Saturday, January 17, 2015

Chewitek - istilah sosiologi

Chewitek
( Istilah Sosiologi ) - oleh Mahali Mahat ( 2015 )

Chewitek ialah istilah sosiologi yang membawa maksud reaksi kerana  menggunakan teknologi terkini atau yang belum pernah digunakan. Chewitek disebut dalam tiga sukukata iaitu “che”, “wi” dan “tek”. Chewitek bersifat sementara. Kegahirahan atau keadaan kebaharu-baharuan mendapat dan menerima faedah daripada teknologi yang dianggap baharu oleh mereka. Chewitek boleh mewujudkan rencatan budaya yang akhirnya boleh mengubah cara hidup, sistem nilai dan persepsi komuniti.
Chewitek berasal dari dua perkataan iaitu chewi dan teknologi. “Chewi” iaitu perkataan daripada golongan kata Kedah Pesisir. Penutur jatinya meluas di daerah Baling, Kedah Darulaman, Malaysia. Mereka menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan seseorang yang menunjukkan tingkahlaku diluar kebiasaan, reaksi kepada menggunakan/mendapatkan sesuatu yang baharu. Tingkahlaku ganjil ini sering menjadi bahan ejekan kepada mereka yang melakukannya. Seorang kanak-kanak yang mendapat sepasang kasut baharu begitu berminat dan gembira lantas mengaksikannya dan menunjuk-nunjuk demi mendapatkan perhatian atau tindakbalas orang lain. “tek” pula bertunjangkan perkataan teknologi yang dipendekkan menjadi “tek” sahaja. Teknologi membawa takrifan yang pertama iaitu pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Perubahan semasa yang memperlihatkan teknologi baharu dalam kehidupan seharian manusia telah menjadikan istilah ini diketengahkan dalam bidang sosiologi. Ledakan teknologi terbaharu kerap memaksa manusia membuat penyesuaian dalam hidup seharian. Teknologi internet, teknologi nano, teknologi komunikasi, teknologi perubatan, teknologi angkasalepas adalah sebahagian daripada teknologi terbaharu yang memaksa manusia menunjukkan reaksi chewitek.
Chewitek dikalangan individu yang hidup berkomuniti terserlah dengan meluas dalam dua penggunaan iaitu telefon pintar dan aplikasi komputer. Chewitek memberanikan manusia keluar daripada amalan tradisi dan mewujudkan reaksi sepontan. Chewitek perlu dikawal untuk tidak dianggap melanggar tatasusila masyarakat. Chewitek telah memberi kesan kepada penguatkuasaan peraturan mesyuarat, perhimpunan, undang-undang sekolah, keberadaan di dalam masjid, hospital hatta hingga kepada memandu kenderaan. Chewitek melampaui batas umur, status, agama dan budaya. Reaksi ini berlaku dalam banyak situasi mengisi dan meneruji cara hidup manusia. Perhatikan reaksi-reaksi ini dalam kehidupan anak-anak muda genarasi kampung dan bandar.  

Sikap kebaharu-baharuan dalam chewitek memperlihatkan kewujudan manusia yang selalu berhubung ini berubah, dinamik dan perlukan kawalan. 

No comments: