Saturday, June 20, 2015

SEJARAH



Rasulullah S.A.W bersabda: “Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, maka kamu akan mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya"

Matapelajaran sejarah sekolah rendah 2014
Pengenalan
Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.
Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.
''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.
''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini." – Utusan 24.10.2010.
Definisi Sejarah.
Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber daripada perkataan Arab yaitu Syajaratun yang berarti Pohon. Dari sisi lain, istilah history merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories yang memberikan arti atau bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd. Yusof Ibrahim, 1986.)

Menurut “Bapak Sejarah” Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.(R. Suntralingam, 1985)

Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahwa Sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit.

Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga berpendapat bahwa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berterjadi. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lalu manusia dan seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah.

Sejarah dalam artian lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih yang berguna bagi manusia dalam memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang dan yang akan datang menjadi lebih cerah. Dengan demikian akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakat karena telah mempelajari Sejarah, hal ini dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah bisa dilihat dari tiga dimensi yaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan apakah ia benar atau tidak. (R. G. Collingwood,1966).

Konsep Sejarah.

Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta.  Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.   Patriotisme ialah  "the more or less concious convictionof the person that his own welfare and of that signifikant group he belongs to are depended uponthe preservationn of the power and culture of his society." (Doob, 1964). Secara ringkasnya semangat patriotisme berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara. Setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, seluruh rakyat dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.
            Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara kita mendukung semangat patriotisme. Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran:1994) telah menetapkan garis panduan agar nilai-nilai patriotime perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah perlu menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah penggabungjalinan. Begitu juga semasa aktiviti ko kurikulum. Di peringkat sekolah menengah pula, penerapan nilai-nilai patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi ,Pendidikan Islam dan lain-lain. Walaupun demikian, didapati bahawa tahap penghayatan generasi muda akan semangat patriotisme agak rendah malah amat mendukacitakan.
            Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa sekaligus kecintaan yang mendalam kepada negara semakin dilupakan. Negara pernah menyaksikan detik pahit apabila golongan tertentu di negara kita yang pernah menjual maruah Malaysia di persada antarabangsa dengan insiden seperti membakar Jalur Gemilang dan pengubahsuaian lirik lagu ’Negaraku suatu ketika dahulu. Malahan pernah terpapar di dada- dada akhbar tentang perilaku anak-anak Malaysia yang berada di luar negara tergamak melempar kata-kata berupa nista yang memburukkan nama negara. Alpanya mereka bertutur sesuatu yang menjejaskan imej dan nama negara ibarat “mengumpat” ibunda mereka sendiri, tanah tumpah darah mereka yang banyak berjasa pada mereka. Generasi muda ini  tidak mengenang jasa ibu pertiwi, seumpama kacang lupakan kulit.  Ini membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan generasi muda kini. Generasi muda hari ini seolah telah lupa untuk memelihara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik dan kaum seperti yang diwarisi di Malaysia.
            Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan sejarah silam tidak memiliki semangat patriotik. Maka kerajaan telah memutuskan untuk menekankan betapa pentingnya metodologi subjek sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini. Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak mengetahui  nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti Spiderman atau Superman yang lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan.
Peranan Sejarah Dalam Pendidikan 
             Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha sebegini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama sejarah memberi kita peluang menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.
            Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam. Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
            Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama generasi muda.
             Ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah yang menggunakan konsep ‘pendidikan itu menyeronokkan’ membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama bagi mengelakkan murid sekolah rendah bosan ketika menghadapi pelajaran serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran di sekolah.
            Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah murid-murid sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar. Ini sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula dari peringkat umur rendah.
            Pelbagai unsur patriotisme beleh diselitkan dalam sukatan Sejarah agar melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar.
            Antara peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai pemangkin kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum.  Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat.  Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk terus memupuk semangat perpaduan. Negara pernah menyaksikan detik apabila perpaduan antara kaum telah dicemari oleh insiden 13 Mei 1969. Oleh yang demikian, sebagai generasi yang akan meneruskan legasi agenda perpaduan untuk generasi akan datang maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan teruskan mengekalkan bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.
            Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Sukatan  Sejarah yang cukup komprehensif izharnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana “sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai ibunya”. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
            Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.  Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.  Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.  Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama.  Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius.  Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.  Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.
            Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca tentang masalah perkauman dan perebutan kuasa yang berlaku  antara pembesar-pembesar  pada zaman Kesultanan Melayu Melaka  telah membuka pintu kepada penjejahan imperialis-imperialis Barat selama 446 tahun. Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan mereka hidup merana. Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak menginginkan peristiwa pahit tersebut berulang . Mereka akan berdiri, berfikir dan bertindak sebagai  bangsa Malaysia dan bukannya mengikut etnik masing-masing.
            Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitu besar harapan bangsa pada generasi muda hari ini. Maka adalah penting bagi mereka mempelajari nilai-nilai patriotisme kerana mereka masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme  mengajar remaja mendisiplinkan diri. Generasi  berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi pembangunan kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam Saifuddin:2002).  Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia maka kita tidak mudah  dipengaruhi  oleh unsur-unsur asing yang mempamerkan budaya dan acuan  lain luar dari ciri-ciri Malaysia.
            Rata-rata generasi muda hari ini memiliki kehidupan yang serba senang dan mudah di kalangan generasi muda masa kini adalah satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme di kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan dan mengalpakan generasi muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Era globalisasi dan liberasi melihatkan ledakan maklumat melalui kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Apabila remaja selesa menikmati kehidupan sebegini semangat patriotisme jelas akan menipis.
            Seterusnya Sejarah juga mengajar kita agar mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.  Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.  Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini.  Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.  Remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.  Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat patriotiknya.  Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.  Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.
            Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini.. Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara. Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit Kepong. Para anggota polis telah bersusah payah untuk menentang pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar kepada tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi.
             Pembelajaran Sejarah bukan setakat kita memperoleh ilmu tentang sejarah negara kita, malah berupaya memberi ikhtibar dan pengajaran kepada kita agar menjadikan sejarah lampau yang melanda negara tidak berulang kembali. Saya masih ingat kata-kata dari guru Sejarah saya yang menyatakan ‘Sejarah ini ibarat roda’, ia sentiasa berputar. Peristiwa yang lampau boleh berulang kembali. Jika kita mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang ‘sejarah’ yang telah berlaku, setentunya kita berupaya mengubah ‘sejarah’ yang bakal berlaku. Pengertian ini  bertunjangkan hasrat  untuk mencapai status negara maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. Negara yang bersatu padu hanya dapat dicapai dengan mempunyai rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
            Mata pelajaran Sejarah juga membolehkan kita mengetahui kebudayaan dan falsafah hidup rakyat majmuk. Kita mengetahui asal usul pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga sedar bahawa pembangunan Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum utama. Dengan itu persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara kaum dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara kaum dapat dielakkan. Semua sikap positif ini haruslah dimiliki oleh setiap rakyat sekiranya gagasan Satu Malaysia mencapai matlamatnya.
            Umum mengetahui bahawa subjek sejarah  membolehkan kita  membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa, memahami sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri yang tinggi, membentuk keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.
            Namun tidak dinafikan juga subjek sejarah juga mengingatkan kita agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa depan dengan penuh keyakinan, berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua bidang malah menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan.
            Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang kerelevanan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah khususnya di peringkat sekolah terutama sekolah rendah.
            Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah sebagai usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal bertujuan melahirkan generasi baharu yang mampu menilai dan menghayati sejarah.  Kandungan kurikulum yang dirangka bagi sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas seharusnya memupuk perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Fokus juga diberikan kepada pemahaman menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Dasar mewajibkan pelajar sekolah memepelajari subjek sejarah  adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani  dan intelek pelajar secara seimbang.
            Walaupun demikian perlu diingat generasi muda bukan hanya mempelajari semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah yang di ajar secara fomal mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak mahu mereka hanya membaca dan menghafal untuk lulus peperiksaan semata-mata yang akhirnya lupa dengan segera apa yang dihafal. Selain mewajibkan kelulusan subjek Sejarah di peringkat peperiksaan sekolah, ia juga perlu dipastikan agar dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh anak-anak kita. Pembacaan sahaja tidak membuktikan individu tersebut kenal sejarah. Pendidikan secara tidak formal perlu dijalankan sepanjang masa tanpa henti.
            Antaranya peranan ibu bapa .Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke tempat bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A' Famosa di Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kejatuhan kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A' Famosa.Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara.  Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku,DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme.
            Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan sebagainya.Jelaslah,pihak sekolah turut sama berperanan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.
            Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.Dengan perkataan lain,televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.  Stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
            Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan semangat patriotik Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada tahun 1974, dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme secara berterusan  kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.
            Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah semata –mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati, mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku. Kita perlu melahirkan  generasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif untuk meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi muda akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat menghayati apatah lagi mendukung semangat  gagasan 1Malaysia dan pentingnya perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan jati diri yang dipelajari melalui ilmu sejarah.
Rujukan:
Carr E.H., What Is History. Pelicon Book. London. 1965.
Collingwood R.G. The Ideo Of History. Oxford University Press. 1966.
Dr. Abdul Murat Mat Jan. Nota Kuliah. Pengantar Sejarah.
Dr. Tengku Iskandar. Kamus Dewan Edisi Kedua. 1984. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drs. Sidi Gazalba. 1966. Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta.
Dunia Sukan. Utusan Melayu (Malaysia). Sdn. Bhd. 1987.
Herbert Butter Field. 1981. The Rise of Classical Historiography.
Muhd. Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah.   Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997.
Muhd.Yusof Ibrahim. Pengertian Sejarah: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1986.
Shafer R.G Jones. A Guide To Historical Method. Illineis
R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. Merican  &Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1985.


Kaedah Pengajaran Sejarah Sekolah Rendah
1.0 Pengenalan
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa.
          Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.
           Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan.
         Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan kaedah hubungan dua hala (Child Centered ), melalui kaedah ini guru dan murid saling berinteraksi di antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pembelajaran sejarah.Melalui pendekatan ini, pelajar tidak setakat mendengar penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan,penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lagi.
        Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun pemudah cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan pelajar.Manakala, guru yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola pelajar ialah guru yang menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian pengajarannya.Pendekatan induktif melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus ke umum dan kemudiannya kesimpulan yang menyeluruh dan umum. Misalnya, teknik TOCFE(Theory of Constraints For Education) yang mana guru menggunakan aktiviti bercerita untuk mendedahkan pemahaman dan konflik serta cara watak untuk membuat keputusan.Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.




2.0 Kaedah Pengajaran Sejarah Yang Sesuai.
2.1 Kaedah  Perbincangan
Perbincangan merupakan suatu kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perbualan antara pelajar dengan guru dalam bilik darjah.Mak Soon Seng (1993)
Pelajar bebas mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk
Bertujuan untuk melatih pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas dalam jangka waktu yang ditetapkan. Melibatkan semua pelajar dalam kelas.Biasanya diketuai oleh guru.
        Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran pembelajaran bilik darjah, terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan serta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu kontroversial. Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar serta pendekatan induktif.

        Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional dalam kelas tidak begitu berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini adalah lebih ketara  jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya menguasai suasana perbincangan. Selain daripada itu, perbincangan yang dilakukan secara bebas adalah sukar untuk dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan peranan yang lebih utama daripada yang sepatutnya. Lantaran itu, suatu teknik perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi yang menyeluruh dalam kelas

mengapakah subjek sejarah kurang diminati?
PENGENALAN
Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire yang bermaksud menyiasat dan menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang diperolehi. Istilah ini lebih awal digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan kepada istilah historia yang bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan masa lalu. Pembelajaran sejarah berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain kerana ia bukan sekadar berperanan sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi membina akhlak dan jiwa daripada pengalaman generasi sebelumnya. Kita haruslah memahami bahawa penekanan terhadap ilmu pengetahuan semata-mata belumlah cukup kerana ia dilihat masih belum dapat menjadikan seseorang itu mempunyai accountability terhadap diri, agama dan negara. Oleh kerana itulah kurikulum sejarah di Malaysia menekankan kepada pemupukan nilai-nlai murni dalam diri pelajar sebagai salah satu fokus utamanya. Hal ini dijelaskan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah berdasarkan kenyataannya seperti berikut:

“Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasi negara, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah perlu menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid di samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik.”

Walaupun pembelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pemupukan minda, akhlak dan jiwa manusia, namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang waktu sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa “sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu.” Mata pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda yang buta sejarah, yang gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang wujud dalam kehidupan mereka.

FAKTOR-FAKTOR MATA PELAJARAN SEJARAH TIDAK DIMINATI
Terdapat berbagai-bagai faktor yang menyebabkan munculnya keadaan yang menyedihkan terhadap mata pelajaran sejarah ini. Salah satu di antaranya ialah kecenderungan tumpah tindih dalam kurikulum sejarah. Kurikulum sejarah berada ditakuk lama iaitu lebih menyajikan rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia masa lampau yang kebanyakannya bersifat abstrak. Hal ini menyebabkan pembelajaran sejarah di dalam kelas tidak lebih daripada aktiviti hafal-menghafal atau terbatas kepada pengembangan ingatan sahaja. Fenomena ini juga telah disuarakan sendiri oleh Prof. Khoo Khay Kim. Beliau menyifatkan pembelajaran sekadar menghafal dan meluahkannya kembali di dalam peperiksaan sebagai “burung kakak tua.”

Faktor seterusnya pula melibatkan kaedah pengajaran guru sejarah. Menjadi kelaziman di kalangan guru kini, mata pelajaran sejarah diajarkan dengan satu kaedah sama ada “ceramah” atau “ceramah bervariasi”. Tumpuan pembelajaran lebih berfokuskan kepada hasil iaitu pelajar dan mahasiswa sebagai objek dan produk semata-mata. Proses pembelajaran dilupakan. sebenarnya proses inilah yang menentukan hasil atau produk yang akan dikeluarkan.

Dyah Kulamasari (2005:12) menyimpulkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat komponen yang saling berkait dan menjadi penyebab munculnya masalah dalam pembelajaran sejarah. Pertama, tenaga pengajar sejarah yang kebanyakannya miskin wawasan kesejarahan yang berpunca daripada sifat malas untuk menggali dan mengkaji sumber-sumber sejarah. Hal ini menyebabkan mereka tidak mampu merangsang dan mengembangkan daya imaginasi pelajar untuk menimbulkan rasa ingin tahu tentang mata pelajaran sejarah. Kredibiliti guru sejarah yang rendah ini pastinya akan menghalang objektif pengajaran sejarah daripada tercapai.

Komponen kedua pula ialah kerana penggunaan buku-buku sejarah dan media pembelajaran sejarah yang masih terbatas. Salah satu punca yang menyumbang kepada fenomena tersebut ialah kerana kebanyakan pengajaran guru terlampau terikat kepada buku teks. Malahan nota-nota yang diberi juga disalin seratus peratus daripada buku teks. Media pembelajaran yang diguna pula tetap sama iaitu dengan cara guru membaca buku teks di hadapan kelas. Walaupun penggunaan buku teks mempunyai beberapa kelebihan seperti mempunyai ringkasan dan rumusan sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu topik, memudahkan pelajar memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan dan menyediakan sumber maklumat yang seragam. Walau bagaimanapun, pergantungan yang sepenuhnya kepada buku teks menyebabkan maklumat dan pengalaman pembelajaran yang ingin diterapkan kepada pelajar-pelajar menjadi terbatas dan kaku. Selain itu, ia juga menyumbang kepada beberapa masalah yang lain. Antara masalah tersebut ialah kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka. Bagi mengatasi kekurangan dan masalah tersebut, maka guru sejarah perlu bijak menggunakan media-media dan sumber-sumber sejarah dalam proses P&P tanpa mengetepikan penggunaan buku teks itu sendiri.

Komponen seterusnya berkait dengan diri pelajar itu sendiri yang kebanyakannya kurang berminat terhadap pembelajaran sejarah. Deliman menyatakan bahwa penyebab rendahnya minat belajar terhadap pembelajaran sejarah adalah kerana “bahan yang disajikan tidak lebih daripada kisah dari rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia di masa lampau, yang bagi siswa sifatnya abstrak.” Anhar Gonggong pula dengan kenyataannya bahawa “sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu.” Perlulah difahami sesungguhnya minat mempunyai pengaruh yang besar terhadap aktiviti belajar. Hal ini kerana proses belajar akan berjalan lancar apabila disertai minat. Oleh sebab itu, guru memiliki tanggungjawab akademik dan moral untuk mencitrakan mata pelajaran yang dibinanya menjadi menarik dan diminati siswa.

Komponen terakhir pula ialah kerana kaedah pembelajaran sejarah pada umumnya kurang membentuk daya intelektual pelajar. Kebanyakan guru pada masa kini lebih mementingkan ingatan terhadap tarikh dan fakta serta membuat rumusan tanpa melatih pelajar berfikir melalui taakulan sejarah. Guru haruslah memahami bahawa sejarah sebenarnya berperanan membentuk daya intelektual pelajar yang mampu membezakan antara kebenaran, bias, muslihat dan pandangan yang sempit dengan pendapat yang matang. Soedjatmoko sudah mengajak para pendidik sejarah agar “buanglah cara-cara mengajarkan sejarah yang mengutamakan fakta sejarah. Jika studi sejarah terbatas pada pengetahuan fakta, maka ia akan mematikan segala minat terhadap sejarah.” Pandangan ini sangat penting diimplementasikan dalam pengajaran sejarah agar tidak terjadi seperti yang dikhuatirkan oleh Winarno Surachmad yakni “siswa tidak berhasil tiba pada taraf kemampuan untuk melihat dan berpikir secara historis, tetapi pengetahuan sejarah mereka berhenti pada dan terbelenggu oleh sekumpulan data, fakta, dan nama-nama orang.”

CARA MENGATASI (PERANAN GURU)
Masalah kredibiliti guru sejarah yang rendah dalam komponen masalah yang pertama boleh diatasi ketika temuduga kerja. Hal ini kerana kurangnya kredibiliti tersebut berkemungkinan berpunca daripada kurangnya ilmu dan minat dalam diri guru tersebut. Oleh yang demikian, pemilihan guru-guru untuk mengajar subjek sejarah ini perlulah daripada kalangan mereka yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sejarah dan pilihan keduanya ialah sains sosial. Guru-guru sejarah yang dilantik perlulah memiliki intelektual yang luas dan latihan yang baik dalam mata pelajaran sejarah, mempunyai suka dan minat serta menunjukkan sikap yang baik terhadap pelajar. Selain itu, perlu juga diadakan kursus-kursus latihan profesional supaya guru-guru sejarah dapat dilatih dan disedarkan tentang tugas dan peranan mereka yang sebenarnya. Guru haruslah disedarkan bahawa mereka bukan hanya bertugas dan berperanan menyampaikan fakta-fakta sejarah sahaja tetapi mereka juga adalah ahli sejarah, perancang, penyusun persekitaran pembelajaran dan juga sebagai ahli profesional.

Dari segi pengajaran, guru sejarah yang baik haruslah menunjukkan kebolehan seperti dapat menentukan objektif-objektif pengajarannya dengan jelas, mengajar perkara yang sudah diketahui kepada belum diketahui dan menggalakkan pembelajaran melalui aktiviti P&P. Selain itu, corak penyampaian guru juga mestilah ringkas, mudah difahami, dan mengikut peringkat-peringkat logik. Di samping itu juga, guru juga harus mementingkan rasa kejayaan atau pencapaian, memberi maklum balas, memberi latihan pengukuhan, dan sentiasa memberi dorongan serta galakan.

Laurence J. Peter menegaskan bahawa bakal-bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru-guru yang baik dan mereka seharusnya perlu mempunyai sikap yang positif terhadap pelajar-pelajarnya. Hal ini bagi mewujudkan suasana belajar yang ceria. Selain itu, guru sejarah juga haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, memasukkan unsur humor dalam pengajaran, menjadi seorang yang dipercayai oleh pelajar di samping mempunyai semangat kesungguhan dalam melakukan tugasan. Dalam pada itu, guru sejarah yang baik juga perlu memiliki personaliti yang baik dan minat dalam memaju dan mengembangkan diri.

Bentuk pengajaran dengan menggunakan buku teks semata-mata boleh diatasi dengan cara guru menggunakan sumber-sumber sejarah seperti dokumen (akhbar, majalah, berbagai jenis surat, laporan buku catatan dan lain-lain), rekod-rekod (sumber-sumber kesusasteraan sejarah dan biografi) serta tinggalan-tinggalan berunsurkan sejarah. Selain itu, guru juga perlu menggabungkan media dengan bahan-bahan pengajarannya. Hal yang demikikan kerana penggunaan media mampu menjadikn proses P&P sejarah lebih teratur dan berkesan. Antara kebaikan penggunaan media ialah ia menyumbang kepada peningkatan minat pelajar, dapat menggalakkan pembacaan sendiri dan penyelidikan dalam kalangan pelajar serta mampu meningkatkan pengekalan pembelajaran. Jenis-jenis media atau alat yang sesuaikan digunakan dalam P&P sejarah ialah alat pandang, alat pandang dengar, alat dengar,jadual, peta dan glob serta alat bergambar dan grafik.

Masalah sikap kurang positif terhadap mata pelajaran sejarah dan kaedah pengajaran yang terlalu menumpukan kepada penghafalan fakta semata-mata boleh diatasi sekiranya guru-guru lebih kreatif dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam sesi pengajarannya. Kaedah pengajaran sejarah yang dipilh mestilah tidak hanya berhenti pada tingkat fakta, tetapi harus sampai kepada penganalisisan. Bagi mencapai tujuan ini, penambahbaikan terhadap kaedah pembelajaran sejarah haruslah dilakukan. Gde Widja menyatakan bahawa “apabila kita ingin memperbaiki citra yang suram dalam pelajaran sejarah, perlu antara lain usaha-usaha pembaikan cara-cara mengajar guru sejarah.” Pandangan Gde Widja tersebut disokong oleh Sanusi dengan kenyataannya bahwa “agar sejarah dapat berfungsi, kaedah mengajarkan sejarah di sekolah-sekolah harus dibenihi.” Pembenihan terhadap kaedah pembelajaran sejarah tidak sekadar menjadi pemicu minat belajar, tetapi juga sebagai salah satu “instrumen yang berperanan dalam memproses anak didik untuk memperoleh hasil belajar yang baik.” Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah permainan poker sejarah, kaedah bercerita, lakonan, inkuiri, penyoalan, perbincangan dan kaedah projek-projek sejarah seperti lawatan dan pameran sejarah. Kaedah-kaedah ini pastinya mampu menarik minat pelajar dan mencabar daya pemikiran mereka untuk terus menganalisis, mengkaji dan mendalami ilmu sejarah.

KAEDAH DAN STRATEGI YANG YANG BOLEH DIAPLIKASKAN DALAM PENGAJARAN SEJARAH
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.

Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan dengan pelajaran tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Berdasarkan definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah sama dengan proses P&P sejarah.

Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah perbincangan, kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan, kaedah simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji dokumen, kaedah tutorial, kaedah tunjuk cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun begitu, kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dengan hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin akan kaedah yang digunakan.

Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ‘hidup’ dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail dalam artikel mereka theory of constraints for education menyatakan bahawa penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dengan berkesan, membuat keputusan secara bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran generik. Contoh yang boleh kita ambil menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan sejarah adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita (pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan), kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian), dan kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah, terdapat beberapa teknik atau aktiviti TOC yang boleh diaplikasikan iaitu, teknik awan (the cloud ), teknik sebab dan akibat ( logic branch ), teknik penyelesaian masalah (problem solving ). Teknik awan adalah satu teknik yang mengkehendak pelajar memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak. Dalam usaha menyelesaikan konflik, hanya satu kehendak sahaja yang dicapai atau diperolehi. Penyelesaian ‘win-win’ diberikan oleh pelajar berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik agar kedua-dua keperluan yang menjurus kepada matlamat bersama boleh dicapai.

Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan, mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks, menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa, mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan “higher-order thinking”.

Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan.

Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai teknik-teknik yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif. Contohnya dalam menggunakan pendekatan penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian masalah secara formal kepada mengenalpasti masalah dalam pantun teka-teki (lihat lampiran). Para pelajar perlu menyelesaikan masalah teka-teki tersebut. Seterusnya guru akan membimbing pelajar mendalami persoalan teka teki tersebut dan mengadakan sesi perbincangan. Dengan itu, para pelajar akan lebih faham dan berminat dengan pelajaran mereka. Dalam pada itu, pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknik permainan poker dalam proses pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk kumpulan kecil seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). pelajar akan mencabut set kad yang mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh pelajar manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad soalan dengan kad-kad jawapan, pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas jawapan tersebut. Setelah itu, semua laporan diselesaikan, atau setelah masa yang diperuntukkan telah tamat, setiap pelajar hendaklah berkongsi laporan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain. Laporan yang dikongsi akan dilanjutkan dengan penambahbaikkan oleh pelajar-pelajar disertai dengan pendapat dan bukti dengan dibantu oleh guru. Selepas itu pelajar membuat kesimpulan setelah mendapat penjelasan daripada guru. Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam proses P&P, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru itu sendiri dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan beberapa faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kalangan guru-guru bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan kesesuaian kaedah dalam bilik darjah.

ALAT BANTUAN MENGAJAR
Alat bantuan mengajar (ABM) merupakan satu lagi faktor penting yang perlu diambil kira dalam ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Charles B. Klasek menjelaskan bahawa pengajaran yang bersistematik adalah guru yang dapat menggabungkan penggunaan media dan bahan-bahan pengajarannya. Wilkinson dalam strategi pengajaran sejarah KBSM, menyenaraikan sembilan sumbangan media pendidikan kepada proses pembelajaran. Penggunaan alat bantuan mengajar menurut William dapat memberikan latar belakang pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dalam membantu aktiviti pembelajaran dan memahami konsep-konsep sesuatu subjek. Selain itu, penggunaan ABM juga dapat menggalakkan minat pelajar, dapat mendalam serta memberi makna kepada pembelajaran, dapat memberi pengalaman-pemgalaman yang bermakna di samping dapat mengembangkan kemahiran komunikasi pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengekalan pembelajaran, dapat menggalakkan pembacaan dan penyelidikan dalam kalangan pelajar dan juga dapat memberi kesan ekonomi masa dalam pembelajaran. Para pelajar yang kurang pandai juga dapat dibantu dan meningkatkan kefahaman mereka melalui pengginaan alat ini.

Terdapat beberapa jenis alat bantuan mengajar yang boleh digunakan dalam proses P&P. Antaranya bahan bergambar dan grafik seperti penggunaan fotograf, carta-carta, poster, poskad dan glob, alat pandang tayang seperti transparensi, slaid, dan filem jalur, alat dengar seperti radio dan pita rakaman dan alat pandang dengar seperti televisyen dan filem. Selain itu, bahan-bahan sumber sejarah seperti artifak, dokumen sejarah dan tinggalan arkeologi turut sesuai digunakan semasa pengajaran.

Walaupun terdapat banyak alat bantuan mengajar yang boleh digunakan semasa mengajar, guru tidak seharusnya lupa akan perlunya memilih alat-alat yang sesuai dengan setiap topik yang diajar. Alat yang dipilih mestilah menepati dengan objektif pelajaran. Perkara ini penting dalam mencapai tujuan khusus. Contohnya guru boleh menggunakan gambar dan tayangan bagi menambah kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar. Selain itu, guru juga perlu menentukan kesesuaian alat yang dipilih dan mengkaji dahulu minat pelajar dalam sesuatu bilik darjah. Hal ini demikian bertujuan menarik perhatian pelajar dan menjadikan sesuatu sesi P&P itu seronok dan pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Dalam pada itu, guru juga perlu melihat tahap kebolehan pelajar. Perkara ini penting untuk menentukan kesesuaian bahan yang dipilih dengan tahap pemikiran pelajar. Contohnya dalam mengajar pelajar yang pandai, guru hanya boleh menggunakan ABM yang ringkas sahaja seperti penggunaan slaid dan jadual. Selain itu juga, guru perlu peka dengan faktor masa dan gerak kerja susulan. Penggunaan alat haruslah disesuaikan dengan masa mengajar. Guru juga perlu menjadi lebih kreatif dengan melibatkan aktiviti lain dengan hanya menggunakan satu ABM. Hal ini demikian penting dalam membantu guru menjimatkan kos dan masa untuk menyiapkan sesuatu ABM itu.

KESIMPULAN
Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa sejarah itu seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar. Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru sejarah itu sendiri merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut.




Hasil tugasan saya dengan rakan Muhd Nor Shamsul Bahari Bin Sikandar
LSP 1053: KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
UPSI 07

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distribution Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000. Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1989). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahonen, S. (2001). Politik of Identity through history curriculum: narratives of the past
for social exclusion-or inclusion? Dalam Journal of Curriculum Studies, 33(2),
179-194.

Anhar Gonggong. Suara Merdeka, 23 Jun 2005.

Ariffin Ba,ada (1991). Penerapan nilai-nilai merentas kurikulum – ke arah melahirkan
generasi yang harmonis dalam jurnal pendidikan, 35(75), 41-48.

Deliman, A. (2005). Perspektif Materi Pendidikan Sejarah Yang Ideal, Socio, Vol. I, Nomor 1, Yogyakarta: HISPISI dan FIS UNY.

Dyah Kumalasari (2005). Sejarah dan Problematika pendidikan dalam Historia Edisi Pertama 7-22.
Gde Widja (1990). Dasar-dasar Pengembangan Strategi Serta Metode Pengajaran Sejarah Edisi Pertama. Jakarta: Depdikbud.

Idrus A. Rore. Metode Poker Suatu Alternatif Pengembangan Daya Tarik Pelajaran Sejarah. Diperoleh pada Februari 3, 2008 daripada http://www.geocities.com/
konferensinasionalsejarah/idrus_a_rore_s_pd.pdf.

Jamizal Zainol (2008). Slogan membantutkan pemikiran. Diperoleh pada Februari 11, 2008 daripada http://Jamizalzainol.wordpress.com/2008/01/07/slogan
membantutkan-pemikiran/.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Khaw Poh Seng, 2001. Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi TOC;Satu Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah,
Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Md. Nasir B. Masran. Membina Komuniti Pemikir Sejarah dalam Bilik Darjah. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shaharuddin Basri Ibrahim, Chan Lee Chiun dan Muslimin Fadzil (2004). Penggunaan buku teks secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah untuk murid berprestasi rendah di peringkat sekolah menengah. Diperoleh pada Februari 11, 2008 daripada myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/bs_sejarah/bs_kbsm_sej3.
Pdf.

Sirkka Ahonen (2001). The Past, History and Education dalam journal of Curriculum
Studies 33 (6), 737-751.


Soedjatmoko (1976). Kesadaran Sejarah dalam Pembangunan, Prisma, Edisi ketujuh. Jakarta: LP3ES.

Sanusi (1992). Fungsi Pengajaran Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta: Universitas Indonesia.

Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2000). Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Winarno Soerachmad (1978). Metodologi Pengajaran Nasional Edisi Pertama. Jakarta: Jenmars.

Website TOC for Educations di peroleh pada Mac 14 2008 :http://www.tocforeducation.com

Yoyok Susatyo dan Ady Soejoto, (2005). Efektivitas Hasil Belajar Mata Kuliah Pengantar Ilmu Ekonomi Program S1. Pendidikan Ekonomi Jurusan Ekonomi Melalui Pembelajaran Langsung dalam Jurnal Studi Sosial (JSS). Vol.1. No.1. 89-101.