Monday, June 15, 2009

NOTA PEP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN MELAYU BARU

NOTA PEP. PERKEMBANGAN PEMIKIRAN DUNIA MELAYU.
( 4 Soalan Essei, jawab semua soalan )
A.Huraikan harapan dalam 9 Cabaran 2020 dan nyatakan implikasi kegagalan memenuhi cabaran-cabaran ini.
( Pilih 3 daripada 9 cabaran )

Pendahuluan – Bagi menjadi Negara maju, masyarakat Malaysia mesti dimajukan dahulu dari semua aspek penting terutama perpaduan, jiwanya, politiknya, moral+keagamaanya, sifatnya, kematangan dan ekonominya. Masyarakat yg maju prasyarat memajukan Negara.

a.Membentuk sebuah Negara bangsa yg bersatupadu
Harapan
i. Mewujudkan integrasi kelompok etnik + wilayah
ii. Rakyat menikmati bersama suasana kehidupan yg sejahtera dan
persamaan hak serta keadilan.
iii.Apabila kesejahteraan dicapai, proses pembentukan satu bangsa
Malaysia yg taat setia dan sanggup mengabadikan diri terhadap
Negara bangsa tersebut boleh dipupuk
Kegagalan -. Rakyat berpecah+ kegagalan integrasi etnik akan
menyebabkan ketiadaan kesejahteraan. Rakyat tidak setia dan
semangat kekitaan gagal dipupuk. Contoh:Peristiwa Kosovo

b.Melahirkan sebuah masyarakat yg bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
Harapan
i. Wujudkan warga cukup tangkas utk hadapi segala halangan
ii. Wujudkan warga yg tidak terkongkong jiwanya,menyedari
segala kebolehan dirinya dan yakin serta berani mengejar
kecemerlangan
iii. Masyarakat sebegini akan dihormati oleh bangsa lain.
Kegagalan – masyarakat yg lemah, x bermotivasi, penakut, xjati diri akan sentiasa ketinggal+mundur, mereka x dihormati bangsa lain. Contoh:Dunia mula yakin kpd Malaysia utk kejohanan sukan taraf dunia

c.Membangunkan Masyarakat Demokrasi yg matang.
Harapan
i. Kemajuan juga diukur dari segi politik.
ii. Hak rakyat libatkan diri dlm pentadbiran+pemerintahan ng. adalah juga pengukur kemajuan.
iii.Utk.benar-benar maju masyarakat perlu jadi demokratis yg matang.
iv.Caranya dgn membina suatu bentuk demokrasi Malaysia yg unggul yg berasaskan muafakat dan musyawarah.
Kegagalan – Masyarakat yg x demokrasi matang iaitu tidak berasaskan muafakat+musyawarah +sentiasa bertelagah, menyebabkan politik x stabil hingga menyebabkan masyarakat x maju+tidak boleh dibangunkan.Contohnya: Peristiwa Pembunuhan Etnik di Angola.

d.Membentuk sebuah masyarakat yg kukuh moral+ etikanya+ utuh nilai keagamaanya .
Harapan
i. Negara bangsa yg bersatupadu perlukan budi pekerti yg luhur,nilai moral, etika dan keagamaan + kerohanian yg utuh.
ii. Nilai-nilai ini perlu ditanam secara berterusan tanpa mengira latar belakang budaya dan agama.
iii.Pembangunan yg seimbang ambi kira soal segi moral+etika masyarakatnya
Kegagalan – x mewujudkan masyarakat kukuh DALAMANNYA akan wujudkan masyarakat yg lemah, dayus, bersifat kebendaan, hilang rasa hormat menghormati. Mereka mudah dijual beli. Contoh Peristiwa Juru terbang Iraq “dibeli” oleh Amerika

e.Mewujudkan masyarakat yg matang+bersifat toleran.
Harapan
i. Dalam masyarakat berbilang bangsa sifat toleran merupakan
prasyarat utk kekalkan perpaduan di kalangan kelompok etnik.
ii. Hak bangsa Malaysia amal adat resam,kebudayaan serta
kepercayaan masing-masing perlu difahami dan dihormati.
iii.Rakyat mestidgn ikhlas + penuh toleran menerima+ melindungi
hak mereka yg bukan seagama+sebudaya dgn mengamalkan
kebudayaan serta kepercayaan masing-masing.
iv.Hal ini dapat menjamin dan mengekalkan perpaduan antara kaum
dlm jangka masa yang lama.
Kegagalan – masyarakat yg x bersikap toleran x akan menerima
+melindungi hak bangsa lain. Perpaduan tidak akan dapat
dikekalkan dan dijamin. Contoh Peristiwa Di Ambon. Islam vs
Kristian.

f.Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif.
Harapan
i. Negara maju mesti ambil kira pembangunan sains dan teknologi.
ii. Utk jadi Negara industry disegani rakyat perlu berdaya cipta dan
perpandangan jauh.
iii.Rakyat bukan sekadar menggunakan sains dan teknologi tetapi
sebagai penyumbang.
Kegagalan – masyarakat yg x saintifik adalah masyarakat yg lemah, kelemahan ini menyebabkan mereka x boleh maju.Contohnya:masyarakat di Bali,Indonesia

g.Mewujudkan masyarakat yg berbudi dan berbudaya penyayang.
Harapan
i. Utk jaga kebajikan masyarakat, komuniti dan masyarakat perlu
digerakkan.Masyarakt “ok”jadi prasyarat Negara maju.
ii. Tugas ini hak keluarga. Sistem sosial yg lebih pentingkan
masyarakat dp diri sendiri akan dapat bentuk masyarakat yg
berbudi dan penyayang.
Kegagalan – akan wujud banyak kepincangan dalam masyarakat. Kebajikan masyarakat terabai. Sistem kekeluargaan mengagalkan sisten sosial dan sistem sosial melahirkan masyarakat yg buta budi perkerti+lemah. Contoh:Masalah remaja-mat rempit, dadah,ibubapa x pandai jaga anak, peminta sedekah moden bertambah,pemimpin pun x pandai “urus” isteri di MALAYSIA. Jangan harap nak maju.

h.Menjamin pembentukan sesebuah masyarakat yg adil ekonominya
Harapan
i. Nak jadi Negara maju, rakyat x boleh miskin dan melarat.
ii. Pengagihan kekayaan secara adil+saksama dikalangan rakyat
perlu diteruskan dgn wujudkan satu mekanisme yg berkesan.
Kegagalan – akan wujud jurang kemiskinan yg ketara yang akhirnya ke arah perpecahan dan tidak berpadu.Contoh Peristiwa 13 Mei 69

i.Mewujudkan masyarakat yg makmur.
Harapan
i. Utk jadi negera maju, Malaysia perlu ada ekonomi bersifat dinamis, tangkas dan daya tahan utk bersaing dgn Negara-negara lain.
ii. Utk capai ekonomi Negara berciri begini, rakyat perlu komitmen dan berkorban. Utk korban, rakyat mesti makmur.
Kegagalan – kalau rakyat x makmur, duit x ada, xdapat bantu ekonomi Negara, jadi Malaysia x maju. Contoh: Negara Sudan, rakyat miskin, kuasa beli rendah, x maju.

2.Jelaskan 5 peranan pendidikan dalam menjayakan Wawasan 2020

a.Membentuk+ melahirkan genarasi yg mempunyai niali-nilai rohani, bermoral tinggi + perasaan bertanggungjawab.
-melalui KBSR+KBSM 1982+1989 berteraskan Falsafah Pendidikan Negara ke arah wujudkan insane seimbang dari JERIS

b.Membentuk masyarakat penyayang.
-melalui mata pelajaran KBSR menekan 16 nilai-nilai murni

c.Membentuk masyarakat yg berilmu pengetahuan danberkemahiran dlm kehidupan.
-melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yg menjana 7 komponen.

d.Mewujudkan masyarakat peka sains dan teknologi serta menyumbangkan secara inovasi dan perubahan.
e.Membekal dan membangunkan sumber manusia yg diperlukan bagi pertumbuhan ekonomi.

3.Bidalan melayu adalah interprestasi pemikiran masyarakat Melayu. Jelaskan pemikiran yang terkandung dalam bidalan di bawah:

“Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik di negeri sendiri.”

Pendahuluan
Puisi melayu terserlah pemikiran masyarakat melayu lama. Keunikan puisi-puisi melayu termasuk bidalan menjadi panduan dalam menempuh kehidupan harian.

Pengertian perkataan:

Hujan Emas = lambang kemewahan, keselesaan, kekayaan,
persekitaran lebih selesa, berkualiti, boleh memenuhi
keperluan fisiologi.

Negeri orang= tempat asing, bukan tempat asal, bukan milik kita –
kita tiada hak,sekadar menumpang dan bersifat
sementara, tak kekal, bukan persekitaran asal.

Hujan Batu = lambang kemiskinan, kemunduran, tak moden, tidak
selesa.Sekadar cukup makan.

Negeri sendiri = tempat kita dilahirkan, tempat kita dibesarkan dan kena pengaruh persekitaran, sanak saudara, budayanya, tempat mencari rezeki dan kita ada hak dan diiktiraf.

“Lebih baik” =menyatakan pilihan, bersetia, cintakan, perasaan taat setia, memenuhi tuntutan agama dan dapat ganjaran pahala.Rela korbankan kemewahan demi memenuhi keperluan lebih tinggi.

Huraian:

Tanggapan “lebih baik negeri sendiri ini ada kaitannya dengan konsep setia pada negara. Perasaan setia atau cinta pada negara boleh lahir KERANA memilih keperluan hidup yang lebih utama, hakiki dan bermakna, bebas dan merdeka. Perasaan ini boleh disebut sebagai perasaan asaliah. Orang berasa “terikat” kalau tidak pun “cinta” pada tanah airnya kerana itulah tempat tumpah darahnya, atau tempat lahir nenek moyangnya. Di situlah “kampung halamannya”, di situlah dia mencari rezekinya, dan di situlah kita dan keluarga hidup dan mati. Segala keperluan asas kehidupan ada di negeri tempat kelahiran, seperti rasa selamat, bersosial, dihargai dan kesempurnaan diri ada di negeri asal kita, berbanding tempat bukan negeri asal kita. Pepatah Melayu “hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri” atau “di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung” menunjukkan perasaan taat dan setia yang tulen pada tanah airnya, pada negerinya atau menurut istilah baru, “negara”nya.

Sebab tempat asal lebih baik walaupun tidak mewah:-

a. Peranan persekitaran yang telah membentuk pemikiran dan tindakan. Mudah untuk mengulangi semula sesuatu kerja dan ada kenangan manis. Persekitaran termasuklah kampung halaman, sanak saudara, kebudayaandan cara hidup, sistem, kebebasan, pengiktrafan, hakdan sebagainya.
b. Peranan bangsa, suku dan adat yang membentuk kekuatan berkomunikasi, jaringan dan tindak-tanduk,sokongan,modal dan khidmat nasihat.
c. Peranan psikologi serumpun bangsa yang menghadiahkan rasa selamat dan selesa serta kekuatan dalaman untuk berdepan dengan apa sahaja rintangan kelangsungan hidup.
d. Peranan semangat kekitaan bentuk kekuatan ummah, rela hati dan jati diri kepada tanah tumpah darah sendiri.
e. Tuntutan agama bahawa kasihkan negara sendiri adalah sebahagian daripada iman.
f. Keperluan rasa selamat, bersosial, dihargai dan kesempurnaan diri lebih utama daripada keperluan fisiologi kemewahan sementara. Berdasarkan Tatatingkat Keperluan Manuisa: Oleh Maslow.

4.Pemahaman dan amalan yang salah mengenai konsep budi, hutang dan pemberian telah menyebabkan masyarakat melayu terjebak kepada gejala rasuah dan pecah amanah.Huraikan berdasarkan pantun di bawah.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pengertian Perkataan

Hutang =Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang,
barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.
Pemberian=memberi atau anugerah sesuatu barang atau manafaat
kepada seseorang atas permintaannya atau tidak, barang atau manafaat itu tidak perlu dikembalikan tetapi wajib diterima
Emas =symbol kebendaan,dihargai
Budi =symbol / harga kebaikan yg tidak ternilai yg dilakukan
dengan ikhlas bukan satu kewajipan utk dipulangkan. Ganjaran utk budi adalah rahmat tuhan.Budi hanya utk dikenang.

Huraian:
Budi bukan untuk dipulangkan. Itu bukan kewajiban. Kalau pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti/kuasa/ syarat wajib yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana itu.
Ganjaran untuk orang yang berbudi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.
Maksudnya, budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. sebab kalau nak dianggap hutang memang takkan dapat dilangsai.
Kalimat 'hutang' budi itu seolah-olah menekan sesiapa yang pernah menerima kebaikan daripada pihak lain untuk berasa terbeban dan terpaksa untuk membalas kebaikan tersebut, walaupun melibatkan logika yang karut. Kebaikan yang dilakukan itu adalah pilihan individu untuk melakukannya, si penerima tidak akan dapat memaksa pemberi, jika budi diberi dengan paksaan maka ia bukan lagi budi.
Budi bukanlah sesuatu yang boleh dihutang-hutangkan, atau dijadikan bahan peras ugut emosi (emotional blackmail), adalah kerana konsep PEMBALASAN bagi orang yang berTuhan adalah hak mutlak Tuhan.
Budi adalah sesuatu yang dilakukan dengan pilihan, di mana pemberi boleh memilih sama ada hendak melakukannya atau tidak. Jika kebaikan itu adalah tanggungjawab, kewajiban, maka, ia bukan lagi budi. Menjadi kesalahan jika ia tidak dilakukan.
Konsep 'hutang' budi, dicadangkan diganti konsep 'kenang' budi. Kita tidak bergantung dengan manusia, tetapi kita diajar Islam untuk mengamalkan sikap tolong-menolong dan berterima kasih. Sepertimana tidak ada paksaan untuk orang berbudi kepada kita, tetapi mereka memilih untuk menabur kebaikan, demikian jugalah tidak ada paksaan untuk kita berbudi kembali, tetapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.
Pokoknya kesilapan ttg konsep hutang dan pemberian itulah puncanya. Adakah setiap hutang/ pemberian perlu dibayar? Salah faham kepada konsep pemberian dengan pinjaman. Beri x payah bayar. Pinjam kena bayar. Pastikan sesuatu pemberian mempunyai makna mengikut konteks pada masa pemberian tersebut. Mengikut sunnah nabi setiap pemberian, saya kena terima sebab saya tak mintak.
5. Jelaskan pemikiran dan sumbangan yg telah diberikan oleh PROFESOR DATO’ DR.UNGKU OMAR BIN UNGKU AHMAD sepanjang hidupnya kepada pembangunan Negara Malaysia.

Prinsip Pemikirannya

i. "Kesihatan itulah kemajuan-Tak sihat manakan maju.
ii. Membuat analisis dari sudut kesihatan lalu menghubungkaitkan
hasil analisis itu dengan situasi sosial, pendidikan dan
pembangunan negara
iii. Menyampaikan hujahnya berdasarkan fakta sains.
iv. Tidak dipengaruhi retorik politik
v. Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam
memajukan kesihatan rakyat

Pemikirannya
a.Tenaga belia menetukan masa hadapan Negara ini,
katanya, tidak akan berjalan dengan cepat kalau tenaga belianya tidak disalurkan dalam semua aspek dan bidang pembangunan.
Bagi tujuan membangunkan belia, sebagai seorang doktor, beliau melihat aspek kesihatan sebagai faktor penting. Beliau menulis, Mens Sana in Copore Sano (Otak yang Waras dalam Badan yang Sihat) kertas kerjanya yang bertajuk "Kedudukan Belia di Masa Ini"

b.Kesihatan itulah kemajuan-Tak sihat manakan maju." rakyat tidak akan maju jika sentiasa berhadapan dengan penyakit dan penyakit tidak dapat dibasmi jika rakyat tidak diberi ilmu tentang perubatan selain faktor kekurangan makan dan kekurangan pertolongan daripada penguasa perubatan.

c.Kekurangan makanan berzat disebabkan kekurangan wang, kekurangan wang disebabkan oleh kekurangan ilmu dan mata pencarian. Ilmu untuk mendapatkan rezeki yang lumayan pula tersalut melalui bahasa Inggeris. Jadi, jalan penyelesaiannya ialah meluaskan penggunaan bahasa Melayu dan menaikkan tarafnya supaya rakyat luar bandar memperoleh maklumat yang betul tentang penjagaan kesihatan dan dapat pula mencari pendapatan yang lebih baik.

d.Keadaan Kesihatan Di Luar Bandar Penting Untuk Proses Pembangunan Dalam Segala Bidang Beliau mendedahkan senario taraf kesihatan penduduk luar bandar yang telah diabaikan : kadar kematian di luar bandar yang enam kali ganda lebih tinggi daripada di bandar; kadar kemiskinan yang berkait rapat dengan penyakit malaria, kepialu, untut, cacing, kekurangan makanan dan anaemia; dan penyakit-penyakit lain.

e.Peruntukan kewangan lebih besar patut disalurkan kepada penduduk luar bandar bagi mengatasi masalah ini. Ini amat penting, katanya kerana jika penduduk bandar sahaja diberi keutamaan, keadaan pada masa hadapan akan menjadi tidak stabil apabila masyarakat luar bandar berasa kecewa.

f.Penubuhan sebuah universiti Kebangsaan Malaysia bagi menampung keperluan anak Melayu yang ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan tempat di Universiti Malaya ekoran masalah bahasa. Saham.Penubuhan UKM adalah titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana inilah institusi pengajian tinggi yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mengangkat mertabat bahasa Melayu

g.Penubuhan Universiti Islam yang akhirnya terlaksana juga pada tahun 1980-an. Ideanya itu bertujuan meninggikan taraf kehidupan anak bangsa dan umat Islam kerana beliau kecewa melihat kemunduran dari segi pelajaran di kalangan orang Islam.

No comments: