatlamat
Amal sistem pengukuran positif
Latihan
Tiada Tiada

Proses kualiti
Kepimpinan Pemimpin bertindak profesional
Pengurusan berdasarkan fakta Berwawasan dan matlamat-
Keterlibatan semua pihak dikongsi bersama
Rakan kongsi pembangunan. Perkongsian bersama sekolah -
Tanggungjawab komuniti yang mantap
Sekolah sebagai organisasi
pembelajaran
Penanda aras
Tiada Tiada

Latihan
Tiada Tiada

Audit
Tiada Tiada

Penambahbaikkan
Penambahbaikkan berterusan

3. Huraikan konsep-konsep dibawah dengan merujuk kepada pengurusan sekolah. Pilih lima sahaja.
( Huraian )
SUARA PELANGGAN

Kualiti ialah sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan. Keluaran yang berkualiti ialah keluaran yang dapat memuaskan hati pelanggan yang menjadi sasaran.
Untuk membolehkan jabatan mengeluarkan output yang berkualiti, ia perlulah terlebih dahulu mengetahui kehendak pelanggan. Maklumat itu kemudiannya dijadikan asas untuk menentukan ciri-ciri yang harus ada pada output berkenaan.
Peringkat-peringkat tindakan yang lebih terperinci di tunjukkan. Ia nya meliputi:
a. Kenalpasti pelanggan.
b. Kenalpasti kehendak pelanggan.
c. Terjemahkan kehendak pelanggan menjadi standard kualiti output.
d. Wujudkan proses penghasilan output.
e. Melaksanakan proses.
Dalam melaksanakan langkah-langkah ini, sistem-sistem pengukuran prestasi kualiti hendaklah juga diwujudkan pada setiap peringkat. Tujuannya ialah untuk mengukur kesempurnaan langkah-langkah yang dijalankan itu. Sekiranya melalui pengukuran ini dapat dikesan sebarang kecacatan kepada output yang diusahakan, maka tindakan-tindakan pembetulan boleh diaturkan dengan segera.

a.Kenalpasti Pelanggan

Tindakan ini akan membolehkan jabatan mengetahui dengan lebih jelas siapakah pelanggan yang perlu diberi perhatian. Ini akan memudahkan jabatan menumpukan segala usaha dan sumber untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang berkenaan. Bagi jabatan-jabatan Kerajaan bilangan pelanggan mereka lazimnya ramai.

Oleh itu jabatan-jabatan boleh mengkategorikan pelanggan masing-masing dan dan menentukan senarai keutamaan yang praktikal. Senarai ini akan dijadikan asas ketika memberi layanan kepada pelanggan. Sementara itu dalam kontek dalaman sesebuah jabatan, rakan sekerja bagi seseorang kakitangan adalah juga dianggap penting. Oleh itu setiap kakitangan perlu mengenalpasti kehendak-kehendak rakan sekerja mereka dan memastikan kehendak tersebut dapat dipenuhi pada sepanjang masa.

b.Kenalpasti Kehendak Pelanggan

Kehendak-kehendak pelanggan adalah berbagai. Ia berbeza mengikut jenis output, masa, tempat dan berbagai faktor lain. Oleh itu jabatan-jabatan perlu mengenalpasti kehendak-kehendak pelanggannya dengan tepat. Berbagai kaedah boleh digunakan seperti menjalankan soal selidik, sesi dialog, temubual dan mengkaji cadangan-cadangan dari pelanggan.
Namun begitu, sebagai panduan umum, jabatan-jabatan juga boleh merujuk kepada ciri-ciri kualiti yang bersifat universal yang lazimnya dihargai oleh pelanggan.

c.Menterjemahkan Kehendak Pelanggan Menjadi Standard Kualiti Output

Kehendak-kehendak pelanggan yang telah dikenalpasti perlu diterjemahkan menjadi standard-standard kualiti output. Standard-standard tersebut perlu jelas dan seboleh mungkin hendaklah bersifat boleh diukur. Ini adalah untuk memastikan supaya standard tersebut mudah difahami oleh kakitangan jabatan. Sebagai contoh, sekiranya kehendak pelanggan ialah perkhidmatan kaunter yang cepat, maka kehendak tersebut boleh diterjemahkan kepada standard tempoh masa perkhidmatan berkenaan harus diberi, seperti 5 minit, 10 minit dan sebagainya.

d.Mewujudkan Proses Penghasilan Output

Proses-proses kerja bagi menghasilkan output hendaklah digubal berpandukan standard-standard kualiti output yang telah ditetapkan sebelumnya. Langkah ini akan menjamin bahawa proses tersebut mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kualiti output seperti yang dikehendaki.

Di samping itu, bagi setiap peringkat proses kerja standard-standard kualiti proses perlu ditentukan. Tujuannya ialah untuk dijadikan rujukan kepada kakitangan yang menjalankan proses kerja berkenaan. Dengan adanya panduan ini maka kesilapan yang mungkin berpunca daripada kelemahan kakitangan boleh dikawal.

e.Melaksanakan Proses
Tindakan di peringkat ini ialah melaksanakan proses-proses kerja yang telah digubal itu bagi menghasilkan output-output yang dikehendaki. Di peringkat ini juga jabatan perlu melakukan pemeriksaan kualiti supaya standard-standard yang ditetapkan benar-benar dipatuhi. Pemeriksaan ini harus dijalankan pada tiga peringkat iaitu input, transformasi dan output akhir.

KAWALAN KUALITI

Adalah menjadi tanggungjawab jabatan untuk menentukan pelanggan-pelanggan mereka sentiasa berpuas hati dengan keluaran atau perkhidmatan yang disediakan. Pelanggan-pelanggan itu juga harus mempunyai keyakinan penuh bahawa mereka akan mendapat perkhidmatan yang berkualiti setiap kali membuat urusan. Matlamat ini boleh dicapai oleh jabatan melalui kawalan kualiti.
Kawalan kualiti menekankan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam penghasilah sesuatu output, melalui tindakan-tindakan yang dirancang dan sistematik. Dengan yang demikian barulah dapat dipastikan bahawa output yang dikeluarkan tidak mempunyai kecacatan (defect free) atau kesilapan (error free). Output seperti inilah yang akan membawa kepada kepuasan pelanggan dan keyakinan mereka kepada jabatan berkenaan.
Bagi mencapai matlamat kepastian kualiti ini, jabatan-jabatan bolehlah mengambil 3 tindakan yang berikut:
a. Melaksanakan pemeriksaan kualiti (Pemeriksaan Q).
b. Mengamalkan perancangan output.
c. Latihan kakitangan.

a.Pemeriksaan Kualiti
Pemeriksaan kualiti bertujuan mengesan masalah-masalah kualiti atau penyimpanan daripada standard yang ditetapkan dalam penghasilan output. Masalah yang telah dikenalpasti itu kemudiannya akan dianalisis untuk mencari sebab-sebab dan kemudiannya menentukan tindakan penambahbaikan yang perlu. Dengan yang demikian masalah-masalah kualiti akan dapat dicegah sebelum ianya sampai kepada pelanggan.
Pemeriksaan kualiti ini adalah bersifat menyeluruh. Ia meliputi pemeriksaan ke atas input, proses kerja dan output akhir. Pemeriksaan ke atas input (incoming inspection) bertujuan memastikan input-input yang digunakan untuk menghasilkan output adalah berkualiti. Pemeriksaan ini perlu kerana penggunaan input yang tidak berkualiti boleh mendatangkan berbagai masalah kepada proses kerja dan akhirnya menjejaskan kualiti output akhir. Input yang dimaksudkan ini meliputi: bahan-bahan yang diperolehi dari pembekal atau agensi lain; sistem dan prosedur; dan maklumat dan data.
Pemeriksaan ke atas proses pula bertujuan menentukan supaya berbagai peringkat proses bagi menghasilkan output sentiasa berjalan lancar seperti yang dirancang dan menepati setandard-standard kualiti proses yang ditetapkan. Ini adalah kerana apabila proses kerja menepati standard, maka dapat dijamin keluaran akhirnya juga akan mengandungi ciri-ciri kualiti yang diinginkan oleh Jabatan. Dari segi pelaksanaannya pula, pemeriksaan ini akan lebih berkesan jika dijalankan oleh kakitangan yang menggerakkan proses itu sendiri. Ini adalah untuk memudahkan mereka mengambil tindakan-tindakan pembetulan dengan serta-merta apabila berlaku penyimpangan standard. Tindakan serta-merta ini akan dapat menyekat keluaran yang cacat daripada memasuki proses kerja yang seterusnya dapat menimbulkan masalah kualiti yang lebih besar kepada jabatan.
Pemeriksaan di peringkat output (final inspection) pula ialah pemeriksaan akhir sebelum output di serahkan kepada pelanggan. Dalam pemeriksaan ini jabatan perlu memastikan output yang dikeluarkan benar-benar mempunyai ciri yang dikehendaki oleh pelanggan sebelum membuat penyerahan. Pemeriksaan di peringkat ini amat kritikal kerana sebarang kesilapan mengakhibatkan pelanggan menerima output yang tidak berkualiti. Apabila ini terjadi bukan sahaja pelanggan tidak berpuas hati, tetapi jabatan juga terpaksa menanggung kos kualiti seperti menghabiskan masa untuk melayan aduan-aduan dan rungutan daripada pelanggan.

b.Perancangan Output
Perancangan output adalah satu cara yang berkesan bagi memastikan wujudnya kualiti di dalam output-output yang dikeluarkan oleh jabatan. Untuk itu setiap peringkat kerja bagi memastikan output perlu dirancang dengan teliti supaya peluang-peluang berlakunya kecacatan dapat dihindar pada awal-awal lagi. Perancangan ini adalah bersifat pencegahan yang akan mengelakkan jabatan daripada menanggung kos-kos kualiti yang tidak perlu. Perancangan ini amat perlu pada dua peringkat kerja yang kritikal iaitu:
a. Peringkat rekabentuk keluaran (product design).
b. Peringkat rekabentuk proses (process design).
Perancangan di peringkat rekabentuk keluaran bertujuan memastikan keluaran yang hendak diusahakan oleh jabatan benar-benar sesuatu yang dikehendaki pelanggan. Oleh itu jabatan perlu mengetahui kehendak-kehendak pelanggan dan menentukan ciri-ciri yang semestinya ada pada keluaran berkenaan.
Perancangan di peringkat rekabentuk proses pula bertujuan menentukan proses-proses yang akan diwujudkan benar-benar berkemampuan mengeluarkan keluaran dengan kualiti yang diinginkan. Di peringkat inilah ditentukan proses-proses yang perlu disempurnakan dan standard-standard kualiti proses yang perlu dipatuhi. Selain daripada itu segala peringkat proses, sistem dan prosedur dan standard-standard akan didokumenkan dalam bentuk manual dan prosedur kerja, carta aliran dan sebagainya bagi rujukan kakitangan.

c.Latihan Kakitangan
Bagi menghasilkan output yang berkualiti jabatan-jabatan perlu mempunyai kakitangan yang mashir dan cekap. Ini menjadikan latihan kepada kakitangan sebagai langkah kepastian kualiti yang sangat penting. Kakitangan perlu dilatih supaya mereka benar-benar memahami akan tanggungjawb mereka untuk memastikan ciri-ciri kualiti wujud di dalam output yang mereka hasilkan. Untuk itu mereka perlu melakukan penilaian sendiri (self-assessment) ke atas proses-proses kerja yang dikendalikan, agar standard-standard kualiti setiap proses kerja dipatuhi. Selain daripada itu latihan kepada kakitangan juga bertujuan memberi kefahaman kepada kakitangan tentang falsafah dan matlamat kualiti yang diinginkan oleh jabatan. Dengan kesedaran ini maka komitmen mereka terhadap sistem-sistem kualiti yang diwujudkan oleh jabatan akan bertambah kukuh. Ini juga memberi jaminan terhasilnya kerja-kerja yang berkualiti.

LATIHAN

Latihan dalam bidang kualiti adalah keperluan asas bagi kejayaan TQM. Iniadalah kerana pelaksanaan TQM memerlukan sokongan dan penyertaan kakitangan yang mahir dan berpengetahuan. Kakitangan yang mahir dapat mengelakkan masalah-masalah yang berpunca daripada tenaga manusia (human error) dalam proses kerja dan ini menjamin penghasilan output yang tidak mempunyai kecacatan. Melalui latihan juga jabatan boleh mendedahkan kepada kakitangnnya tentang konsep-konsep pengurusan kualiti, dasar-dasar kualiti dan strategi-strategi yang digubal oleh jabatan. Kefahaman mengenai perkar ini akan mengukuhkan komitmen kakitangan terhadap usaha-usaha jabatan dan mengurangkan kemungkinan penentangan terhadap perubahan-perubahan yang dibawa oleh TQM.

Latihan untuk kakitangan perlu dijalankan secara berterusan memandangkan jabatan-jabatan beroperasi dalam persekitaran yang berubah. Oleh itu kakitangan jabatna perlu dilatih supaya mereka dapat melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan dibawa oleh perubahan tersebut.
Latihan untuk kakitangna perlu disusun secara sistematik, bersesuaian dengan dasar kualiti jabatan.
Peringkat-peringkat tersebut ialah;
a. Menggubal Pelan Induk Latihan yang sejajar dengan dasar kualiti jabatan.
b. Menentukan pegawai yang bertanggungjawab mengenai latihan
c. Menggariskan objektif latihan.
d. Membentuk struktur organisasi untuk mengendalikan latihan.
e. Menggariskan keperluan latihan.
f. Menyediakan program dan bahan-bahan latihan.
g. Melakasana dan mengesan kemajuan program latihan.
h. Menilai pencapaian program.
i. Mengkaji semula keberkesanan latihan.

a.Menggubal Pelan Induk Latihan
Pelan ini digubal berpandukan dasar kualiti jabatan. Pelan ini mesti selaras dengan prinsip-prinsip dan objektif-objektif yang ditetapkan di dalam dasar tersebut. Kandungan pelan ini hendaklah dimaklumkan kepada seluruh kakitangan.

b.Menentukan Pegawai Bertanggungjawab
Ketua-ketua Jabatan, Pengurus dan penyelia perlu diberi tanggungjawb tentang alatihan untuk kakitangannya. Mereka perlu memastikan kakitangan mereka menerima latihan kualiti dengan secukupnya. Di samping itu kakitangan yang telah dilatih hendaklah digalam mengembangkan pengetahuan mereka kepada kakitangan lain mengikut prinsip cascade. Dengan ini pengetahuan tentang kualiti akan tersebar luas dalam jabatan.

c.Menggariskan Objektif Latihan
Objektif latihan ditentu berdasarkan tahap kualiti keluaran atau perkhidmatan yang hendak diberi. Objektif ini perlu menyentuh isu-isu seperti:
i. Bagaimana kehendak pelanggan dapat dijelaskan dengan berkesan kepada seluruh kakitangan jabatan.
ii. Bidang-bidang kerja yang perlu diberi perhatian.
iii. Prosedur dan peraturan yang perlu diubahsuai.
iv. Perubahan-perubahan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.
d.Mewujudkan Struktur Organisasi Bagi Latihan
Sekiranya didapati praktikal, jabatan-jabatan boleh mewujudkan struktur organisasi yang khusus untuk mengendalikan latihan kualiti untuk kakitangannya. Misalnya menubuhkan Bahagian atau Unit Latihan yang tertentu. Tumpuan latihan ialah kepada aspek kepakaran atau pengetahuan khusus. Latihan seperti ini perlu dikendalikan oleh tenaga pengajar yang mahir.

e.Keperluan latihan
Jabatan-jabatn hendaklah menggariskan dengan jelas keperluan latihan bagi setiap aspek kerja yang dijalankan. Isu-isu yang perlu disentuh termasuklah:
i. Siapa yang perlu dilatih.
ii. Tahap kemahiran yang dikehendaki.
iii. Tempoh latihan.
iv. Adakah latihan perlu disegerakan.
v. Bilangan yang perlu dilatih.
vi. Siapa yang akan melatih.
vii. Sumber-sumber yang diperlukan.

f.Menentukan Program dan Bahan Latihan
Program dan bahan-bahan untuk mengendalikan latihan perlu disesuaikan dengan objektif dan keperluan yang ditentukan oleh jabatan. Program-program ini seharusnya menyentuh 4 aspek yang berikut:
§ Objektif latihan (objektif ini perlu dinyatakan dari segi bentuk tingkalaku yang dikehendaki)
§ Kandungan modiul
§ Kaedah latihan
§ Jurulatih yang bertanggungjawab.

g.Melaksanakan Program Dan Mengesan Kemajuan
Jabatan-jabatan perlu melaksanakan program-program latihan seperti yang ditetapkandi dalam pelan induk. Pelaksanaanini pula perlu dikesan pada sepanjang masa agar masalah-masalah pelaksanaan dapat diberi perhatian degnan secepat mungkin.

h.Penilaian Ke Atas Pencapaian Program
Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap latihan (seperti Ketua Jabatan, Pengurus dan Penyelia) perlu menilai hasil yang diperolehi daripada program latihan kakitangannya. Maklumbalas daripada penilaian ini akan dijadikan asas untuk memperbaiki program latihan yang akan datang.

i.Kajian Semula Keberkesanan Latihan
Dari semasa ke semasa, pihak pengurusan atasan di jabatan-jabatan perlu mengkaj I semula secara menyeluruh keberkesananpelan induk latihan masing-masing. Ini adalah untuk memastikan pelan tersebut sesuai dengan kehendak semasa dan dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah.

PENAMBAHBAIKAN
Objektif kualiti dicapai melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti penambahbaikan. Oleh itu jabatan-jabatan perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti penambahbaikan yang bersesuaian dengan operasi-operasi kerja yang dijalankan. Aktiviti ini mungkin merupakan rangkaian tindakan untuk:
a. penyemakan semula sistem kualiti;
b. pembaikan kepada prosedur kerja;
c. peningkatan standard-standard operasi.

Aktiviti-aktiviti penambahbaikan perlu dirancang dengan terperinci supaya mudah dilaksanakan. Ia juga perlu mempunyai jadual pelaksanaan bagi membolehkan pihak pengurusan mengesan kemajuannya dari semasa ke semasa.

Perkara-perkara itu meliputi:
a. Tujuan aktiviti penambahbaikan.
b. Tempat di mana aktiviti akan dijalankan.
c. Jadual pelaksanaan.
d. Kakitangan yang akan terlibat.
e. Methodologi yang akan digunakan.

14 prinsip penambahbaikan kualiti menurut Crosby
1. Menunjukkan dengan jelas bahawa pihak pengurusan adalah komited kepada pengurusan kualiti
2. Membentuk pasukan penambahbaikan kualiti dengan wakil dari setiap jabatan
3. Menentukan di mana letaknya masalah semasa dan masalah potensi
4. Menilai kos kualiti
5. Meningkatkan kesedaran kualiti di kalangan pekerja
6. Mengambil tindakan untuk membetulkan masalah yang dikenalpasti
7. Menubuhkan jawatankuasa bagi melaksanakan pengurusan tanpa kecacatan
8. Melatih penyelia untuk memainkan peranan secara aktif untuk penambahbaikan kualiti
9. Menganjurkan hari ”Tanpa Kecacatan”
10. Menggalakkan individu menetapkan matlamat
11. Menggalakkan pekerja menyampaikan kepada pihak pengurusan halangan-halangan yang dihadapi untuk mencapai matlamat penambahbaikan
12. Mengiktiraf dan menghargai ahli organisasi yang mengambil bahagian dalam usaha penambahbaikan
13. Menubuhkan majlis kualiti untuk tujuan komunikasi
14. Mengulang langkah penambahbaikan untuk memberi konotasi penambahbaikan kualiti merupakan proses tidak berkesudahan.
6 alat penambahbaikan kualiti menurut Conway
1. Kemahiran hubungan manusia
2. Tinjauan statistik
3. Teknik statistik mudah
4. Kawalan proses statistik
5. Pembayangan / penggambaran sesuatu proses, tatacara atau pengendalian
6. Kejuruteraan perindustrian
KRETRIA KUALITI DEMING ( 5 aje )
14 prinsip pengurusan kualiti menurut Deming
1. Mewujudkan azam ke arah penambahbaikan produk dan perkhidmatan
2. Menghayati falsafah baru demi mewujudkan perubahan
3. Memberi tumpuan terhadap incoming-process dan bukannya end-process
4. Mencapai kualiti menerusi hubungan dua hala dengan pembekal
5. Meningkatkan usaha-usaha penambahbaikan proses dalam setiap aktiviti
6. Mengadakan kaedah latihan moden untuk melahirkan kakitangan yang terlatih dan berkemahiran
7. Mengadakan kaedah penyeliaan dengan cara moden untuk mengajar dan melatih pekerja
8. Memberi galakan kepada pekerja supaya berinovatif dan produktif
9. Mengatasi halangan komunikasi di antara jabatan
10. Memansuhkan matlamat berangka untuk tenaga kerja
11. Menghapuskan piawai kerja dan kuota
12. Mengalihkan rintangan yang menghalang pekerja bekerja mengikut masa
13. Mewujudkan program pendidikan dan latihan untuk pekerja secara berterusan
14. Mencipta struktur pengurusan atasan yang berupaya merealisasi kesemua 13 prinsip di atas di dalam organisasi

Friday, April 3, 2009

SYAIR PKPGB KOHORT 3 UUM

Dihujung senja kisah bermula,
Gempar berita tidak disangka,
Jadi siswa dengan tiba-tiba,
Ke Universiti Utara tempat dinyata.

Hatiku gundah tidak terkira,
Mimpi durjana atau pun nyata,
Semua perkara kerajaan biaya,
Daftar segera anggukan kepala.

Sampai di sana dunia berbeza,
Kami ni tua mereka remaja,
Pakai lencana bentuk serupa,
Menuju kuliah jadi budaya.

37 orang mendaftar diri,
Ada yang gemuk ada melidi,
Ada pula nampak nak mati,
Penyakit penuh di sana sini.

PKPGB nama sudah ditentu,
Kohort tiga mendapat restu,
Penyelaras bernama Encik Abu,
Nampaknya garang tapi pemalu.

Hari pertama pensyarah berbicara,
Rajinlah usaha janganlah leka,
Jangan mengira rupa dan usia,
Rebutlah ijazah kelas pertama.

Hari kedua teringat sidia,
Isteri tercinta apa khabarnya,
lara merana ataupun suka,
Terasa sejuk memendam rasa.

Hari khamis wajah berseri,
Handphone diraba berkali-kali,
Dendam kesumat campur berahi,
Pensyarah di adjust demimu isteri.

Semangat membara tidak terkira,
akulah contoh untuk keluarga,
segulung ijazah akan kubawa,
inilah bukti orang berjaya.

Memang senang mulut menyebut.
Macam mudah kenapa merosot,
Mulanya hebat tiba-tiba menyemput,
Baru tiga bulan ada nak cabut.

Kerja kursus satu yang pasti,
Enam puluh peratus markah dijanji,
Hendak siapkan separuh mati,
jangan plagiat nasihat diberi.

Terima kasih pensyarah bestari,
Kerana fahami isi di hati,
Soalan ramalan bagus diberi,
Kejayaan bersama kita berkongsi.

Pensyarah sastera nama azmi,
Ilmu di dada pernuh berisi,
Tak kira nyata atau misteri,
Salam sejahera selalu diberi.

Doakan kami pelajar sistua,
Bantulah kami hingga berjaya,
Ampunkan kami jika terlupa.
Inilah syair penghibur lara.

Karya asli oleh mahalimahat 30.3.2009

KESUSASTERAAN MELAYU

SELOKA MELAYU TERAKHIR

Nak…
diikut hati
diluah mati emak,
ditelan mati bapak,
dikunyah mati anak,
dikecap mati syarak,
disongel mati adat,
disembur mati akal,
dikemam mati rasa,
dikulum mati ketuanan,
dimamah mati keturunan.
Nak…
diikut kuderat…
dicincang tak putus,
ditebang tak tumbang,
dicantas tak rebah,
dipotong tak terbalik,
dikerat tak bercerai,
dipenggal tak kudung,
dipancung tak terpisah,
ditetak tak terbelah.

Nukilan mahalimahat 2009