Wednesday, February 17, 2010

NOTA PEPERIKSAAN PEGAGOGI KESUSASTERAAN

NOTA PEPERIKSAAN PEGAGOGI KESUSASTERAAN

1.Huraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu:-

a.Tujuan= Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda, rohani, dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa, dan memupuk sikap ke arah pem-binaan insan bestari.

Pendidikan Kesusasteraan Melayu selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi, dan jasmani

Dapat melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat
1. melahirkan generasi yang mencintai bahasa ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.
2. Murid dapat memahami manusia dan kemanusiaan melalui apresiasi karya kesusasteraan Melayu.
3. Mendidik murid agar dapat menikmati kehalusan dan keindahan karya sastera Melayu.
4. melatih murid dalam pelbagai bidang kerjaya yang berkaitan seperti kewartawanan, penyiaran, dan pengkaryaan seni.

b.Matlamat
Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu sekolah menengah
adalah untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai, dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.

c.Objektif
Kurikulum Kesusasteraan Melayu membolehkan murid:
i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera.
ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera.
iii. menghayati dan menghargai estetik bahasa.
iv. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya.
v. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis, dan
menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat
cinta akan negara.
vi. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai
dengan kebolehan murid.
vii. memupuk budaya membaca untuk memperkembang
dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.

d.Pengisian Kurikulum
Pengisian kurikulum terdiri daripada:-
elemen yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu:-
a.aspek ilmu,
b.peraturan sosiobudaya,
c.nilai kemanusiaan,
d.kewarganegaraan, dan
e.kemahiran bernilai tambah :-
-kemahiran berfikir,
-kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
-kemahiran belajar cara belajar,
-kajian masa depan,
-kecerdasan pelbagai,
-pembelajaran konstruktivisme, dan
-pembelajaran kontekstual.
.
2.Huraikan difinisi, ciri-ciri dan pelaksanaan keadah pengajaran di bawah:-
1.Mengalami-menghayati
Def:-pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Ciri-ciri:-
i. Keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji
ii. Kebolehan memahami dahulu isi cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya
iii. Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu dalam sesebuah karya sastera.
Pelaksanaan:-
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurimdam dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.

2.Kaedah berfokus
Def.pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran. Ia mengandungi dua tumpuan:, fokus utama dan fokus sampingan.Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
.CIRI-CIRI
i. Fokus pengajara berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua penting.
ii. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian yang sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu.
iii. Kaedah ini mengandungi satu Focus Utama dan satu atau lebih Focus Sampingan. Biasanya Fokus Utama itulah yang menjadi Objektif Khas (Eksplisit) sesuatu pengajaran.
iv. Kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam sesebuah karya untuk dijadikan Fokus Utama.
v. Alat Bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan bertulis adalah penting.
vi. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif perlu diberi keutamaan. Ini dapat dilaksanakan dengan baik melalui teknik perbengkelan.
vii. Guru dan pelajar perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak disampaikan. Ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara keseluruhan.
viii. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik minat pelajar.
Pelaksanaan
Contoh Model 1
FU = Fokus Utama
FS = Fokus Sampingan
(B) = Bahasa
(I) = Isi Kandungan

FS (I)
FU (B)

Pengajaran berfokus kepada aspek bahasa sebagai Fokus Utama manakala isi dijadikan sebagai Fokus Kedua atau Sampingan. Pengajaran guru biasanya menekankan bahasa lebih banyak daripada aspek yang satu lagi.


3.Kaedah Struktural
a.Definisi-kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi memuncak, nada, fokus dan mood
b.Ciri-ciri
• Berasaskan kepada kritikan Sastera Moden
• Bersifat induktif
• Proses pembacaan yang rapi diperlukan semasa menggunakan kedua-dua kaedah ini
• Penganalisaan akan mengakibatkan pemahaman, dan penghayatan sastera dan memerlukan pembacaan yang rapi
• Tujuan utama adalah untuk mengkaji sastera sebagai bahan pengajaran sastera semata-mata.
c.Pelaksanaan
1.Guru memilih satu aspek dalam karya berkenaan contohnya perwatakan atau tema.
2.Aspek yang dipilih dikupas dengan lebih terperinci
3.Perincian yg lebih mendalam seperti definisi plot, urutan plot, jenis plot yang dimiliki karya tersebut.
4.Ujian topical akan dibuat selepas berakhir pengajarannya.

4.Kaedah Global
a.Def.
Kaedah mudah khasnya berdrama dan sesuai dgn situasi murid krn.meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak dan dibuat dlm bentuk bebas.
b.Ciri-ciri
Ada 3 bentuk aktiviti :-
- aktiviti mimic dgn x guna kata-kata dlm sampaikan perasaan.
- aktiviti sepontan dgn apa yg ada dan dgn suara
- aktiviti-aktiviti lain berbentuk lakonan
c.Pelaksanaan
Murid baca dan hayati karya sastera.Guru cari persoalan yg menarik. Dlm.suasana informal.Tarik murid berlakon gaya aktiviti di atas utk lakonkan watak. Guru boleh buat:-
- lakonan berasaskan gambar
- lakonan berasaskan skrip
- lakonan guna topeng
- lakonan guna cerita berlagu
.
3.Berikan perbandingan kaedah mengalami-menghayati dengan kaedah struktual.

a.Persamaan
• Berasaskan kepada kritikan Sastera Moden
• Bersifat induktif
• Proses pembacaan yang rapi diperlukan semasa menggunakan kedua-dua kaedah ini
• Penganalisaan akan mengakibatkan pemahaman, dan penghayatan sastera dan memerlukan pembacaan yang rapi
• Tujuan utama adalah untuk mengkaji sastera sebagai bahan pengajaran sastera semata-mata.
b.Perbezaan
STL MM
i.Ciri-ciri- pengkhususan pd.bahagian- i. menekankan penikmatan
bahagian binaan karya. x kira bahagian.
ii. Persediaan- x tekan pembacaan awal ii.menekankan penbacaan
karya sastera awal sebelum mengajar
iii.Penilaian – Boleh uji cara fomartif iii. Lebih tekan sumatif
iv.Bahan P&P- memerlukan kupasan iv. Boleh terdiri teks karya
berasingan ikut binaan. Sastera berkenaan.
v.Lain-lain:?

c.Pegangan
Saya simpulkanbahawa pendekatan STL lebih berkesan sebab:-
i.murid mudah faham dan boleh belajar sendiri.
ii.persediaan peperiksaan mudah dibuat.
iii.tanpa kehadiran guru, pembelajaran boleh dibuat.

4.Jelaskan teknik-teknik yang pengajaran di bawah:-

a.Teknik Bercerita

Definisi Teknik Bercerita
Teknik bercerita ialah teknik menyampaikan cerita (gaya)
Teknik bercerita merupakan alat/kaedah mengajar/cara penyampaian dengan gaya bercerita bahan-bahan yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya berinteraksi dan mencapai hasil pembelajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
Ciri-cirinya ialah:
i.Teknik bercerita hanya perlukan bahan cerita dari hasil karya, penyampainya termasuk guru atau media ICT dan audiennya iaitu murid-murid itu sendiri.
ii. Isi cerita yang dipilih sama ada dari cerpen, noval atau puisi haruslah dapat menimbulkan rasa simpati, sedih marah, gembira, benci, kasih dan sebagainya sesuai dengan isi pelajaran yang diajar pada hari itu.
iii.Komunikasi 2 hala
iv.Teknik bercerita amat menekankan konten atau isi
vi. Dalam bercerita, suara itu mempunyai disiplin. Intonasi suara perlulah jelas dan lantang supaya dapat didengar oleh semua pendengar.
vi.Teknik bercerita juga boleh disampaikan terus melalui buku
Pelaksanaan
Sesi Perancangan dan persediaan
guru bermula memilih tajuk cerita yang sesuai. cuba berlatih menghafal dan bercerita secara ,menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perlataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman .Sebelum mula bercerita guru hendaklah menyusun tempat duduk. Kalau boleh tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alat seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita
dimulakan dengan satu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang di sampaikan. membimbing mereka mengikut perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
Sesi Penutup
Tujuan penutup dalam sesi bercerita ialah untuk membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam sesi penutup bercerita ini

b.Teknik Sumbang saran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W (What? Why? Who? Where? How?)
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

c.Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Satu situasi diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan menggunakan masalah sebenarnya wujud untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat
TUJUAN
 Menguasai kemahiran
 Mengubah sikap / bina
 sikap positif
 Membina pemikiran yang kritis dan kreatif
 Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)
 Membawa situasi serupa / sebenar ke dalam bilik darjah
 Untuk pelbagaikan aktiviti pemb.
PRINSIP
 Rancang situasi yang bermasalah dan wujudkan secara bertulis / lisan
 Beri penerangan ringkas
 Pilih murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon
 Sediakan peralatan yang sesuai (jika perlu)
 Semasa sesi pastikan murid lain memberi perhatian
 Selepas sesi - minta murid beri pandangan
 Buat rumusan
PERLAKSANAAN AKTIVITI SIMULASI
Sebelum
 Objektif pembelajaran
 Kemahiran
 Penyerapan nilai
 Bentuk penilaian
 Pengukuhan dan pengayaan yang akan digunakan
 Alatan
Semasa
 Adakan set induksi yang menarik
 Beri arahan dengan jelas
 Edarkan kad arahan kepada murid yang ambil bahagian
 Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada mereka
 Murid yang lain perhati dan catat
 Penilaian di akhir
Selepas
 Bincang dengan murid
 Tulis laporan tentang masalah
 Tulis semula dialog yang digunakan
 Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjol dalam simulasi

d.Teknik Mendengar Rakaman
Definisi
Kemahiran Mendengar mendengar merujuk keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.

5.Nyatakan kaedah dan teknik yang sesuai dgn bahan sastera prosa klasik, prosa moden, puisi lama dan puisi moden

Teknik mengajar prosa klasik ( Rujukan Hikayat Inderaputra)

a.Guru memilih peristiwa sesuai dan berkesan utk bahan pengajaran.
b.Peristiwa yg boleh bentuk akhlak mulia dan perlakuan yg hendak diikuti masyarakat.
i.Peringkat permulaan
-perkenalkan jenis dan cirri prosa klasik
-perkenalkan nilai masyarakat dan budaya yg diamal oleh masy. Lama
-ketengahkan unsure keseronokan dan keindahan.
ii.Penggunaan kaedah dan teknik pengajaran
-boleh guna kaedah perbincangan dan syarahan utk menceriankan isi dan pokok persoalan daripada bab ke bab dan beri synopsis cerita.
-gunakan pendekatan structural atau teknik lakonan utk ujud keseronokan melalui pita rakaman dll. Pelajar perlu disedarkan kepentingan dan pengajaran bercampur keseronokan mempelajari prosa klasik.
iii.Ketrampilan membaca
-guru perlu bimbing pelajar sebut dgn betul utk kuasai makna tersurat dan tersirat.
-menengahkan unsure pengajaran baik dgn cara tonjolkan eleman baik utk ikutan dan menonjolokan eleman buruk utk sempadan.
iv.Penilaian,pengukuhan dan pengayaan
-soalan penilaian boleh ditanya awal, pertengahan dan akhir.semua soalan ini berfungsi untuk mengesan,membetul dan merangsang pelajar
v.Perancangan Apresaiasi Prosa Klasik
-guru rancang pengajaran utk capai tatatingkat apresaisi disamping aspek lain.Pelajar wajib ditanam perasaan menghargai unsure dan nilai yg terkandung dlm prosa klasik.
-tatatingkatnya( rubric )
i.boleh baca dgn baik dan menarik
ii.memahami makna tersurat dan tersirat
iii.merasai dan mengimaginasi, mengagumkan keindahan
iv.kenikmatan dan pengalaman baru
v.menghubungkan unsure fenomena dalaman dan luaran
vi.dapat menghubungkann unsure di atas dengan seni dan kehidupan
vii.membentuk kesyumulan kehidupan insan

6.Nyatakan sebab-sebab matapelajaran Kesusasteraan melayu dianggap tidak mempunyai potensi dan tidak diminati.
a.Faktor Sukatan Pelajaran KM
i.Terlalu luas skopnya
ii.Tertumpu kepada satu bangsa sahaja.
iii.Terlalu idel utk dicapai
iv.Banyak aspek bersifat abstrak
b.Faktor Pelajar
i.kurangnya minat membaca di kalangan pelajar.
ii.Lebih terdedah kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan, padat dan berbentuk hiburan.
iii. pelajar lebih suka strategi yang menggalakkan pembelajaran aktif seperti perbincangan kumpulan, pengajaran berasaskan audio visual, pembelajaran koperatif, perbahasan, drama, main peranan, simulasi dan bimbingan rakan sebaya
c.Faktor Pentadbiran
i. Guru x daya kreatif .
ii. x Bimbingan dan galakan daripada guru
iii. kaedah pengajaran dan pembelajaran x sesuai
iv.GB x titikberatkan KM, Guru x opsyen ajar KM
v.Buku sastera kurang di PSS
d.Faktor Masyarakat
i.kurangnya pendedahan tentang sastera dan peluang pekerjaan yang berkaitan
ii.harga buku sastera yang tinggi.
iii.kekurangan buku-buku sastera berbentuk rekreasi di pasaran merupakan faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera
iv.subjek KM x nilai komersial
e.Faktor Ibubapa.
i.Beranggapan dengan membaca bahan sastera seperti novel dan cerpen akan mengganggu pencapaian akademik
ii. x mendapat galakan daripada ibu bapa dan guru.

7.Dengan menggunakan keadah skturtural buatkan satu pengajaran berdasarkan satu tajuk dari karya sastera yang digunakan oleh pelajar di SMK masakini.

a.Pendahuluan
Struktrual adalah mengajar ikut topical, spt. Tema,persoalan,bahasa, perwatakan, plot dan sebagainya.
b.RPH- RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu
Tingkatan : 5 Sastera 1
Bilangan pelajar : 35 orang
Tarikh :10.3.2010
Masa :8.10 – 9.30
Tajuk Perwatakan Berdasarkan
Novel Restu
Pada akhir pengajaran ini, pelajar dapat:
i. Mendifinisikan watak
ii. Membandingkan watak-watak dalam karya.
iii. Menjeniskan watak-watak
iv. Menghuraikan peranan watak dalam karya.

Strategi P&P : Dicadangkan pembelajaran dijalankan secara berkumpulan dan Individu.
Aktiviti: Perbincangan, sumbang saran, soal jawab
Bahan Media: Komputer, LCD
Nilai Murni : Bekerjasama, keberanian

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&p CATATAN
Set induksi
( 5 minit) Guru mengedarkan kerataan akhbar ttg. Hukuman gantung sampai mati terhadap pesalah dadah. Watak menyesal apa berlaku Nilai kemanusiaan – berubah jadi baik.
Langkah 1
10 minit Definisi perwatakan Guru menerangkan definisi watak dan contoh melalui watak ygterlibat dlm potongan akhbar.
Guru suruh murid berikan contoh perwatakan pelakon /artis dlm drama tv
Teknik penerangan dan soal-jawab
Langkah 2
(15 minit) watak Ikram, Hasnah,Yazid, jalil,pak usup, wak pageh Guru menerangkan watak-watak dalam Novel Restu.dan menyuruh murid bandingkan.



Langkah 3
(15 minit) Jenis-jenis watak.
Utama, Pembantu, Watak jahat, watak baik , watak bulat dll Guru meminta jeniskan watak. Murid menjeniskan watak secara lisan

Langkah 4
(10 minit ) Jenis-jenis peranan watak Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Kumpulan 1 berbincang tentang watak i.ikram dan hasnah
Kumpulan 2 berbincang ttg watak yazid dan pak usup. Teknik Perbincangan



Penutup
(5 minit) Guru meminta pelajar melaporkan peranan watak-watak dan menjawab soalan-soalan struktur secara bertulis. Teknik penulisan


Refleksi:-

PERWATAKAN
1. ikram
-Watak utama
-penolong pegawai daerah ( A.D.O) di pontian
-berasal dari singapura dan berpindah ke kampong penarik hilir pada bulan april 1963
-anak ketiga daripada enam beradik Ayahnya bernama En rahman
-pernah mendapat julukan budak asam paya daripada tok penghulu leman
-mahir mengenal pasti rumpun pokok asam kelubi jantan atau betina
-berkebolehan memanjat pokok kelapa
-pernah belajar silat sendeng kuntau cina dengan wak pagek
- menghormati guru silatnya walaupun berjawatan tinggi
-zaman remaja, berkawan rapat dengan hasnah anak tok leman
- berhijrah ke johor bahru
-prihatin dalam tugas iaitu sentiasa membawa buku memo untuk mencatat
-seorang yang pendendam dengan menaruh dendam terhadap rozali daeng rahman yang memperolehi tanahnya melalui cabutan undi.
-seorang yang gigih iaitu turut membantu abangnya Yazid dan ibunya menorah getah setelah kematian ayahnya
-bekerja dikebun nanas untuk menyara diri dan adiknya kamal
-tidak mudah berputus asa contoh ikram menunggu lori yang dijanjikan pak nawi untuk menganggut nanasnya sehingga terpaksa bermalam di pinggir jalan dalam keadaan sejuk dan kelaparan kerana menunggu lori yang hanya datang keesokkan harinya
-seorang yang penyabar contoh memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan menjaga kamal kerana ibunya berpindak ke mersing
-pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPm di sekolah menegah sungai durian
-seorang yang rajin dan tekun belajar dan bekerja
-kaya dengan budi bahasa
Menghormati pak usop dan wak pagek
-tegas pendiriannya contoh mahu terus kekal tinggal di kampong penarik walaupun ibunya ingin berpindah ke mersing
-memiliki sifat pemarah dan kurang sabar
-mudah berasa sedih dan sayu haticontoh apabila teringgatkan arwah ayahnya,adik-adik dan ibunya dia akan menangis dan memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk meneruskan hidup
-seorang yang keras kepala
-seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran
-bersahabat baik dengan jalil semenjak di universiti lagi
- mempunyai kekasih bernama hasnah
2. jalil
-watak sampingan
-sahabat karib ikram yang dikenali sewaktu di universiti
-tiga tahun lebih senior daripada ikram
-pegawai daerah di pontian
-sudah berkerluarga isterinya bernama liza dan mempunyai dua orang anak
-seorang yang serius dan tegas
-tidak suka pembaziran
-serius terhadap tugas dan bertanggungjawab
3. pak usop
-watak sampingan
-bermastautin di permas sejak kanak-kanak lagi
-kemudian berhijrah ke penarik hulu
-mshir ilmu persilatan dan pernah mengajar ikram silat gerak
-gemar makan nanas Sarawak
-petani yang gigih dan tekun
-berfikiran jauh dan tidak suka bertindak terburu-buru
-seorang yang penyabar
Warak dan beriman
-mentor kepada yazid dan adik-adiknya setelah kematian ayah
-seorang yang perahsia
-seorang perantau
-isterinya bernama mak besah dan mempunyai beberapa orang anak
4. hasnah
-watak sampingan
-di kenali juga sebagai zaleha
-penyelia kemas di mukim penarik
-anak kepada tok leman
-sepupu kepada ramli
-anak jati kempung penarik
-mengenali ikram sejak sekolah menengah lagi
-gadis manja yang manis,bersopan
-digambarkan mempunyai wajah yang bujur sirih,ayu bertudung, berkulit putih cerah yang bertukar menjadi merah apabila dibakar sinar matahari,ada tahi lalat pemanis di atas bibir sebelah kiri
-seorang yang gigih dan bersemangat
-banyak membantu ikram dengan memberi galakan,perangsang dan semangat untuk belajar
-wanita yang setia contoh: selama lebih 10 tahun ikram meninggalkan kampong penarik tanpa sebarang khabar berita,hasnah tetap yakin ikram akan ditemui suatu hari kelak.
-hasnah dicintai oleh ikram
5. Yazid
- watak sampingan
-anak sulung dalam keluarga ikram
-terpaksa berhenti sekolah setakat tingkatan 3 setelah ayah meninggal dunia kerana terpaksa memikul tanggungjawab dan mengambil alih tugas ayah sebagai ketua keluarga
-banyak mengalami penderitaan
-bertanggungjawab terhadap keluarga contoh: sejak kematian ayah yazid membantu ibunya menorah getah sejak awal subuh lagi.
-cepat marahcontoh: sewaktu mengetahui tentang permohonan untuk memiliki geran tanah tidak sampai ke pejabat tanah,yazid menjadi amat marah
-abang yang tegas contoh: yazid melarang ikram pergi ke balai raya di mana mesyuarat tentang hal geran tanah diadakan
-berani menegakkan kebenaran contoh: yazid dengan berani menahan kereta tok leman semata-mata untuk mengetahui tentang tok leman yang gagal menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan dibalai raya untuk membincangkan hal geran tanah tersebut
-tidak mengabai suruhan agamacontoh yazid akan menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah sebelum menjamah makanan malamnya
-dituduh menikam tok leman
-disuruhpak usop supaya meninggalkan johor sehingga ke suatu masa yang diberitahu pak usop
6.wak pagek
-guru tua silat sendeng kuntau cina di kampong penarik hilir
-watak sampingan
-bertubuh kurus langsing,tetapi tegap
-umurnya sewaktu ikram menjadi muridnya sudh lebih 70 tahun
-boleh menghadapi 4 orang muridnya yang remaja lela satu persatu
-amat dihormati muridnya
7. ayah ( Rahman)
-watak sampingan
-bekerja sebagai pekerja biasa di Town Council,tanjung pagar singapura
-selepas bersara berhijrah ke kampong penarik hilir
-kesihatan tidak memuaskan sering mengadu sakit dada
-mengadakan perjanjian dengan tok leman tentang permohonan untuk mendapatkan geran tanah
-menyerahkan rm3000 kepada tok leman sebagai harga tanah yang dibeli
-seorang yang bertanggungjawab
-kuat bekerjameninggal dunia pada usia 58 tahun

NOTA PEPERIKSAAN ICT DALAM PENDIDIKAN

NOTA PEPERIKSAAN ICT DALAM PENDIDIKAN

BAHAGIAN A – Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
1. Berikan definasi perkataan di bawah.

a. Kurikulum – semua perancangan pendidikan yg dilaksanakan oleh sekolah utk capai matlamat pendidikan.
b. Pendidikan - Pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
c. Pengajaran - sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya yg dirancangkan secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
d. instructional design - Suatu proses sistematik menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan, bahan dan penyampaian pembelajaran.
e. instructional technology - Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
f. Teori - satu himpunan pernyataan membekalkan penjelasan rasional tentang konsep, definisi, dan proposisi yang saling berkait dan penghuraian tentang keadaan semasa atau ramalan tentang fenomena akan datang.
g. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).
h. E-pembelajaran – pembelajaran melalui/menggunakan teknologi ICT,aplikasi, program dalam talian ( on-line )
i. Grafik – kombinasi gambar, lakaran,lukisan, angka,huruf, lambing,perkataan, cirta, yang menjadi satu media pengajaran yg memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea dp penghantar kpd penerima matlumat dalam situasi tertentu ( P&P)

2. Berikan maksud ICT dalam pendidikan
- Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat.
- Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

3. Nyatakan 3 dasar utama ICT dalam pendidikan.
i. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
ii. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
iii. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

4. Terangkan krateria untuk persembahan yang berkesan.
Sembilan ( 9 ) peringkat proses penyampaian pengajaran (Events of instruction)
1. Tarik perhatian pelajar
2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran
3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
4. Sampaikan isi pelajaran / bahan P&P
5 .Bimbing pembelajaran pelajar
6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti
7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran
pelajar
8 .Taksir pencapaian pelajar
9 .Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

5.Nyatakan item-item di bawah secara tertib dan berikan keadaan / situasi yang wujud jika berlaku ketiadaan item berkenaan.

V + S + R + AP + L + I = Complate

V = Visi
S = Skill
R =Sumber
AP = Action Plan
L = Leadar
I = Inisiatif

Tiada V jadi keliru
Tiada S jadi ?
Tiada R jadi kecewa
Tiada AP jadi x kemana
Tiada L jadi tak tentu arah
Tiada I jadi slow

6.Huraikan 2 cara untuk menilai bahan rujukan

i.Krateria Pedagogi
a.Memenuhi kehendak kurikulum
b.Menepati objektif
c.Boleh diaplikasi
d.Strategik

ii.Kratria Persembahan
a.S-skrin format
b.E-senang guna
c.N-arahan/pengerakan
d.I-intraktif

7.Berdasarkan 1 model ID terangkan aspek-aspek yang berkaitan dengannya
i.ASSURE
A-Analisa Ciri‐ciri Pelajar
Ciri-ciri umum
Kemahiran/Kompetensi PraSyarat
Stail Pembelajaran
S-Selact objektif
Audience (Kumpulan Sasar)
Behavior (Perlakuan)
Conditions (Syarat)
Degree (Tahap)
S-Selact Method, media dan material (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)
Pemilihan Kaedah
Pemilihan Media
Pemilihan Bahan
U-Guna Media dan Bahan
Pratonton Bahan
Sediakan Bahan
Sediakan Persekitaran
Sediakan Pelajar Anda
Sediakan Pengalaman Pembelajaran
R-Dapatkan gerak balas pelajar
Perspektif Behavioris
Pespektif Kognitivis
Perspektif Konstruktivis
Pespektif Psikologi Sosial
E-Nilai dan Ubahsuai
Penilaian pencapaian pelajar
Penilaian Kaedah dan Media
Ubahsuai

ii.MODEL “DID”
Proses perubahan ikut step ni
Step1-Mengetahui siapa pelajar kita
Step2-Tentukan tahap pencapaian dan objektif
Step3-Pastikan persekitaran pembelajaran kondusif
Step4-Tetapkan strategi p&p
Step5-Pilih dan tetapkan penggunaan teknologi
Step6-Rancang penilaian secara keseluruhan

iii.ADDIE
- A=Analisis ( analisa )
- D=Design ( rekabentuk )
- D=Development ( perkembangan )
- I=Implementation ( laksanakan )
- E=Evaluation (penilaian )

iv.Smith & Dragon Model
Mengandungi 3 Fasa, iaitu:-
i.Analisa – pelajar
- tugasan diberi (Content )
- pembelajaran ( task )
ii.Strtegi - penyampaian
- penyusunan organisasi
- pengurusan
- proses pengajaran
iii.Penilaian – Sumatif / formatif
- revise

v. Model Gagne
Terbahagi kepada 8 peringkat:-
i.Tentukan matlamat pengajaran
ii.Laksanakan analisa pengajaran
iii.Kenalpasti tingkahlaku pelajar/cirri-ciri/peng.sedia ada
iv.Bina objektif /hasilpembelajaran
v.Pilih kaedah penyampaian
vi.Sediakan bahan pengajaran
vii.Rancang dan laksana penilaian formatif
viii.Rancang dan laksana penilaian sumatif

8. Labelkan rajah di bawah:-

9. Senaraikan tatatingkat LoTi Breackdown mengikut tertib:-

Level 0 – tak guna
Level 1 – kesedaran
Level 2 – penerokaan
Level 3 – penyerapan
Level 4 – intergerasi mekanikal
Level 5 – intergerasi rutin
Level 6 – peluasan
Level 7 – menghalusi

10. Peringkat-peringkat perubahan
i. Kenalpasti kepentingan perubahan
ii.Membina objektif perubahan
iii.Merekabentuk perubahan
iv.Melaksanakan perubahan
v.Menilai dan revise

11.Intergerasi ICT dalam P&P

Strategi mengintegrasi ICT dalam P&P

i.Peranan Pemimpin Sekolah
a.sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model
b.satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif.
c.memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum
d.Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran.

ii.Peranan guru
a.Menilai perisian yang sesuai.
b.Pembahagian kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran
c.Guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat.
d.Pelbagai strategi pengajaran digunakan.Pembelajaran secara penerokaan dll
e.Memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting.
f.Perlu memastikan penggunaan ICT untuk membantu proses P&P bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.
g.Menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas..
h.Guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif.
i.Buat Penilaian. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.
j.Strategi guru ICT selaras dengan isi kandungan mata pelajaran

iii.Sokongan Daripada Pihak Luar
a. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT.
b. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah.
c. Sekolah harus mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar

12. Aspek kurikulum yang ditekankan

i.ilmu
ii.sekolah
iii.subjek
iv.pedagogi
v.murid
vi.teknologi

13. Sebutkan kepentingan Teknologi dalam P&P
i.Pembelajaran Kendiri
ii.Meningkatkan keberkesanan pembelajaran
iii.Peluang belajar kepada semua.
Bahagian B – Pilih jawapan yang betul dari soalan aneka pilihan yang diberi.

1. Manakah bukan merupakan matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan ?

A meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
B memperluas akses dan ekuiti kepada
kemudahan ICT;
C memperluas kurikulum berasaskan ICT;
D meningkatkan sistem pentaksiran dengan
menggunakan ICT;
E menghadkan pengintegrasikan ICT dalam
P&P;

2. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada

A pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah berbantukan ICT.
B prestasi peperiksaan Awam
C kerajaan elektronik
D perpaduan berlandaskan konsep 1 Malaysia
E Semua di atas

3. Apakah yang diharapkan kepada murid yang telah menguasai kemahiran yang diperolehi dibidang ICT

A menjadi sumber manusia yang berkualiti
B mencapai kebahagian dunia dan akhirat
C mengamalkan pembelajaran akses kendiri ,
terarah kendiri dan kadar kendiri
D penerusan hidup di dunia tanpa sempadan
E berdaya saing dan relevan dengan kehendak
semasa.

4. Aspek di bawah perlu ditekan oleh sebuah institusi pendidikan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kecuali.

A p&p serta budaya berfikir,
B pengurusan sekolah yang efektif.
C pendekatan pemusatan kepada pelajar,
D penggunaan bahan teknologi secara bijak,
E.e-peperiksaan

5. Konsep Pembestarian sekolah melibatkan aspek di bawah kecuali

A proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
pengunaan ICT dalam pendidikan.
B pendekatan terbaik menggantikan pengajaran
guru bersifat tradisional.
C berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.
D dapat melatih guru dan murid berkemahiran
dalam bidang ICT
E melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri terarah kendiri dan
kadar kendiri

Soalan Essi
1.Senaraikan 10 keteria membina bahan pengajaran ICT
i. Mengenalpasti matlamat dan keperluan bahan
ii. Mengumpul sumber-sumber utk bina bahan
iii. Mengkaji kandungan diperlukan
iv. Menghasilkan idea-ieda relevan dgn subjek
v. Merekabentuk infrastruktur
vi. Menghasilkan carta aliran
vii. Menghasilkan papan cerita
viii.Programkan dgn pengajaran
ix. Hasilkan bahan sokongan
x. Penilaian dan uji.

2. Sembilan ( 9 ) peringkat proses penyampaian pengajaran (Events of instruction) kaitkan dgn ASSURE

1. Tarik perhatian pelajar
2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran
3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
4. Sampaikan isi pelajaran / bahan P&P
5 .Bimbing pembelajaran pelajar
6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti
7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar
8 .Taksir pencapaian pelajar
9 .Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

NOTA PEPERIKSAAN PENGURUSAN PERUBAHAN

NOTA PEPERIKSAAN PENGURUSAN PERUBAHAN

1.a.Terangkan faktor-faktor sesuatu organisasi perlu berubah

a.Mengurangkan konflik
Persekitaran masyarakat semakin kompleks. Pelbagai faktor menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-peluang dan sumber yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang penting.
b.Meningkatkan daya pengeluaran
Pengetahuan dan kemahiran rakyat perlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga negara meningkat , produktiviti akan meningkat. Dalam sesebuah organisasi , kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat . Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan negara akan bertambah.
c.Meningkatkan motivasi
Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan. Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan setiap pekerjanya bermotivasi tinggi. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai motivasi yang rendah.

ATAU:
1.b Terangkan faktor-faktor sesuatu organisasi berubah
1. Faktor luaran
i.Sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggannya agar dapat menarik pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara berterusan.
ii.Organisasi didesak untuk mengadopsi “paradigm baru” atau melihat dunia saat ini secara lebih sensitif, fleksibel, dan mudah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan harapan para stakeholders
iii..Kemunculan produk atau perkhidmatan baru di pasaran turut menyebabkan perubahan dalam organisasi.
iv.Faktor politik dan perundangan turut berperanan dalam menentukan perubahan dalam pasaran di mana perubahan dalam politik akan mengakibatkan individu atau kumpulan merubah perancangan dan perjalanan asal organisasinya.
v.Permintaan terhadap produk atau perkhidmatan terkini memaksa organisasi menggunakan kecanggihan teknologi bagi mempertingkatkan mutu barangan atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan.

2. Faktor dalaman

i.Perubahan yang berlaku terhadap pucuk pimpinan dan kuasa dalam organisasi akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap struktur sedia ada dalam organisasi. Struktur hierarki dalam organisasi akan menentukan aliran penjawatan seseorang dan tanggungjawab kerja akan diperhalusi. ii.Perubahan utk mencipta keadaan yang lebih baik dan untuk kebaikan organisasi itu sendiri.
iii.Perubahan utk bertujuan mempertingkatkan mutu dan produktiviti kerja dengan meneliti struktur sedia ada dan menyusun semula proses dan aktiviti organisasi kearah yang lebih baik di samping membentuk struktur organisasi dan budaya yang sesuai.
iv.Latihan dalam organisasi juga dapat menambahkan pengetahuan dan keterampilan pekerja mengenai penggunaan teknologi. Peningkatan kemahiran mengakibatkan perubahan.
vi.Peluang-peluang mendorong kepada semangat bekerja dan membina imej serta meningkatkan kualiti pekerja.Perubahan berlaku.
vii Pekerja yang berkualiti sebaiknya menguasai pelbagai cabang yang membolehkannya membuat pilihan cabang mana yang menjadi pilihan utama. Hal ini membawa kebaikan kepada organisasi pada situasi tertentu yang memerlukan penggantian dengan kadar segera. Perubahan berlaku



Faktor-faktor penyebab perubahan.
i.Faktor teknologi
ii.Gaya hidup
iii.Persaingan
iv.Perubahan dasar politik
v.Perubahan dalam struktur ekonomi
vi.Perubahan pasaran buruh

2.Terangkan model-model perubahan di bawah:

a.MODEL KURT LEWIN

Analisis Tekanan Lapangan KURT LEWIN (1974) merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa perubahan.
Menurut MODEL KURT LEWIN dalam satu keadaan terdapat dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu sama lain.
Tekanan memacu (driving forces)-Satu tekanan yang dikatakan tekanan memacu (driving forces) akan menganjak kearah perubahan.
Tekanan ini membantu (facilitate) usaha perubahan.
Tekanan menahan (restraining forces)
Tekanan menahan (restraining forces) - akan menarik daripada arah perubahan tersebut.

Tekanan ini pula akan menghindar (restrain) perubahan dari berlaku.
Akibat tekanan-tekanan tersebut satu keadaan seakan-akan seimbang (quasi-equilibrium) akan tercapai.

Model Analisis Tekanan Lapangan bertujuan untuk mengenalpasti kesemua tekanan dalam persekitaran bagi membolehkan agen perubahan mengambil tindakan untuk meningkatkan tekanan memacu supaya perubahan dapat dicapai.

Model Kurt Lewin
Menurut Lewin, tingkahlaku seseorang itu merupakan fungsi personaliti beliau yang pada asasnya dapat ditakrifkan sebagai motivasi serta keperluan beliau.
Fungsi personaliti ini pula digandingkan dengan suasana atau persekitaran beliau.
Persekitaran tersebut mempunyai pelbagai tekanan yang bertindak ke atas individu tersebut.
Dengan ini, tingkahlaku seseorang dapat diramalkan dengan menentukan kekuatan tekanan yang bertindak keatas individu tersebut dan keperluan beliau untuk berubah.
Sungguhpun demikian menurut Lewin, tekanan-tekanan keatas individu tersebut bukan merupakan satu tekanan secara realiti dan berbentuk fizikal, tetapi lebih kepada persepsi individu terhadap tekanan.
Sebagai contoh, kita akan melakukan sesuatu kerja yang ketua kita suruh kerana persepsi kita terhadap kuasa yang ada pada beliau.
Sekiranya kita mempunyai perspesi bahawa dia sangat berkuasa dalam menentukan masa hadapan kita maka kemungkinan kita akan buat kerja itu dengan lebih cepat dan teliti.
Sekiranya, pekerja mempunyai persepsi rendah terhadap kuasa ketua tersebut, maka besar kemungkinan kerja tersebut tidak akan diberi keutamaan.
Dalam keadaan ini tingkahlaku kita merupakan gandingan keperluan kita untuk maju dalam kerjaya dan persepsi kita terhadap kuasa pada ketua.
Maka tekanan yang terdapat pada masa ini merupakan tekanan memacu.
Sekiranya semasa kita cuba menyelesaikan tugas tersebut, kita dilekakan oleh rakan kita yang mengajak kita minum teh tarik, maka tekanan menahan wujud dalam keadaan tersebut.

Lain-lain tekanan seperti kesibukan kerja akan menyebabkan satu keadaan seakan-akan imbangan yang tidak membolehkan kerja tersebut dilaksanakan.
Dengan ini kejayaan tugas tersebut ditentukan dengan kebolehan kita untuk meningkatkan tekanan memacu atau mengurangkan
Mungkin salah satu cara ialah dengan menambahkan tekanan memacu seperti meningkatkan aspirasi kita untuk maju dalam kerjaya.

Secara mudah model Kurt Lewin dalam hal ini dapat di gambarkan seperti berikut:
a.Dalam membawa perubahan, model Kurt Lewin juga berguna bagi kita mengenalpasti pelbagai tekanan yang dapat membantu kita mencapai satu keadaan yang baru.
b.Di samping itu kita dapat kenalpasti juga tekanan-tekanan yang menghalang.
c.Dengan mengurangkan tekanan yang menahan atau meningkatkan tekanan memacu kita dapat menganjakkan garisan seakan-akan seimbang ke arah garisan yang di ingini.

Kesimpulan
a.Analisis Tekanan Lapangan Lewin dan Teknik Tulang Ikan Ishikawa merupakan dua alatan yang boleh digunakan untuk menganalisi perubahan.
b.Kedua dua alatan tersebut membolehkan masalah perubahan dikenalpasti, dinyatakan dan dianalisis supaya tindakan wajar dapat diambil dalam usaha mengurus perubahan.
c.Dengan menggunakan alatan tersebut pengurus serta pekerja dapat gambaran jelas berkaitan perubahan yang hendak dilaksanakan serta kepastian yang lebih dalam membawa perubahan ditempat kerja.

MODEL LIPPITT

Model perundingan yang dikemukakan oleh Lippitt dan Lippitt (1978) pula memberi fokus kepada interaksi serta proses yang berlaku semasa perundingan di antara perunding dengan sistem. Sistem di sini bermaksud individu, keluarga dan juga masyarakat. Lippitt dan Lippitt menamakan modelnya sebagai Perundingan Perkhidmatan Insan. Definisi yang di kemukakan oleh Lippitt dan Lippitt begitu bersepadu seperti berikut:

Perundingan adalah sebagai satu proses penyelesaian masalah secara sukarela. Perkhidmatan ini pula boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsulti.

Asas perundingan adalah bertujuan bagi membantu konsulti memperkembangkan sikap dan kemahiran, supaya membolehkan konsulti berfungsi dengan lebih berkesan.
Matlamat di dalam proses perundingan adalah :
1. Bagi memperbaiki khidmat kepada orang yang ketiga, iaitu klien.
2. Bagi memperbaiki keupayaan konsulti untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Di samping ini, perhubungan dan proses perundingan adalah setaraf di antara perunding dengan konsulti.

Ciri di dalam proses perundingan terserlah dengan adanya sifat seperti:
a.Kerelaan hati perunding
b.handangan yang terbuka oleh perunding
c.Ketulenan diri oleh perunding
Wujud rasa empati oleh perunding Apabila diperhatikan ciri di dalam proses perundingan yang dikemukakan oleh kedua-dua Caplan dan Lippitt & Lippitt, maka agak terserlah bahawa wujud keserupaan antara kaunseling dengan perundingan. Malahan di dalam sorotan literatur pendekatan kaunseling itu dianggap sebagai strategi intervensi orde yang pertama. Manakala pendekatan perundingan adalah dianggap sebagai strategi intevensi orde kedua. Jelas bahawa di dalam pendekatan perundingan sasaran utama – iaitu klien tidak bersemuka secara langsung dengan kaunselor yang memberikan khidmat sebagai perunding. Klien mendapatkan pertolongan melalui konsulti.
Perundingan modaliti oleh Lippitt & Lippitt bermatlamat bagi mewujudkan perubahan yang positif dalam sistem emosi klien melalui pertolongan yang disampaikan oleh konsulti. Perubahan ini boleh berlaku dengan dua cara:
Secara pasif. Perubahan emosi melalui cara pasif dimana kuasa perubahan tidak terkawal oleh konsulti yang berkenaan. Dalam keadaan ini, kaitan secara langsung tentang tindakan yang di ambil ke atas mengubah emosi klien di lakukan selain dari konsulti. Ini bermakna bahawa konsulti hanya bertindak sebagai pemangkin perubahan.
Secara aktif. Perubahan emosi adalah hasil daripada usaha sistem itu sendiri yang mengarah penyelesaian masalah dan pencapaian maklumat. Dalam keadaan ini, konsulti itu sendiri yang memainkan peranan bagi menggerakkan tindakan perubahan ke atas emosi kliennya. Konsulti berperanan aktif dengan melakukan pelbagai tindakan yang mempunyai unsur-unsur bagi mengubah emosi dan perlakuan klien.

3.Terangkan gaya kepimpinan untuk buat perubahan.

Kepimpinan ini berkonsepkan kepada perubahan iaitu membuat sesuatu perubahan ke arah yang lebih baik dan positif.Kepimpinan perubahan ini mengandungi sifat-sifat karismatik, keupayaan membangkitkan inspirasi, kebolehan merangsang intelektual dan bersifat bertimbang rasa secara individu.

1. Karismatik
Sifat karismatik merupakan salah satu sifat yang terpenting dalam Kepimpinan perubahan. Menurut Bass dan Avolio ( 1997 ), karismatik adalah gabungan ciri-ciri unggul pemimpin dan tingkah laku unggul pemimpin. Sifat-sifat karismatik ini antaranya adalah sanggup berkorban demi organisasi, mempamerkan keyakinan dan kewibawaan, berpegang kuat kepada nilai-nilai organisasi dan menekankan kepada pentingnya mempunyai misi bersama.

Mereka sensitif kepada keperluan orang bawahan, menjelaskan arah masa depan organisasi yang hendak dicapai, berkongsi idea dengan subordinat, memberi inspirasi, sedia menanggung risiko, sentiasa mengorbankan kepentingan peribadi demi kepentingan organisasi dan sentiasa diamati sebagai pemimpin berinovasi.

2. Keupayaan Mencetus Inspirasi
Kepimpinan perubahan akan mencetuskan ilham subordinat dengan memberi motivasi dan menjelaskan matlamat yang hendak dicapai dengan gaya yang meyakinkan. Ini akan menimbulkan rasa ingin berusaha dengan lebih gigih demi mencapai visi yang ditetapkan. Pemimpin ini juga suka menolong subordinat yang kesusahan. Ini akan menimbulkan rasa kagum dam menjadikan subordinat lebih bersemangat untuk bekerja. Beliau juga sering memupuk perasaan bangga dengan organisasi sendiri.

3. Merangsang Intelektual
Kepimpinan perubahan akan menggunakan perbincangan dua hala bagi menjana minda subordinat bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Cara ini dipercayai memberi kesan yang besar dan boleh membangkitkan motivasi subordinat. Beliau juga akan menekankan tentang kepentingan kerja berpasukan bagi mencapai sesuatu matlamat.

4. Timbang Rasa Secara Individu
Apa yang dimaksudkan di sini ialah Kepimpinan perubahan akan memberi perhatian secara individu dengan menekankan kepada punca keperluan dan memahami kebolehan subordinatnya bagi memberikan kepuasan kepada mereka. Beliau bertindak sebagai mentor dalam usaha membina keyakinan subordinatnya.

Selain empat sifat yang dinyatakan di atas, Kepimpinan perubahan juga dikatakan selalu berusaha bagi mengurangkan kekangan yang wujud dalam organisasinya. Beliau juga suka menurunkan kuasa kepada subordinat di samping mempertingkatkan keperluan serta kebolehan subordinatnya. Ini akan melahirkan subordinat yang lebih bertanggungjawab dan menghasilkan matlamat organisasi ke peringkat maksimum.

4.Kawalan Kualiti Menyeluruh (TQM) boleh membantu perubahan di sekolah. Jelaskan
( x jumpa )

Saturday, February 6, 2010

ICT DALAM PENDIDIKAN

Peranan Pemimpin Sekolah

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan.
Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan.
Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.

Peranan guru

Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu. Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

Sokongan Daripada Pihak Luar

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.

Kesimpulan

Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.